Yang Mempesona

Friday, 18 September 2009

Salam Aidilfitri Untuk Semua


Kad raya daripada Kak Kamsiah

Dari yang jauh di perantauan, Kin Hashim, Dublin.


Ini pulak daripada CM & isteri di Perak.

Daripada Opah di Utara.

Salam and greetings to all. I guess this is my last entry for Ramadhan. Hari ni pun rasanya ramai antara kita dah mula balik kampung untuk berhari raya bersama keluarga tersayang. Aku pun dah mula bercuti hari ni. So, plan hari ni nak buat kuih raya lagi, nak tambah koleksi homemade raya cookies aku. Then, nak siapkan bahan-bahan untuk masak rendang dan kuah kacang.Nak blend apa yang patut. Nanti senang, terus labuhkan semua dalam kuali dan periuk. Benda-benda macam halia, lengkuas, serai, bawang, cili kering tu blend awal-awal senang. Malam-malam pun boleh masak rendang atau kuah kacang.

Di kesempatan yang ada ni, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin. Semoga bergembira di hari raya. Tak lupa juga, nak ucapkan terima kasih atas semua kad raya dari kawan-kawan bloggers. Terima kasih di atas ingatan kalian. Maaf tak sempat nak balas. Raya tetap raya, tapi aku ada 4 bungkus kertas peperiksaan percubaan yang nak ditanda. So, sambil bercuti sambil menanda kertas!Lastly, Take Care dan Hati-Hati Di Jalanraya!

Monday, 14 September 2009

Raya oh Raya...

Ini pulak daripad kak Inahar Ali. Thanks a lot kak!

Ini pulak duit raya dari Yan! Thanks Yan!

Kad raya dari Yanmie.

Peace upon you, my blogger and cyber friends. Dah lama sangat rasanya blog ni tak diupdate. Bukannya malas atau ketandusan idea untuk berkarya, tapi kerana kekangan masa. For you info, sekarang ni kat sekolah the Form 5 students are in the second week of battling with the SPM Trial Exam. So, lepas ni nak mengadap menanda kertas periksa la pulak!

Then, another big event coming up this 3rd Oktober that is Hari Graduasi. So, for this event, I have been given the post as the Secretary. Tak sangka la pulak kena jadi Setiausaha. Biasanya jadi AJK je, tapi kali ni tidak! Apa lagi, tukang catat minit mesyuarat, hantar surat panggilan mesyuarat etc. At the same time, as the form teacher, ada lagi yang menunggu untuk Hari Graduasi ni, nak kena kutip bayaran untuk majlis tu! Nasib baik hari ni ramai students dah settle bayaran, tinggal 4 orang je lagi! Esok last day nak submit bayaran tu pada Bendahari PIBG! Jumaat ni dah mula cuti, so minggu ni ada 4 hari je nak selesaikan semuanya. Rabu ni ada Mesyuarat Guru pulak!

So, sebab tu lah tak dapat nak menziarah blog kawan-kawan! Maklumlah, bulan Ramadhan ni kan! Malam solat Tarawih, balik tarawih mata dah ngantuk. Pagi kol 5 dah nak bangun sahur. Lepas sahur terus siap nak pegi sekolah. Tak sempat dah nak berblog! Hujung minggu buat kuih raya. Kalau tak buat kuih raya, shopping raya! Tapi, alhamdulillah dah selesai pun. Nak tunggu raya je lagi...hehehe!

Di kesempatan yang ada ni, terima kasih diucapkan kepada kawan-kawan yang sudi memberi kad hari raya. Terima kasih banyak-banyak di atas tanda ingatan anda semua. Dan di sini aku nak ucapkan 'Selamat Hari Raya Eidul Fitri, Maaf Zahir & Batin' untuk semua kawan-kawan bloggers di mana juga anda berada! Maaf di atas segala salah dan silap, tersalah kata terlanjur bicara kiranya ada pada kawan-kawan semua! Moga anda semua gembira bersama keluarga di hari lebaran nanti. Kepada yang akan pulang ke kampung, 'Hati-Hati Di Jalanraya'!

Sunday, 6 September 2009

Ramadhan & Keistimewaannya

Sesungguhnya bulan Ramadhan disebut sebagai bulan ibadat bagi umat Islam. Ini diperkuatkan dengan terdapat banyak hadis yang menyebut tentang keutamaan dan keistimewaan beramal di bulan Ramadhan ini. Antaranya ialah:

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, Bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Ketika datang bulan Ramadhan: sesungguhnya telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan ke atas kamu untuk berpuasa, dalam bulan ini pintu Jannah dibuka, pintu Neraka ditutup, syaitan-syaitan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilainya sama dengan seribu bulan, maka diharamkan kebaikannya bagi siapa yang tidak beramal baik di dalamnya, sesungguhnya tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini”. (Hadis riwayat Ahmad, Nasai dan Baihaqi)

Dari Abi Hurairah r.a, sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: “Solat lima waktu, solat Jumaat sampai solat Jumaat berikutnya, puasa Ramadhan sampai puasa Ramadhan berikutnya, adalah menutup dosa- dosa (kecil) yang diperbuat di antara keduanya, bila dosa-dosa besar dijauhi”.
(Hadis riwayat Muslim)

Dari Abdullah bin Amru, bahawa sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: “Puasa dan Al-Quran itu memintakan syafaat bagi seseorang hamba di hari kiamat. Puasa berkata: Wahai Tuhanku, aku telah mencegah dia memakan makanan dan menyalurkan syahwatnya di siang hari, maka berilah aku hak untuk memintakan syafaat baginya. Dan berkata pula al-Quran: Wahai Rabbku aku telah mencegah dia tidur di malam hari (kerana membacaku), maka berilah aku hak untuk memintakan syafaat baginya. Maka keduanya diberi hak untuk memintakan syafaat”. (Hadis riwayat Ahmad)

Dari Sahal bin Sa’ad, sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: “Bahawa sesungguhnya bagi Jannah itu ada sebuah pintu yang disebut “Rayyaan”. Pada hari kiamat dikatakan: Di mana orang yang berpuasa? (untuk masuk jannah melalui pintu itu), jika yang terakhir antara mereka sudah memasuki pintu itu, maka ditutuplah pintu itu”. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa puasa Ramadhan kerana beriman dan ikhlas, maka diampuni dosanya yang telah lalu dan yang sekarang”. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Jabir r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Puasa itu perisai yang dipergunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari siksaan neraka”. (Hadis Riwayat Ahmad)

Sebagai kesimpulan daripada kesemua hadis di atas, dapatlah dikatakan bahawa ia memberi pengajaran kepada kita tentang keutamaan dan keistimewaan bulan Ramadhan serta keistimewaan beramal di dalamnya bagi mereka yang ikhlas untuk mencari keredhaan Allah S.W.T.

'Selamat Menjalani Ibadah Puasa & Selamat Beramal'
Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails