Yang Mempesona

Monday, 29 June 2009

Not Feeling Well

Salam and greetings to all. After a long week last week, with 6 days in school, today I feel that something is wrong with me. I have noticed it since last night, but I just ignored it. But today, when I am in school this morning, I felt very week. I am down with slight fever. Don't worry, no signs of the %*#@ which is now hitting the country quite bad with number of cases increasing day after day.

But, this is what always happen to me, when I am overworked! Last week I had three major events that took place in school. I had two events on the same day, with two different duties. On Wednesday, I had to sit in for my Head of The panel for the Pentaksir Kawasan who came to check the files of the Oral English Test (O.E.T) . Not only to check the files, she also came to asess 10 students together with me.

At the same time, Hari Koperasi Sekolah took place. For that particular event, I was in-charged of the prizes for the students and souvenir for the VIP. So, I had to run here and there just to get everything ready and done. Phew... that was not an easy job to do! Two different jobs at two different places at two different time!

And today, I am down with flu. Hopefully by tomorrow morning I wll be okay and is ready for school. If not, I guess I have to go to the clininc and get the medical leave for tomorrow. Well, actually I don't really like to take leave especially the medical leave unless it is given by the doctor, meaning that he or she declares I am not fit to go to work.

Well, that's all for nowl. Just pray that I'll be back on my feet again tomorrow morning.

Friday, 26 June 2009

Aktiviti Hujung Minggu Lepas

Boleh ke tarik tali tu wahai adik-adik ?

Lari dik lari! Jaga bola tu jangan sampai jatuh!

Ketua Persatuan Penduduk bersama AJK Rukun Tetangga dan YB Ahli Parlimen Serdang.

Peace upon you! Last Sunday was Father's Day. So, I'm sure ramai yang ada program atau agenda tersendiri bersama bapa dan suami masing-masing! As for me, my father is back at my hometown, so tak adalah apa-apa program pada hujung minggu tu sempena Hari Bapa.

So, I just stayed at home with the rest of the kids, and not to forget other half! Kebetulan, that Sunday tu, ada Karnival Keluarga Taman Jasmin,yang julung-julung kali dianjurkan oleh pihak Rukun Tetangga Taman Jasmin. Terdapat acara-acara untuk kategori kanak-kanak, remaja, dewasa dan juga warga emas, seperti bolajaring dan badminton untuk remaja dan wanita, lari kepit bola untuk kanak-kanak, lari ikat kaki untuk pasangan suami isteri dan acara bowling kelapa bagi kategori warga emas. Banyaklah jugak penyertaan daripada penduduk taman perumahan aku tinggal tu.

Karnival tu turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Ahli Parlimen Serdang, yang turut menyampaikankepada para pemenang. Aku tak ambik bahagian pun sebab sampai lambat, so jadi tukang ambik gambar jelah! My two girls took part in the 'tarik tali', just for fun!

So, enjoy the pictures folks!

Sunday, 21 June 2009

Happy Father's Day To All Fathers

My daughter with my father known as Atuk Mat among his grandchildren

Salam and greetings to all. Just wanna to give a tribute to all fathers all around the world. I am also would like to wish Happy Father's Day especially to my father, Hj Ahmad bin Awang, my beloved husband, my brothers and my brothers-in-law. To my father, thank you for being such a wonderful father for all these years, eventhough mama has left us to be with The Almighty for the past 3 years. For my beloved husband, thank you for being a loving father to our kids.

Semua orang mesti nak cerita pasal bapak masing-masing kan. Kalau tak banyak , sikit pun jadilah. Well, my father ni or anak-anak panggil Bapak, ni orangnya ok! Masa kitorang kecik-kecik dulu, antara arwah mama dengan bapak, kitorang lebih takut dengan arwah mama. Bapak ni jenis cool je dengan anak-anak, cakap pun lembut je...sampailah sekarang ni! Arwah mama kitorang strict, tapi kira balance la tu kan! Kalau dua-dua strict and garang pun tak best jugak! Dulu Bapak ni kerja dengan Kementerian Pertahanan, bukan pegawai tentera, just a civilian officer i.e pegawai awam. Maksudnya bukan jenis yang ada pangkat macam Kapten, Mejar tu la. Masa umur aku 2 tahun, bapak kena bertugas ke Kuching, Sarawak di bawah unit Perisikan! Kira jadi undercover la tu! So, mengikut cerita arwah mama aku dulu, aku ni rapat dgn bapak, so bila bapak dah bertugas di Kuching, tiap-tiap hujung minggu, arwah mama akan bawak aku pergi ke airport, masa tu Airport Subang la, bagi aku tengok kapalterbang! Nak hilangkan rindu aku pada Bapak! Kelakar kan, aku masa kecik-kecik! 3 tahun aku berpisah dengan Bapak.

Then, Bapak bertukar semua ke Semenanjung dan kami pindah ke Ipoh, stay kat sana 3 tahun. Then, pindah ke hometown sekarang. Tapi disebabkan tugas, kitorang adik- beradik terpaksa berpisah lagi sekali dgn Bapak bila Bapak kena bertugas semula ke KL. Sebabnya, jawatan Bapak hanya ada di KL sahaja. So, kitorang hanya jumpa Bapak bila Bapak balik hujung minggu atau bila Bapak ada urusan di hometown. Bila cuti sekolah, kitorang adik beradik akan turun ke KL untuk stay dengan Bapak. Kadang-kadang ikut Bapak gi ofis.... Arwah mama kadang-kadang ikut, tapi mama pun masa tu kerja, so susahlah jugak nak cuti selalu!

Sekarang ni Bapak dah pencen, dia duduk kat rumah je sambil bela kambing, hobi baru dia! Walaupun kitorang semua dah ada keluarga masing-masing, Bapak tetap akan call especially kalau kitorang ni agak lama tak call tanya khabar dia. Kalau balik cuti raya ke, cuti sekolah ke, dialah Atuk yang paling sibuk! Sibuk melayan kerenah cucu-cucunya yang seramai 12 orang tu! Bila anak-anak ni bagi tau jangan layan sangat permintaan cucu-cucu tu, nilah jawapan Bapak, 'ala... bukannya selalu budak-budak ni balik. Sekali-sekala, apa salahnya, kalau tak cucu-cucu, siapa lagi yang nak tolong abiskan, duit pencen Bapak ni!'. That's my father, my Bapak!

To my Bapak, Hj Ahmad bin Awang,
Thank you for everything that you have done for me. Thank you for being there when I need you, your strength, your support and everything that a father should give. Eventhough, mama is no longer with us, you still remain strong no matter what!

A Poem Specially Dedicated To All Fathers.

A dad is a person,
who is loving and kind
And often he knows,
what you have on your mind.

He is someone who listens, suggests and defends,
A dad can be one of your very best friends!
He is proud of your triumph,
bur when things go wrong,
A dad can be patient, and helpful and strong.
In all that you do,
A dad's love plays a part,
There's always a place for him,
deep in our heart.

And each year that passes,
We are even more glad, more grateful and proud,
Just to call him our 'Dad'

Thank you Dad,
not just for listening, caring, giving and sharing,
but specially for being you, MY DAD!
' HAPPY FATHER'S DAY ! '

Thursday, 18 June 2009

Selamat Kembali Ke Sekolah


Back To School

Peace upon you!Dah nak masuk seminggu blog ni tak diupdatekan! Lusa cukup seminggu! Maksudnya dah seminggu sekolah dibuka semula! Bagi aku, buka sekolah maka aku akan kembali kepada tugas-tugas yang menjadi rutin harian aku!So, hari pertama selesaikan urusan key-in markah peperiksaan pertengahan tahun baru-baru ni! Lega... dah settle semuanya! Sekarang ni hari-hari jadi banker pulak!Kena kutip dan serahkan bayaran yuran tambahan anak-anak murid kepadaa kerani kat ofis! Semua urusan penyerahan wang mesti sebelum jam 11 pagi, sebab lepas tu kerani nak kena bank-in pulak!

Then hari Selasa meeting guru, Rabu pulak progress meeting untuk Hari Koperasi Sekolah next week, hari ni ada extra class ! Petang esok nak pegi tengok hadiah yang ditempah untuk HKS tu, dah siap ke belum. P&P on as usual!Kalau free tak ada kelas, update fail ULBI sebab minggu depan Pentaksir Kawasan nak datang! Fail PATS(Program Akademik Terbilang Selangor) & Headcount pun kena update jugak! Kena panggil anak-anak murid yang lemah dalam subjek kita untuk sesi klinikal! Masuk klinik la pulak! So kena ada dokumentasi sebagai bukti program tu berjalan!

Ok, that's all for now! Hujung minggu ni ada Karnival Keluarga kat taman aku ni! Kalau free, boleh join! Tunggulah ceritanya nanti! Ok semua, Sayonara, Adios, Chiao!

Saturday, 13 June 2009

Holiday Is Over !

Get Ready

Salam buat semua kawan-kawan. Hari ni cukup seminggu blog ni tak diupdate. Bukannya apa, PC kat rumah ni telah diconquer oleh anak-anak kat rumah. Lepas sorang, sorang ambik turn masing-masing. Kalau ikutkan diorang, nak duduk ngadap depan PC tu puas-puas. Maklumlah, lusa sekolah nak dibuka. So, tak ada masa nak ngadap komputer bila dah buka sekolah nanti. Lagipun, aku sendiri sibuk marking exam papers, itu yang lebih penting. Nak kena siapkan jugak! By hook or by crook, the marking has to be done! So, I have to burn the midnight oil in order to get everything done!

Tu pun dalam masa cuti ni, aku kena survey and at the same time tempah hadiah untuk Hari Koperasi Sekolah yang akan diadakan pada 24 Jun, 2009 nanti. Actually, bukak je sekolah ni,dah ada program-program yang menunggu. First week lepas cuti ni, pada 20/06/09 sekolah akan adakan program Team Building, dengarnya di Sabak Bernam. Then, 24/06/09, Hari KoperasiSekolah & Hari Ko-Kurikulum. Yang ni, aku kena bahagian hadiah. Hadiah untuk perasmi HKS, hadiah untuk pelajar-pelajar dan guru-guru, pelajar-pelajar yang cemerlang di dalam mid-year exam baru-baru ni dan juga untuk ALK. So, legalah sikit sebab hadiah pun dah ditempah. Tinggal nak ambik kat kedai untuk dibagi final touch-up sikit! Then, Sabtu, 27/06/09 ada Hari Prihatin pulak! Ni, perjumpaan ibu bapa dengan guru-guru kelas, nak ambik slip keputusan peperiksaan anak-anak! As a form teacher, kena prepare result slip lagi, nak tandatangan dan buat ulasan! Skrip-skrip jawapan nak kena dikumpulkan untuk diberi kepada parents together with the result slip! That is what a teacher do! No doubt!

So, apapun, kepada semua kawan-kawan bloggers especially to skul_tcer, Daddy's Cool, Azza, Hadfina, Cikgu Sonata, dan yang lain-lain 'Selamat Kembali Ke Sekolah dan Selamat Bertugas' . Kepada kawan-kawan bloggers di Brunei iaitu UmmiRosma dan MummyHannan yang akan mula bercuti sekolah, Selamat Bercuti and Enjoy Your Holidays!

Sunday, 7 June 2009

My Sis-In Law's Engagement

Rombongan pihak lelaki sedang menjamu selera.

Upacara menyarung cincin oleh bakal ibu mertua.

My sis-in-law bersama bakal ibu mertua.

My sis-in-law during her engagement.

Hi everyone! Wishing and hoping that all of you are on the top of the world! As for myself, biasalah musim cuti ni. Lepak kat rumah dengan anak- anak. As usual dengan aktiviti di dapur, cooking their favourites. Masa nilah, budak-budak tu nak buat special request for special menu. Like today, Laksa Penang for lunch!

Semalam aku ada majlis pertunangan my youngest sister-in-law kat Petaling Utama. Buat kat rumah my eldest sis-in-law. Pada mulanya father-in-law cadang nak mintak my hubby and I to be the host for the engagement. Tapi disebabkan masalah teknikal yang tak dapat dielakkan, maka rancangan bertukar untuk dibuat di rumah sis-in-law aku tu. So, semalam dari pagi sampai malam la aku kat sana. The day before that, aku dan 2 orang anak dara kat rumah ni buat projek muffins. Saja buat untuk bagi pada sis-in-law yang nak bertunang tu. Buat dua flavour, vanilla and chocolate chip. Siap bungkus dan ikat riben lagi. Sorry la, tak sempat nak snap gambar sebab dah letih sangat bakar muffins.

Sebelum majlis bertunang tu, kakak ipar aku panggil orang masjid kat rumah dia untuk buat tahlil dan arwah untuk adik-beradik, atuk, nenek dan sedara-mara yang dah pulang ke rahmatullah. Dalam pukul 2 petang barulah majlis bertunang tu bermula. Tunang adik ipar aku ni orang Raub, kira satu negeri la dengan aku. Kerja kat Kuantan, family semua pun dah duduk kat Kuantan. dah selesai majlis, apalagi masa untuk menjamu selera. Kakak ipar aku ni memang pakar masak, so dia yang masak semua untuk makan tengahari tu. Menunya simple tapi menyelerakan! Nasi putih, ayam masak merah, masak lemak labu, masak lemak nenas dengan ikan masin, ikan goreng, ikan masin, sambal tumis udang petai, sambal belacan dan ulam-ulaman! Pergh... memang sedap! Anak-anak aku pun makan bertambah-tambah. Siap mintak nak tapau daripada Mak Long dorang!

So, kepada my sis-in law, Mastika and her fiancee Shahrul, Selamat Bertunang! Insyaallah mereka akan disatukan this coming December.

Wednesday, 3 June 2009

Aktiviti Masa Cuti Sekolah - Part 1

Cuti kali ni tak dapat nak santai-santai macam ni! Kalau dapat macam ni kan best!

Hi everyone! Dah seminggu blog ni tak diupdate dengan entri yang baru. Tak ada cerita menarik untuk dikongsi dengan kawan-kawan semua. Sebab tak ke mana-mana pun cuti ni. Jadi, aktiviti harian macam biasa je. Sediakan breakfast, kemas rumah, jemur kain, masak untuk lunch dan lain-lain lagi. Lepas tu, tanda kertas periksa anak-anak murid! First day of school nanti kena key-in markah! So... kena la pulun habis-habisan! Dah penat ....relax jap, layan sinetron Indonesia, Aqso & Madina kat TV9!

Semalam bawak anak-anak pegi library! So, at least they can enjoy themselves at the library! Baca buku dan pinjam buku untuk baca kat rumah. Biasanya masa cuti sekolah ni ada tayangan filem untuk kanak-kanak! Free je...Movies yang ditayangkan pun ok jugak, macam KungFu Panda, Madagascar 2, Chicken Little dan lain-lain lagi! Ikut hari la, tayangan tu! Hari ni tak ada plan nak ke mana-mana! Tak tau la kalau petang atau malam nanti.

Ok, that's all for now! Till then, Take Care! Adios!
Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails