Salam and greetings to all. It's been quite sometimes dah tak de entry baru kat blog ni. Kekangan masa adalah sebabnya. Biasalah... dah hujung-hujung tahun ni! Banyak urusan yang perlu diselesaikan Jadi, nak buat new post pun tak sempat. Yang sempat hanyalah singgah di blog kawan-kawan.
Ni cerita minggu lepas. Khamis lepas, aku terima SMs daripada GKB aku. Ingatkan dia nak bagi aku kelas relief, sebab biasanya hari Khamis aku akan dapat relief sebab kelas aku hanya 2 waktu sahaja. Bila tengok SMS tu, " Myza... ada seorang kawan lama,Hidayah ingin berhubung dengan Myza. Ini nombor dia, 013-944. Hidayah...? Setahu aku,aku cuma kenal 3 orang sahaja yang bernama Hidayah ni! Seorang Nur Hidayah Ngian Abdulah iaitu Ketua Guru Data di UNit ICT sekolah dan dua lagi Nur Hidayah, bekas anak murid aku!Seorang semasa aku bertugas di Tanah Merah dulu dan seorang lagi di sekolah sekarang! So, Hidayah yang mana satu agaknya?
Lepas sekolah tengahari tu, aku bagitau husband pasal SMS yang aku terima. Then, husband aku suruh call nombor yang diberi, untuk tau Hidayah yang mana satu! Aku pun call, tapi hati aku berat mengatakan bahawa itu adalah Hidayah atau lebih dikenali sebagai Mek Yah, bekas anak murid semasa aku di Tanah Merah. Sebab dialah Hidayah yang sangat rapat dengan aku, yang banyak menolong aku semasa aku di Tanah Merah. Bila aku call dan panggilan dijawab, kedengaranlah suara yang amat aku kenal di corong telefon tu! Suara itu adalah suaraHidayah a.k.a Mek Yah! Bekas anak muridku yang kini telah menjadi seorang jururawat!
"Teacher, mana teacher hilang? Saya call no.hp lama, tak ade, nombor rumah saya tak ada! PUas pikir nak cari teacher kat mana! Akhirnya saya call operator dan mintak nombor telefon sekolah teacher!Itu je jalan akhir saya, kalau teacher dah pindah sekolah tak taulah saya mana nak cari teacher!"...itu adalah antara yang keluar dari mulutnya apabila dia mendengar suara saya. 'Teacher datanglah rumah saya malam ni... saya dah siap masak. Rumah saya kat Bandar Tasik Sri Permaisuri, Lumayan Apartments! Rupa-rupanya dia memang dah lama jejak kasih dengan aku ni! Kebetulan dia off sebab lepas kerja malam,usaha jugak dengan susah payah cari teacher dia ni! Last aku jumpa dia ni masa anak sorang! Tu pun masa tu tengah baby lagi! sekarang dah anak 2, yang sulung pun dah 3 tahun lebih!
Akhirnya, dapatlah kami bertemu semula!Terharu pun ada, gembira pun ada! Terharu sebab tak sangka, ada lagi anak murid yang masih ingat akan gurunya! Gembira sebab kami dapat berjumpa lagi!Syukur, alhamdulillah! Bekas anak didik aku, kini telah berjaya! Berjaya di dalam kehidupannya sebagai seorang jururawat dan kini telah pun mempunyai keluarga yang bahagia! Siapa sangka, dah ada cucu rupanya aku ni...hehehe!












