Yang Mempesona

Sunday, 30 August 2009

Beli Vs Masak Sendiri...



Salam Ramadhan Al Mubarak to all. Alhamdulillah, hari ni dah masuk sembilan hari kita semua berpuasa. Dah yang pastinya setiap kali waktu berbuka, pelbagai juadah pasti terhidang di atas meja. Kadang-kadang tu sampai penuh meja. Air bukan setakat sejenis, sampai 2 jenis, air panas dan air sejuk. Takpun, air sejuk saja pun dah bermacam-macam. Maklumlah, bila berpuasa ni, semuanya nampak sedap dan menyelerakan especially bila setiap petang kita akan membuat lawatan ke Pasar atau Bazaar Ramadhan. Bila dah ke sana, faham-faham sajalah, pasti akan ada juadah yang bakal dibawa pulang. Di rumah, juadah yang dimasak pun dah berjenis-jenis, ditambah pula dengan yang dibeli dari Bazaar Ramadhan, sampai tak cukup meja dibuatnya!

Kenapa beli dan kenapa tak masak sendiri? Mungkin ada sebab kenapa orang ramai suka membeli daripada memasak sendiri. Mungkin ini adalah di antara jawapan-jawapannya.

1. Membeli lebih murah
2. Juadah di kedai lebih pelbagai
3. Penat
4. Ketiadaan masa
5. Kesibukan bekerja
6. Membeli lebih menjimatkan berbanding memasak sendiri terutama bagi yang tidak mempunyai keluarga besar.

Persoalannya kini, membeli makanan di luar mungkin bukan halangan besar, tetapi harus ingat, kenaikan harga juadah berbuka puasa adalah lumrah kerana perniagaan yang bermusim dikenal pasti terdedah kepada risiko kenaikan harga kerana permintaan terhadapnya meningkat. Malah, setiap kali tiba Ramadan atau musim perayaan, peniaga di negara ini cenderung menaikkan harga barangan kerana tahu pengguna akan membeli walaupun harganya mahal. Akhirnya, langkah untuk berjimat sering saja tersasar. Lebih merugikan, ada yang 'tertipu' kerana makanan yang dibeli indah khabar daripada rupa. Sudahlah mahal, rasanya tak sedap! Kesudahannya, makanan yang dibeli itu menjadi habuan tong sampah dan jika ini terjadi sudah tentu ia satu pembaziran. Sedangkan, pada bulan yang mulia inilah kita sebagai umat Islam perlu mengumpul banyak pahala dan mencari lebih keberkatan.

Perkara lain yang perlu dipertimbangkan ialah mengenai penjagaan kesihatan. Pada masa kini, kita semua patut lebih berhati-hati dengan penularan wabak Influenza A (H1N1). So, janganlah bersesak-sesak dan mendedahkan diri di kawasan yang ramai orang, misalnya di Bazaar Ramadan. Kalau nak pegi jugak ke Bazaar Ramadhan, jangan lupa pakai topeng muka!

Kita sebagai pengguna bijak perlu berhati-hati dan cerewet memilih makanan, di samping melatih diri mengawal hawa nafsu terutama sekali ketika berbelanja untuk berbuka puasa. Banyaknya pilihan bukan bermakna kita boleh membeli sesuka hatinya saja.

Pada masa sama, kita renung-renungkan dan fikir-fikirkan juga nasib golongan yang malang serta terpaksa kebuluran, berbanding umat Islam di negara ini begitu mewah dengan makanan yang enak-enak setiap kali menyambut Ramadan sehingga terlupa untuk bersyukur. Yelah, sampai mampu untuk berbuka puasa di hotel yang rata-rata mengadakan promosi berbuka puasa dengan harga yang istimewa. Harus diingat juga kepada yang berbuka puasa di hotel 'Dapur tiada sijil halal - Daripada 2,000 hotel di seluruh negara, hanya 170 ada sijil HDC'.(Sumber: Harian Metro)

Budaya membazir pada Ramadan memang perlu dielakkan, justeru amalan berbelanja secara berhemah perlu menjadi amalan dan cubalah tahan diri dengan 'godaan' untuk membeli aneka jenis juadah yang di jual di luar, khususnya di bazar Ramadan serta terdapat di serata tempat.

Membeli makanan di luar selain memasak sendiri pada bulan puasa bukanlah tidak boleh, tetapi individu mestilah bijak merancang dan yang penting, jangan sampai berlakunya pembaziran.

Bagi mengelakkan terlalu banyak pembaziran ada ketika dirinya lebih senang memasak sendiri, tetapi tidak menafikan ada masa tertentu kita akan membeli saja juadah berbuka puasa terutama sekali ketika ingin bertukar selera.

Berdasarkan semua itu yang mana satukah menjadi pilihan - memasak sendiri atau pun beli saja juadah berbuka sepanjang Ramadan ini? Kata orang, tepuk dada dan tanyalah pada diri sendiri. 'The choice is yours'

'Selamat Menjalani Ibadah Puasa'

Friday, 28 August 2009

Hilangnya Sebutir Permata Di Bulan Ramadhan

Allahyarham Senator Prof. Datuk Dr. Ismail Mohd Salleh

Salam Ramadhan al-Mubarak to all you out there. Hari ni masuk hari ke 6 semua umat Islam di mana jua berpuasa. Dan semalam juga, negara telah kehilangan seorang lagi tokoh akademik yang juga seorang pakar ekonomi iaitu Senator Prof. Datuk Dr. Ismail Mohd Salleh.

Well, nak kata kenal sangat dengan beliau ni tidaklah, tapi aku telah mula melihat wajah allahyarham Prof. di kaca televisyen sejak aku kecik lagi, sampailah sekarang. Masa kecik-kecik, masa belajar kat sekolah rendah, aku tak tau dia ni siapa. Tapi, yang pasti, allahyarham sentiasa muncul dalam program macam Ehwal Semasa, Forum dan juga apabila adanya pembentangan belanjawan negara. Allahyarham terlibat sebagai salah seorang ahli panel di dalam program-program tersebut. But as time goes by and I grow up, I began to know who this man is!

Apa yang aku rasa apabila melihat kemunculan allahyarham Prof di kaca tv, aku kagum dengan kejayaan beliau di dalam bidang akademik. Aku mula berfikir, " Jika seorang yang kurang upaya seperti beliau boleh berjaya di dalam kehidupan serta mempunyai kerjaya yang sangat baik, mengapa tidak bagi oarang-orang yang dilahirkan sempurna"! Walaupun aku tidak bergelar Prof. dan memiliki Ph.D seperti allahyarham, tetapi aku amat mengagumi segala usaha beliau demi mencapai cita-cita beliau. Pada aku, "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan". "Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih". Mungkin inilah juga prinsip yang dipegang oleh allahyarham Prof.

Yang paling membanggakan aku ialah Allahyarham Prof. Datuk Dr. Ismail Mohd Salleh ni merupakan satu-satunya OKU di dunia yang berjaya mendapat Ph.D dan telahpun mendapat pengiktirafan daripada Guiness World Book of Records dan juga senator pertama yang dilantik di kalangan golongan OKU. Selain dari itu juga, liku-liku dan perjalanan hidupnya dari kecil hinggalah beliau berjaya sebagai seorang pakar ekonomi cukup mengagumkan! Segala susah payah, suka duka, pahit getir berjaya dilaluinya. Semuanya boleh dibaca di sini .Sebagai rakyat Malaysia aku turut berbangga di atas kejayaan dan pengiktirafan yang diperolehinya!

Salam Takziah buat keluarga Allahyarham Senator Prof Datuk Dr. Ismail Mohd Salleh. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. Al- Fatihah....

Monday, 24 August 2009

Biasakan Yang Betul, Betulkan Yang Biasa

Salam Ramadhan Al-Mubarak buat semua kawan-kawan bloggers dan silent readers di mana jua anda berada. Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik dan dapat menunaikan ibadah puasa dengan sempurna. Hanya sekadar ingin berkongsi sesuatu dengan kawan-kawan semua, kesilapan yang mungkin kita semua biasa lakukan di sepanjang bulan Ramadhan ini. . Mudah-mudahan kita semua akan mendapat manfaat daripadanya. Yang elok dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan! Fikir-fikirkan!

Kesilapan Biasa Umat Islam Di Bulan Ramadhan
Antara kesilapannya ialah:

1) Makan dan minum dengan bebas setelah terbatal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yg boleh diterima Islam).

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya "Aslah" (waktu terakhir di hujung malam).

3) Bersahur dengan hanya makan dan minum sahaja tanpa melakukan ibadah yang lain. Waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk istighfar dan menunaikan solat malam. Waktu sahur adalah salah satu waktu dimana doa mudah untuk diangkat oleh ALLAH SWT..

4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.
Memang benar solat bukanlah syarat sah untuk seseorang berpuasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yg menjadi tunggak kepada keISLAMan seseorang. Sesungguhnya solat itu adalah soalan pertama yg akan ditanya oleh ALLAH kepada kita di akhirat kelak.

5) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja2 di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan kerja yg kita lakukan di pejabat atau di mana2 tempat kerja pun, bila diniatkan Ibadah maka sudah pastinya akan menambahkan lagi pahala untuk kita.

6) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah satu ibadah.

7) Tidak mengutamakan solat subuh berjemaah sebagaimana tarawih.
Ramai yang lupa & tidak mengetahui kelebihan besar semua solat Fardhu berbanding solat sunat, terutama sekali solat Subuh Berjemaah yang disebut oleh NABI SAW: "Bagi orang yg mendirikan solat Subuh secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

8) Menunaikan solat Tarawih di masjid dengan niat sekadar inginkan kemeriahan.
Malangnya mereka kerana setiap amalan adalah dikira berdasarkan niat, jika niat utama seseorang itu(lelaki mahupun wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah, dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharapkan ganjaran redha ALLAH SWT sebagaimana yg ditetapkan oleh NABI SAW di dalam hadith: Ertinya: "sesungguhnya amalan itu adalah dikira dengan niat".(Riwayat Bukhari)

9) Memasuki Ramadhan dengan keadaan terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insurans, pelaburan dan harta masih lagi dipenuhi dengan harta haram, sama ada insuran dan pinjaman kereta secara riba'.Ini sudah tentu akan memberi kesan yg amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan. Kerana status orang yang terlibat dengan riba' adalah berperang dengan ALLAH & RasulNYA..

Renung-renungkan dan Selamat Beramal !

Friday, 21 August 2009

Salam Ramadhan & Selamat Berpuasa





Salam and greetings to all. Dah lama benar rasanya tak ada entry baru. Maklumlah, minggu ni minggu akhir persekolahan. So, banyaklah urusan pengurusan kelas nak diselesaikan sebelum bercuti ni. Tup-tup ada pulak pelajar baru masuk, bertukar dari SM Teknik Lebuh Cator, Ipoh. Dah nak abis tahun, still ada yang nak bertukar! Kenalah uruskan hal pendaftaran, kutipan bayaran tambahan dah sebagainya. Nama pun Guru Tingkatan, kan! Dalam pada tu, hari Rabu baru ni, selesai sudah satu lagi majlis rasmi sekolah, Majlis Anugerah Cemerlang Ko-Kurikulum (MACK) 2009. Tinggal satu je lagi yang belum selesai iaitu Majlis Graduasi untuk pelajar-pelajar Tingkatan 5 pada bulan Oktober nanti. Hari ni deadline untuk key-in markah untuk akademik i.e peratus untuk 2 ujian dan Pep. Pertengahan Tahun. Tinggal markah ko-kurikukum dan merit je yang belum selesai.

Memandangkan hari ni adalah hari akhir persekolahan dan ramai rakan-rakan bloggers yang turut bercuti, aku ucapkan 'Selamat Bercuti dan Selamat Menduduki PTK' kepada yang menduduki PTK termasuklah aku. Exam PTK aku pada 25/08/09 ni, so kenalah buat ulangkaji sikit! Selalu pesan kat anak-anak murid je untuk buat ulangkaji, kali ni aku pun kenalah study sikit! Mudah-mudahan lulus dengan cemerlang, amin...!

Last but not least, di kesempatan yang ada ni, aku nak ucapkan 'Selamat Berpuasa' kepada semua kawan-kawan bloggers di Malaysia, Singapura, Brunei, Jakarta, Cairo, Dublin dan di mana pun jua ada berada. Harap dimaafkan segala salah dan silap, tersalah kata, terlanjur kata dan terkasar bahasa kiranya ada, sepanjang aku berblog ni! Semoga Ramadhan Al-Mubarak kali ini akan membawa kebahagiaan dan keberkatan kepada kita semua, insyaallah!

Sunday, 16 August 2009

Bersama Juga Akhirnya ...



Salam and greetings to all. Cerita pasal dua orang yang kontroversi ni, nikah hari ni, aku dapat tau masa aku pegi seminar keibubapaan kat surau taman aku ni. Kebetulan Ustaz yang bagi ceramah hari ni bercerita pasal pernikahan dorang berdua ni. Mula-mula dengar , macam tak percaya je, tapi bila ustaz tu siap bagi tau tempat nikah dorang dan pukul berapa dorang nikah, takkan la ustaz nak buat cerita kan. Lepas tu tengok kat internet, memang sahlah dorang dah nikah. Kira, semua yang hadir seminar tu adalah yang first dapat tau pasal ni! Cuma gambar majlis je tak de. Tapi sekarang ni dah banyak kat internet. Komen pun berlambak pasal dorang ni! Malas aku nak baca ! Sapa-sapa nak baca, surf la kat internet! Berita panas la katakan! Aku tak nak cerita lebih-lebih la pasal dorang ni! Sesungguhnya ada insan lain yang sedih di atas kegembiraan mereka berdua ni!

Saturday, 15 August 2009

Perginya Seorang Ikon Nasyid Kontemporari...

(Gambar ihsan: http://asrirabbani.blogspot.com)

Salam and greetings to all. Kalau tunggu esok, cukuplah seminggu blog ni bersawang! Tapi aku tak naklah tunggu sampai esok! Sebenarnya, selepas daripada cuti H1N1 tu, I was a bit busy. Minggu lepas siapkan key-in markah ujian Tingkatan 4, termasuk tolong key-in markah untuk kawan sekerja aku ni! Sekarang ni dia tengah bercuti 2 minggu selepas buat surgery kat lutut! So, insyaallah, hopefully by next Monday, she'll be back in school.

Selepas berita kematian Allahyarham Yasmin Ahmad, sekali lagi aku dikejutkan dengan berita kembalinya ke rahmatullah Ustaz Asri bin Ibrahim, vokalis kumpulan nasyid popular tanahair iaitu Rabbani. Macam tak percaya pulak bila dengar berita tu! Tapi itulah kuasa Allah SWT! Sesungguhnya Allah SWT lebih menyayanginya. Dari sesungguhnya daripada Allah kita datang, dan kepadaNYA jugalah kita kembali. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim dan semoga beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Salam takziah buat keluarga Allahyarham dan semoga tabah menghadapi segalanya!

Sekadar nak berkongsi kata-kata yang aku dapat dari blog Allahyarham "Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat; aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu. Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku..."

Dan lagu ini 'Pergi Tak Kembali' seolah - olah Allahyarham tujukan kepada kita semua! Macam lagu 'Salam Terakhir' daripada Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad!Sesungguhnya Allahyarham Ustaz Asri adalah ikon nasyid yang sangat bernilai kerana telah berjaya meletakkan lagu-lagu nasyid kontemporari sehingga ke persada antarabangsa! Kita tidak akan dapat lagi mendengar suara merdu Allahyarham Ustaz Asri mengalunkan takbir hari raya pada Syawal nanti! Kemerduan suaranya melagukan Takbir sungguh menyentuh hati dan meruntun kalbu sesiapa juga yang mendengarnya!

Sunday, 9 August 2009

Tahniah Untuk Semua !

Penerima APC tahun 2008.

Penerima APC bersama Pengetua dan para Penolong Kanan.

Salam and greetings to all. First and foremost, tahniah diucapkan kepada para penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) untuk tahun 2008. Semoga semua akan terus berusaha meningkatkan lagi kecemerlangan untuk masa akan datang.

Baru - baru ni iaitu pada hari Khamis, (06/08/09) telah diadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk warga pendidik dan kakitangan perkhidmatan pelajaran daerah Hulu Langat 2008. Majlis telah diadakan di Dewan SM Agama Persekutuan Kajang dan telah dirasmikan oleh Tuan Haji Bajuri bin Abdullah, Timbalan Pengarah Pelajaran , Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. Seramai 753 orang penerima anugerah menerima APC masing-masing dalam tiga sesi. Seramai 9 orang (8 guru dan 1 staf sokongan) dari sekolah aku telah terpilih sebagai penerima anugerah. Ada di antara mereka baru je dapat kenaikan pangkat dari DG41 ke 44, tahun lepas, tahun ni dapat APC pulak! Inilah rezeki yang diberi Allah SWT namanya!

Kepada semua penerima anugerah,' Tahniah'! Dan kepada pihak pengurusan sekolah iaitu kepada Pengetua dan Penolong Kanan Kurikulum selaku Pegawai Penilai Pertama dan Pegawai Penilai Kedua, terima kasih kerana memilih kami semua sebagai Penerima APC untuk tahun 2008. Syukur alhamdulillah dan terima kasih di atas pengiktirafan ini! It really means a lot to us and will motivate us to keep on reaching for the stars!

Syukur alhamdulilah!

Thursday, 6 August 2009

I'm Back !

Salam sayang dan rindu buat semua. Selepas seminggu diberi cuti free, minggu ni aku dah balik ke sekolah semula. Seminggu bercuti, jugak urusan sekolah yang tertangguh! So, first day of school ni memang agak busy dan kelam- kabut sikit. Maklumlah kena reschedule segala-galanya yang tertangguh tu! Tapi, dalam pada tu, kerja menanda kertas ujian dahpun selesai dalam masa cuti tu dan markah pun dah selamat dikey-in pada hari Selasa.

Hari Isnin tu macam biasa je tapi mulai Selasa hinggalah Khamis, agak sibuk juga. Dari reverse gear nak terus gear 4, penat sikitlah! Semalam aku ada kat sekolah dari pagi sampai kol 5. Pukul 2.15 ada mesyuarat guru sampai 3.30 petang. So, adalah taklimat for the upcoming events and programmes the next 3 months. Majlis yang paling dekat adalah Program Skuad Denggi Sekolah bersama penduduk setempat pada Sabtu ni. Aku jadi Ketua Jawatankuasa Dokumentasi bersama 4 orang guru lain. So, kena ambik gambar and shoot video sepanjang program selain dari kena sediakan laporan. Tapi, yang kena pegi Sabtu ni bukan aku, tapi anak-anak buah aku! Sabtu depan pulak, ada program Hari Prihatin untuk pelajar-pelajar tingkatan 4 pulak! 19 Ogos akan diadakan Majlis Anugerah Cemerlang Ko-Kurikulum 2009. Dan yang terakhir pada bulan Okober nanti ialah Majlis Graduasi untuk pelajar-pelajar tingkatan 5. Graduation Day! Lepas taklimat dan mesyuarat guru selesai, ada Perhimpunan Bulanan Ko-kurikulum sampai kol 5 pulak! Majlis Pelancaran Skuad Denggi, Penyelamat Nyawa oleh Tuan Pengetua. Penat betul la semalam, tapi aku still ok je! Alhamdulillah!

Well, ni bukan kes komplen atau nak luahkan perasaan tau, just sekadar nak kongsi cerita! Pasal budak-budak sekolah yang selsema, demam dan batuk, alhamdulillah semuanya dah balik semula ke sekolah. Kalau ada yang tak hadir sekolah pun, tak ramai sangat bilangannya! Tapi aku still risau jugak sebab makin lama makin banyak kes dilaporkan dan bilangan kematian juga meningkat! I guess the time has come for all of us to take safety precautions on our own, for ourselves and family!

That's all folks! Have A Good Weekend to all!

Sunday, 2 August 2009

Inikah Malaysia Tanahairku?



Para pengunjung Kompleks Pertama yang berlindung sementara dari kekecohan yang berlaku di luar.

Inikah Malaysia tanahairku?

Salam and greetings to all. Hari ni aku agak terkejut apabila melihat gambar-gambar yang dipaparkan di dada-dada akhbar utama hari ini. Semuanya berkisar dengan apa yang berlaku di sekitar ibu negara . Hanya kerana demonstrasi jalanan, maka ramai rakyat yang turut terkena tempiasnya. Semalam adalah awal bulan dan kebanyakan daripada kita mengambil peluang di hujung minggu untuk bersantai bersama keluarga, pergi makan-makan mahupun pergi membeli-belah. Maklumlah, tak lama lagi dah nak bulan puasa. Jadi, mungkin ada di antara kita semua yang nak shopping untuk persiapan hari raya walaupun Ramadhan belum menjelang tiba.

Tapi, tengoklah apa yang dah berlaku semalam. Banyak premis perniagaan, sama ada yang besar ataupun kecil terpaksa ditutup. Meaning, no business for the day! Public transport pun terjejas, etc.Orang ramai yang berada di kawasan sekitar terpaksa lari mencari perlindungan daripada tembakan gas pemedih mata dan semburan air dari pihak polis FRU. Macam kat luar negara pulak dah jadinya! Macam kat Indonesia, China dan Thailand la pulak!

Harap - harap biarlah perkara seperti ini tidak berterusan! Banyak kesannya kepada negara kita, macam kepada sektor pelancongan dan ekonomi! Siapa yang susah nanti ? Fikirlah sendiri dan sendiri mau ingatlah!
Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails