Yang Mempesona

Monday, 30 November 2009

Ini Pun Malaysia Boleh Juga Ke ?


LONDON - Seorang lelaki Britain, Ian Young menyunting seorang mak nyah warga Malaysia yang dikenali sebagai Fatine untuk menjadi 'isterinya', lapor sebuah akhbar semalam. Ian, 30, yang memiliki sebuah syarikat penyelenggaraan hartanah berkahwin dengan Fatine, 36, dalam satu majlis sivil di sini Mei lepas.

Dia berkenalan dengan Fatine di sebuah kafe Starbucks di Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur pada Ogos 2006 ketika dia bekerja sebagai pegawai keselamatan di Malaysia. Terpegun dengan kejelitaan mak nyah tersebut, Ian yang pada mulanya menyangka Fatine seorang wanita, cuba memikatnya.Lelaki itu berkata, keserasian antara mereka menimbulkan bibit cinta dan dia berasa bertuah dapat bertemu dengan kekasih yang mengambil berat dan pandai menjaga hatinya.

"Saya tidak peduli sama ada dia seorang mak nyah. Saya mencintai keperibadiannya. Bagi saya Fatine seorang wanita yang cantik dan menawan," kata Ian yang sebelum ini mempunyai seorang teman wanita berbangsa Inggeris. Fatine atau nama sebenarnya Mohammed Fazdil Min Bahari mengambil hormon wanita sejak berusia 17 tahun.Jurusolek itu tidak mahu melakukan pembedahan penukaran jantina kerana takut pada risiko di samping gembira dengan keadaan dirinya yang sedia ada. Pada Disember 2008, Ian membawa Fatine ke Britain dengan menggunakan visa pelawat tetapi 'isterinya' itu kini bakal dihantar pulang Malaysia kerana tinggal di negara itu melebihi tempoh enam bulan. - Agensi

*** Adakah ini juga sesuatu yang boleh dibanggakan dan boleh dikategorikan dalam MALAYSIA BOLEH ! ????

Thursday, 26 November 2009

Salam Aidil Adha Untuk Semua


Salam and greetings to all. Rasanya hari ni ramai dah balik kampung. Ataupun, mungkin ada yang dah balik kampung sejak semalam lagi. Maklumlah, cuti raya haji sampai hari Ahad. Ataupun, mungkin juga ada yang tak balik kampung macam aku ni! Bukannya aku tak nak balik raya, tetapi kekangan masa dan tugas yang masih belum selesai membuatkan aku beraya di ibu kota Kuala Lumpur sahaja. Semalam aku masih lagi bertugas sehingga lewat petang. Dan mulai Isnin depan, aku kembali bertugas. Keadaan cuaca yang tidak menentu membuatkan kami sekeluarga mengambil keputusan untuk berhari raya di rumah kami sahaja.

So, kepada semua kawan-kawan yang akan balik kampung, 'Selamat Balik Kampung dan Berhati - Hati Di Jalanraya'! Kepada yang berada di perantauan, tabahkan hati di hari raya ini! Inilah yang dinamakan ujian untuk anda semua! Untuk yang mengadakan qurban, 'Selamat Menunaikan Ibadah Qurban'!

Sunday, 22 November 2009

Alone And It's Blackout !


Salam and greetings to all. Dah lama blog ni tak diupdate. Last entry 12/11/09, selepas balik dari kursus. Lepas tu tak berkesempatan nak membuat entry baru kerana kekangan masa. Hari Rabu lepas aku dah mula bertugas, so setiap hari balik petang. Then, awal- awal pagi dah nak keluar ke tempat bertugas, sebab tempat bertugas agak jauh, takut tersangkut dalam traffic jam. Itu pasalnya, blog ni dah naik sawang!

Kebetulan semalam my other half outstation ke Utara. Aku tak dapat join sebab kena bertugas ni. So, anak- anak dibawanya sekali. Insyallah, lepas aku selesai tugas ni, barulah aku akan bercuti sekali dengan mereka! Kiranya kali ni 2 kali la anak-anak aku akan bercuti. Insyaallah aku akan ke Penang sebab ada jemputan kawin rakan sekerja di sana , 2 hari selepas cuti Krismas. Bila anak- anak dan cik abang tak ada ni, ingat oklah sebab PC tak de sapa yang conquer, bolehlah ngadap lama sikit. Tapi lama-lama naik boring la pulak! Sunyi je rumah, tak dengar jerit-pekik anak-anak!

Lepas solat Maghrib semalam , elok je duduk depan PC. Kiranya nak buat entry baru la! Baru je nak sign in, tiba-tiba je lampu padam! Ingatkan suis utama tu trip, tapi bila tengok ok je! Nak kata hujan lebat, tak jugak! Mulalah operasi mencari lilin! Nasib baik jumpa! Bila dah nyalakan lilin, baru teringat nak buat report kat TNB Careline. Operator TNB Careline tu bagi tau yang ada major breakdown kat Bandar Teknologi. So, maybe lepas 2 atau 3 jam lagi baru ok! Tunggu sampai jam 9.12 malam, tak ada.... 10.12 malam pun tak ada! Last sekali, aku pun naik masuk bilik , dengan lilin-lilin sekali. Tau-tau lampu dah menyala, kipas berpusing, dalam pukul 4 pagi tadi! Punyalah lama blackout!

Anyway, syukur alhamdulillah semuanya dah ok pagi tadi. Harap-harap malam ni tak blackout lagi. Pagi tadi pergi kedai beli stok lilin...just in case blackout again. Sebabnya...semalam punya lilin dah tinggal satu je. Apapun, bila blackout dan sorang-sorang kat rumah, macam-macam yang bermain dalam fikiran!

Thursday, 12 November 2009

Outstation... Kursus Guru Data EMIS

Tempat penginapan masa kursus. Bilik aku dapat riverview, bukannya dapat seaview
(Source: Google)

Bilik penginapan yang bolehlah...alhamdulillah.
(Pic ni ambik kat Google, tak bawak camera masa kursus!)

Salam semua. Semoga semua kawan-kawan blogger sihat-sihat aje. Ahamdulillah, hari ni baru dapat menjenguk blog yang dah beberapa hari tak dijenguk. Bukannya apa, aku berada di luar kawasan, untuk menghadiri Kursus Guru Data EMiS, peringkat daerah Hulu Langat. Actually, Ketua Guru Data yang sepatutnya attend kursus ni. Tapi, disebabkan dia perlu menghadiri satu lagi kursus data peringkat Jabatan Pendidikan Teknikal di Sepang, aku sebagai Penolong Guru Data perlu hadir bagi menggantikannya.

Tempatnya, di Kelang. Kelang tu taklah selalu pegi, last pegi makan ikan bakar kat Muara Ikan Bakar. Sebabnya, terasa jauh sangat kalau nak ke sana tu. Lebih kurang 2 jam, itupun kalau jalan tak jam. Hari Selasa bertolak ke sana,dihantar oleh.... sapa lagi kalau bukan my beloved hubby. Pendaftaran mula pukul 2 - 5 petang. Aku balik awal, dapat pelepasan sebab nak bertugas luar. Malam dah mula kursus sampai pukul 10.30 malam kecuali malam tadi. Sesi petang semalam tamat jam 5 petang dan tiada sesi malam. Ada special dinner pada malamnya. Ada live performance lagi! Ada la jugak pegawai PPD yang mendendangkan lagu, menyumbangkan suara. Petang semalam sempat la jalan-jalan kat area tempat kami tinggal tu.

Pagi tadi ada majlis perasmian penutup dan penyampaian sijil kepada semua peserta kursus. Lepas selesai semuanya, kami pun check-out dan balik ke rumah, rindu nak jumpa semua yang ditinggalkan di rumah!

Saturday, 7 November 2009

Farewell Party 5 Perd Gigih Class of 2009

5 Perd Gigih Class of 2009

Sedapnya makan, sampai tak pandang belakang!

Our PK, among the VVIPs, signing the Wall of Fame.

My class monitor, Mohd Izmil Hadi delivering his welcoming speech .

The VIPs, the subject teachers of 5 Perd Gigih.

The famous Satay Kajang, among the menu.

Chocolate cake, my fruit cocktail pudding and cocktail among the dessert.

Salam and greetings to all. Next week will be the last week of school for my school as the Unit Peperiksaan & Penilaian will be arranging the classrooms and hall for the SPM examination which will begin on 18th November 2009.

Next Friday the Form 4 students will be off, back to their home for the end of the year school holidays. And on the 16th November, many of the teachers will be out for the Taklimat Pengawas SPM. So, who is there to teach or even to relief the teachers? And some will be away, attending a course, at that time just like me!

Recently, my class had organised their Farewell Party, on the 29th October. They really wanted to have the party as last year, they did not have the time to organise it. Besides, this year is the final year for them as they'll be leaving the school soon. As a form teacher, I have no problem with that as long as they agree with my terms and regulations. I left everything to them, to plan, to organise, etc. So, they had their own committe members and each committe has their own role to play. As for my part, my job is to order the food. The rest, I leave it to them!

I was quite surprised when they came up with slide presentation about the class and also The wall of Fame, where the subject teachers were asked to sign a big card on the wall!For you information, the expenses for the class farewell party was from the money that my class won from Program Jiwa Murni last year and this year!

To all my beloved students, ' Thank You Very Much' for giving me 2 years of great moments in my life! 'Thank You' for being such good and wonderful students to all your teachers! I am very proud of you! I wish you all the best in your SPM and may success be with you! I love you all very much!

Tuesday, 3 November 2009

Allah Lebih Menyayangimu...

Salam semua. First of all, thousand apologies to all for not updating this blog lately. Bukannya apa, next week I will not be in school for 3 days. I will be attending a course for EmiS (data). Since I am the Penolong Guru Data I have to go to replace her. Sebabnya, pada masa yang sama, she has to attend another meeting on Data as well under BPTV. Yang aku kena pegi ni untuk daerah punya!

Semalam ada perjumpaan guru-guru Bidang Bahasa dengan Pengetua. Perjumpaan berkenaan analisa keputusan Peperiksaan Percubaan SPM. Semua guru Bahasa termasuk aku kena bentangkan analisa keputusan kelas masing-masing. Sewaktu dalam mesyuarat tu, PK aku dapat call. Then he informed us, yang seorang budak sekolah aku, terlibat dalam kemalangan tak jauh dari sekolah. So, dia pun keluar sekejap untuk ke tempat kejadian dan mesyuarat diteruskan. Tak lama lepas tu, PK aku pun balik. Dia bagi tau budak tu langgar lori. And he was badly injured. Aku harap budak tu tak ada-apa. Masa tu, kami yang ada dalam bilik mesyuarat belum tau lagi siapa budaknya.

Bila mesyuarat dah hampir tamat, PK aku dapat call lagi. Kali ni dia bagi tau"Pelajar kita yang accident tadi, Mohd Najmuddin 5 PPU Tekun, dah meninggal". Aku tergamam sekejap sebab budak tu adalah student aku. Last aku tengok dia Jumaat lepas masa aku masuk kelas. Yang membuatkan aku sedih dan terkilan, dia pergi sebelum sempat nak ambik SPM yang tinggal 2 minggu je lagi!

Jenazahnya akan dikebumikan hari ini selepas solat Zuhur. Al-Fatihah untuk arwah Mohd Najmuddin a.k.a Boy. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya! Dan semoga dia ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman!



Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails