Yang Mempesona

Thursday, 30 December 2010

Semoga Berjaya Wahai Anakku...

Ini adalah surat tawaran daripada sekolah.
(Surat kedua ini diterima sehari sebelum keputusan UPSR .)

Surat tawaran daripada Pejabat DYMM Sultan Perak.
(Surat pertama diterima sebulan selepas Ujian Bertulis)

Salam and greetings to all. Minggu ni minggu terakhir cuti penggal persekolahan bagi tahun 2011. Insyallah, minggu depan, sekolah akan dibuka semula. Mungkin pada waktu ni, ada lagi antara kita sedang sibuk membuat persiapan terakhir untuk persekolahan anak- anak. Atau bagi mereka yang bergelar cikgu macam aku ni , mungkin sibuk dengan mesyuarat dan sebagainya. Aku pun baru jea selesai bermesyuarat selama 2 hari. Dan sekarang ni sibuk membantu Unit HEM dalam urusan pengambilan pelajar ke Ting. 4.

Minggu lepas aku menguruskan hal kemasukan anak sulungku ke Tingkatan 1 di Madrasah Idrisiah Bukit Chandan , Kuala Kangsar. Alhamdulillah, dia telah berjaya tersenarai di antara 150 orang pelajar yang lulus cemerlang dalam Ujian Bertulis yang telah diadakan pada 26 September lepas. Syukur alhamdulillah , walaupun kami sekeluarga terpaksa berpisah dengannya, namun demi masa depannya , kami redha. Sebagai ibu, aku hanya mendoakan yang terbaik untukknya. Mudah-mudahan Allah SWT memberkati kehidupannya di sekolah yang baru.

Mungkin bagi sesetengah ibubapa , merasakan agak sukar untuk berpisah dengan anak pada usia yang masih muda , tapi bagi aku inilah masanya untuk mengajarnya erti kehidupan yang sebenarnya. Dalam ertikata lain, untuk hidup berdikari. Inilah peluangnya untuk belajar tentang kehidupan , pengurusan masa dan sebagainya. Mudah-mudahan dia akan lebih cemerlang di sekolah yang baru, dengan suasana yang baru dan kawan-kawan baru. Mungkin dia satu-satunya pelajar luar dari negeri Perak, tapi itu bukanlah boleh untuk dijadikan alasan untuk menolak tawaran tersebut. Lagipun , tanggungjawab sebagai ibubapa adalah memberikan pendidikan yang terbaik kepada anak-anaknya.

Namun , bak kata pepatah ' lain padang lain belalang , lain orang lain pandangan'. Yang pastinya ada juga rakan-rakan yang memberikan pandangan 'pro dan kontra' tentang hal ini. Tapi aku amat bersyukur kerana lebih ramai yang memberikan reaksi positif dan menyokong pilihan anakku ini. Insyaallah... ini adalah yang terbaik untuknya.

Kepada semua kawan-kawan, terima kasih di atas sokongan dan doa daripada anda semua. Semoga kecemerlangan dan kejayaaan akan sentiasa menjadi miliknya... insyallah!

Wednesday, 22 December 2010

Selamat Pengantin Baru Mastika & Shahrul


Salam semua. Minggu lepas dan minggu ni minggu yang kalut dan sibuk untuk aku. sampai aktiviti senaman pagi aku terpaksa ditangguhkan. Lagipun, sekarang ni keadaan cuaca yang sentiasa hujan juga membuatkan aku terpaksa memperlahankan aktiviti senaman pagi aku.

Pada hujung minggu lepas, selama 2 hari berturut- turut, aku sibuk dengan persiapan majlis perkahwinan my sister-in -law. Bermula dengan majlis akad nikah pada petang Jumaat, majlis tahlil dan doa selamat pada sebelah malamnya dan pada keesokannya majlis kenduri pulak. Berulang-alik ke Petaling Jaya selama 2 hari tu. Nasib baik ada highway, taklah terasa sangat jauhnya walaupun ada jugak masa kami semua sangkut dalam jam walaupun dah agak lewat malam.

Alhamdulillah, semuanya telah selesai dan berjalan dengan lancar. Kepada my SIL, Mastika dan suaminya Shahrul, 'Selamat Pengantin Baru dan Semoga Kekal Bahagia Ke Akhir Hayat! Selamat Menempuh Kehidupan Berumahtangga'

Tuesday, 14 December 2010

Di Penghujung Cuti Ini....

Antara aktiviti masa cuti di rumah, Restoran 24 Jam
(Credit to: Google)

My daily morning activity.
(Pic credits to Google)

Salam semua. Tinggal lebih kurang 2 minggu saja lagi cuti persekolahan akhir tahun akan berakhir. Tentunya, pada waktu ini, ramai antara kita dahpun selesai menguruskan hal anak-anak yang akan kembali ke sekolah ataupun yang baru nak melangkah ke alam persekolahan. Mana yang nak beli pakaian, kasut, alatulis, buku-buku dan juga beg sekolah. Bagi yang juga bersekolah agama, samalah juga persiapannya.

Begitulah juga dengan aku. Tahun depan seorang anak akan ke sekolah menengah dan yang bongsu akan ke sekolah rendah. Yang nombor 2 akan masuk Tahun 4. Bermakna, semuanya akan ke sekolah. Yang nombor 2 dan nombor 3 tu juga akan ke sekolah agama selain dari sekolah kebangsaan. Setakat ni, boleh dikatakan 90% dah selesai... yang tinggal cuma yuran dan beberapa buah buku untuk sekolah kebangsaan yang masih tak ada stok. Buku-buku untuk sekolah agama hanya akan mula dijual pada 1/1/11 nanti. Pada 31/12/10 akan diadakan Hari Orientasi untuk murid Tahun 1 di sekolah kebangsaan.

As for my eldest, insyaallah dia akan mendaftar diri di Madrasah Idrisiah Bukit Chandan, Kuala Kangsar pada 24/12/10. Alhamdulillah...nampaknya rezeki dia ada di Kuala Kangsar. Persiapan untuk dia pun telah hampir selesai. Tinggal urusan yuran saja lagi pada hari pendaftaran nanti.

Tahun ini juga tidak ada catatan Cuti-Cuti Malaysia dari aku. Kami sekeluarga tidak bercuti ke mana-mana memandangkan banyak hal-hal yang perlu dibereskan, sama ada urusan anak-anak mahupun urusan tugas di sekolah (terlibat dalam J/kuasa Pengambilan Pelajar T4 2011).

Walaupun aku tak bercuti ke mana-mana, aku masih punya aktiviti aku yang tersendiri. Senaman pagi, memasak untuk anak-anak dan mendaki adalah antara aktiviti masa cutiku. Alhamdulillah, tahap kecergasan makin bertambah baik! Dah boleh jogging...tanpa sebarang masalah.

Monday, 6 December 2010

Salam Maal Hijrah 1432




Salam and greeting to all. Diam tak diam dah nak sampai ke penghujung tahun 2010. Dan malam ni khususnya umat Islam seluruh dunia akan menyambut kedatangan 1 Muharram ataupun Awal Muharram di dalam kalendar Islam. Ianya juga untuk memperingati peristiwa Hijrah Rasullullah SAW dari Mekah ke Madinah .


Doa Akhir Tahun :
Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

" Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam...Amin..."


Doa Awal Tahun:
Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

" Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam....Amin..."

Kepada semua, Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432. Semoga tahun baru Hijrah ini akan membawa kebaikan dan keberkatan kepada kita semua, insyallah...

Monday, 22 November 2010

Syukur Alhamdulillah

Bersama hadiah dan anugerah yang diterima.

Bersama-sama hadir untuk meraikan dan berkongsi kejayaannya.

Tamat pengajian selama 2 tahun di Tadika Sinar Nur Ain.

2 minggu lepas adalah minggu yang paling sibuk untuk aku sebagai ibu dan guru. Bertugas 7 hari seminggu, Isnin hingga Ahad, dan pada masa yang sama perlu menghadiri Majlis Graduasi dan Hari Kecemerlangan Akademik anak-anak di sekolah masing-masing. Hinggakan perlu berbahagi mana majlis yang kami perlu hadir mengikut kelapangan masing-masing.

Syukur alhamdulillah kerana pada tahun depan, 2 orang lagi anak-anakku akan melangkah ke alam persekolahan yang baru. Yang sulung akan memasuki Tingkatan 1 dan yang bongsu ke Tahun 1. Yang kedua akan ke Tahun 4. Pastinya yang sulung dan yang bongsu akan mendapat satu pengalaman baru, berbeza dengan sebelumnya, semasa di sekolah rendah dan di tadika.

Apapun, aku amat bersyukur kepada Allah SWT kerana hasil usaha para guru dan doa daripada semua, anak sulungku telah berjaya dengan cemerlang di dalam UPSR baru-baru ini . Begitu juga di KAFA Integrasi . Terima kasih di atas segala tunjuk ajar cikgu. Jasa dan bakti cikgu-cikgu amat tak ternilai harganya. . Hanya Allah SWT yang akan membalasnya.


To my children ...
Nur An'nisa, Nur Fatimah and Muhammad Amal
I am so proud of you!
May success be with you throughout your life....Amin !

Friday, 12 November 2010

Selepas 15 Tahun....

Pemandangan di puncak Bukit Broga

Pagi di puncak Bukit Broga

On the top of Bukit Broga!

Salam and greetings to all. Penggal persekolahan dah hampir tiba ke penghujungnya. Minggu lepas sekolah aku bercuti agak lama sempena Deepavali. Minggu ni kembali sibuk dengan nak kejar dateline untuk key-in markah final exam Tingkatan 4 dan sebagainya.

Tapi, semasa cuti Deepavali yang panjang tu, sempatlah jugak aku menguji tahap stamina dan kecergasan aku dalam aktiviti outdoor especially 'jungle trekking' and 'mountain climbing'. Kali terakhir aku pergi mendaki rasanya tahun 1995, Gunung Ledang. Masa tu nak sampai ke puncak Gunung Ledang tu, ok jea. Maklumlah, muda lagi... stamina pun ok, dari segi fitness pun masih ok lagi! Destinasi pendakian kali ni ialah Bukit Broga, Semenyih.

Tempat ni dah memang terkenal di daerah ni. Setiap pagi, sebelum matahari terbit, dah ramai orang yang pergi mendaki Bukit Broga ni. Suami dan anak-anak aku pun selalu pergi. Kalau tak pergi awal pagi, mereka akan pergi sebelah petang, dapatlah tengok matahari terbenam. Pernah camping pun di atas sana.

Aku pegi awal pagi, lepas solat Subuh. Masa tu pun dah ramai orang. Mula-mula macam tak yakin jea boleh sampai ke atas, sebab dah lama tak mendaki bukit atau gunung, tapi kuatkan jugak semangat untuk sampai ke atas! Lagipun, aku ada masalah sikit dengan kaki kiri aku yang selalu sakit kebelakangan ni, tu yang buatkan aku risau nak mendaki Bukit Broga ni.

Alhamdullilah... akhirnya aku sampai jugak ke puncak Bukit Broga tu!Not too bad! Aku masih lagi boleh bersaingdengan mereka yang lebih muda dan bertenaga daripada aku ni.... Tapi sebelum panjat Bukit Broga tu kenalah bersenam untuk lebih stamina dan lebih cergas!

Tuesday, 2 November 2010

Majlis Graduasi SKM Zon Tengah

Antara pelajar SKM yang telah bergraduat!



KPPM being interviewed by a reporter.


Salam and greetings to all. It had been quite hectic for me for the past two weeks. I was involved in two graduations, one for the form 5 students of my school and the other one was for the SKM students of the central zone. One was held in Institut Latihan KWSP(Esset) Bangi and the other one was in my school.

Last week was the Majlis Graduasi SKM SMT/SMV Zon Tengah. At the same time in my school was a school day! Hari ganti persekolahan for hari raya puasa that we had taken earlier. 'Cuti dulu, ganti kemudian'! So, there were two things that were on at the same time!

As I had classes that day, I was not able to be in the hall throughout the event. But, I managed to be there, after the graduation was over!

Today is the last day of school for this week! I'll be enjoying the Deepavali holidays as I really need a break! But still, 3 bundles of the Form 4 scripts waiting to be marked!

Tuesday, 26 October 2010

Jasanya Tetap Dikenang

Peace upon you ! Pada hujung minggu yang lepas, aku telah kehilangan sesuatu yang amat berharga pada diri aku! Ianya banyak membantu dalam kehidupan dari masa aku bujang hinggalah sekarang dah ada anak tiga ! Jasa dan baktinya tak ternilai ! Mungkin ianya dah terlalu tua dan uzur ! Ataupun masanya telah tiba! Apapun, aku tak akan lupakan segala jasa dan baktinya yang amat berharga! Terima kasih banyak-banyak! Engkau akan tetap ku kenang!

Inilah dia.....
si lesung batu kepunyaan ku



Tanpanya.... susah la nak buat sambal belacan!

Monday, 18 October 2010

Tenggelam Bersama Para Peminat Maher Zain

Maher Zain @ Rock Corner, The Curve
(credit to: Rock Corner@Facebook)

Anak-anakku di belakang dan di depan wanita yang bertudung biru tu!

Hanya tangan yang memegang handphone jea yang kelihatan, hehhehe!

Salam and greetings to all. Maaf sebab blog ni agak terbiar sejak akhir-akhir ni. Sebenarnya, kepala aku tengah pening dan berserabut. Bukannya apa, banyak urusan dan tugasan yang perlu disiapkan dalam masa yang terdekat ini. Hinggakan blog ini sunyi sepi. Bulan ni aku agak sibuk di sekolah dengan pelbagai majlis dan program termasuk , peperiksaan PTK aku yang baru selesai Sabtu lalu ;peperiksaan PTK terakhir mengikut Bajet 2011!

2 minggu lepas aku berjumpa dengan kakak angkat yang datang dari JB. Dah lama sangat tak jumpa, adalah dalam 12 tahun. Kali akhir jumpa, masa tu aku tengah pregnant my eldest and now my eldest tu dahpun 12 tahun! Kami berjanj nak jumpa di Ikea, Mutiara Damansara. Tengah kami makan-makan, anak-anak daraku yang berdua tu bagi tau, " Mama, pukul 3.30 petang ni, Maher Zainada kat Rock Corner, THe Curve"! Tak sangka pulak suami kakak angkat tu pun minat sama kat Maher Zain ni.

Lepas lunch, kami semua terus ke The Curve dan masa tu dah ada queue panjang sampai ke McDonald's. Tu baru sebelah kiri, belum sebelah kanan lagi! Naik lenguh kaki kami semua menunggu sebab nak tengok muka si Maher Zain ni secara live! Lebih kurang jam 3.30 petang barulah si Maher Zain ni muncul dan dapatlah tengok mukanya! Dan lepas tu, aku kenalah pulak menunggu anak dara yang berdua tu sebab mereka jammed dengan peminat-peminat Maher Zain yang lain! Gambar anak-anak ku ni pun dapat daripada Facebook Rock Corner!

Thursday, 30 September 2010

Ujian di Madrasah Idrisiah dan Ziarah Raya

Bergambar di perkarangan Masjid Ubudiah , Kuala Kangsar
sebelum masuk ke Dewan Peperiksaan

Salam and greetings to all. Dah lama sangat blog ni terbiar. Maklumlah... cuti sekolah, sambung pulak dengan cuti raya! 2 minggu cuti! Tapi walaupun cuti lama, tak ke mana-mana pun ! Maklumlah, lepas jea cuti, anak sulung nak ambik UPSR. Alhamdulilah dah pun selesai tapi hari ni akan menduduki PSRA pulak, Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama. Mudah-mudahan semuanya mudah dan lancar untuknya, insyaallah!

Minggu lepas aku berada di Utara, Anak sulungku yang baru selesai UPSR tu mendapat panggilan untuk Ujian Bertulis bagi kemasukan ke Tingkatan 1 di Madrasah Idrisiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

So, kami semua ke sana pada hari Jumaat. Ujian tersbut pada hari Ahad. Jadi, sempatlah juga kami beraya di sana dengan saudara mara belah suami di Parit Buntar, Sg. Baru Tanjung Piandang dan di Sayong Kuala Kangsar


Lebih 600 pelajar yang datang menduduki ujian tetapi
pengambilan hanya untuk 150 orang pelajar sahaja !

Madrasah Idrisiah dilihat dari perkarangan Masjid Ubudiah

On the way balik ke KL, kami singgah di Cameron Highlands pulak untuk beraya di rumah kawan suami yang dah lebih 20 tahun tak jumpa! Dia seorang GPK di salah sebuah sekolah rendah di sana.

Di Cameron Highlands kami tak bermalam pun di sana, sekadar singgah berziarah, membeli sayur-sayuran, buah-buahan di Kea Farms Brinchang dan melawat ladang teh.

Kepada Cikgu Aishatul dan Cikgu Zairi terima kasih di atas layanan istimewa sepanjang kami di sana !

Bersama keluarga Cikgu Aishatul dan Cikgu Zairi

Di hadapan sekolah di mana Cikgu Aishatul mengajar.

Pemandangan berlatarbelakangkan ladang teh

Beli la sikit- sikit jangan kata balik dengan tangan kosong... !

Anak-anak buat part- time petik daun teh ... ha ha ha


Di Ban Pecah , Sg Baru Tanjung Piandang

Enjoy Tengok matahari terbenam... asyik gitu... !


Sekian untuk kali ini, tunggu entry yang seterusnya... tapi tak tau bila ! hahaha rajin-rajin la jenguk blog kita ye !

Wednesday, 8 September 2010

Salam Aidilfitri Untuk Semua


Salam dan greetings to all. Hari ni dahpun 29 Ramadhan. Insyaallah, lusa semua umat Islam tidak kira di mana jua berada, bakal menyambut Aidilfitri.

Di kesempatan yang ada ini, Myza menyusun 10 jari memohon jutaan ampun dan maaf kepada semua rakan-rakan bloggers serta para pembaca senyap sama ada jauh dan dekat mahupun yang berada di luar negara yang sudi singgah ke blog ni. Maaf dipinta sekiranya sepanjang Myza berblog ini ada yang tersilap kata ,terkasar bahasa, terlanjur kata dan yang menyinggung hati dan perasaan anda semua! Maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Kepada semua yang sudahpun bercuti, 'Selamat Bercuti' dan kepada yang akan balik ke kampung, 'Selamat Pulang Ke Kampung dan Hati-Hati Di Jalanraya'. Semoga kita semua akan bertemu kembali selepas cuti hari raya nanti, insyaallah! Myza beraya di sini saja kerana anak sulung bakal menduduki UPSR selepas cuti nanti. Harap kawan-kawan semua turut mendoakan agar kejayaan bakal menjadi miliknya, insyaallah, amin....!

Sunday, 29 August 2010

Dah Tengok Iklan Ni?



Salam and greetings to all! hari ni dah masuk 19 Ramadhan. Tinggal 11 hari jea lagi sebelum kita semua menyambut Hari Raya Aidilfitri! Lusa negara kita akan menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke - 53. Dah tengok ke iklan untuk Hari Kemerdekaan? Biasanya kalau bab-bab iklan raya atau iklan hari kemerdekaan, iklan Petronas yang paling best! Especially iklan tu hasil kerja arwah Yasmin Ahmad. Semua iklan Petronas pasti ada mesej tersendiri untuk disampaikan pada semua. Dan tahun ni, walaupun Yasmin Ahmad dah tiada lagi, kerjanya diteruskan oleh mereka yang lain.

So, inilah dia iklan Petronas untuk Hari Kemerdekaan tahun ini. Iklan ini shootingnya dibuat di Bengkel Automotif sekolah aku. Yang terlibat adalah 2 orang cikgu dan sekumpulan pelajar. Bendanya sikit jea yang nak kena buat, tapi still kena pegi screentest! Tapi masa shooting tu, sekolah tak ada orang sebab shooting tu dibuat pada hari Sabtu & Ahad. Apapun, tumpang bangga sebab iklan ni penggambarannya dibuat at my school!

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-53.
'1Malaysia Menjana Transformasi'

Sunday, 15 August 2010

Apabila Hero Kecilku Berpuasa


Salam Ramadhan kepada semua sahabat tak kira yang jauh dan dekat. Hari ni dah masuk hari kelima kita semua berpuasa. Dan pastinya macam-macam cerita yang ada sepanjang 5 Ramadhan ni. Yang pastinya, bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil mungkin Ramadhan tahun ini merupakan masa yang sesuai untuk melatih si kecil berpuasa. Begitu jugak dengan aku. Tahun ni hero kecilku mula berpuasa. Tahun lepas dia turut sama berpuasa. Tapi, padanya ketika itu, istilah berpuasa ialah hanya tak boleh makan, tetapi minum boleh!

Alhamdulillah, tahun ni, dia mula cuba untuk berpuasa penuh, mengikut konsep yang betul, tak boleh makan dan tak boleh minum. Hari pertama, puasanya bocor di sekolah. Hari kedua, bocor di rumah, lepas balik dari sekolah. Hari ketiga, lagi 3 minit nak berbuka, dia teguk air yang dah dituang dalam gelas. Silap aku jugak, sebab aku dok tuang air, sebab dah dekat sangat nak berbuka. Air yang diminumnya tu, bukannya habis pun, bila kakaknya bagi tau belum azan lagi, tau apa jawapannya? "Nak test jea, bukannya banyak pun, sikit jea!'' Mau tak tergelak dibuatnya. Anyway, aku kira puasa dia penuh jea hari tu, cuma ada kesilapan teknikal aje. Semalam, dia tak puasa sebab batuk dan dia perlu makan ubat. Hari ni... alhamdulillah, puasanya penuh. Mudah-mudahan, esok dan hari-hari berikutnya, dia akan terus berpuasa!

Wednesday, 11 August 2010

Salam Ramadhan & Selamat Berpuasa


Salam and greetings kepada semua kawan-kawan bloggers dan tidak lupa juga kepada semua yang sudi singgah menziarah blog ini. Di kesempatan yang ada ini, Myza nak mengucapkan 'Selamat Berpuasa' kepada semua. Mohon ampun dan maaf kiranya selama ini Myza ada tersilap kata dan terkasar bahasa. Semoga Ramadhan tahun ini akan menjadi Ramadhan yang lebih baik untuk kita semua, insya-allah!

Tuesday, 27 July 2010

Minggu Lepas Yang Sibuk

Salam and greetings to all. Dah lama sangat rasanya blog ni terbiar. Maklumlah tuannya agak sibuk. Hujung minggu lepas dan minggu sebelumnya agak sibuk dengan program Hari Prihatin dan Ahad baru-baru ni Skuad Denggi pulak! Tapi minggu lepas tak dapat nak join program bersama Skuad Denggi kerana anak no. 2 tu telah mendapat ini....!! Apakah itu???

Ianya adalah 'chicken pox' atau dalam Bahasa Melayu ianya dipanggil cacar air. Semuanya bermula bila anak yang no.2 tu bangun pagi nak bersiap ke sekolah! Tiba-tiba dengar dia menjerit. Katanya, tangan ada merah-merah. Suspen jugak, ingatkan bintik merah denggi! Bila tengok, nampaklah bintik-bintik yang berisi air. So, teruslah bagi tau,'Jangan pegi sekolah, Fatimah kena chicken pox'! Hari pertama ok lagi.Masuk hari kedua, makin banyak keluar, sampai tapak kaki dan tangan serta kepala. Alhamdulillah, sekarang pun dah kering semuanya. Selera makan pun dah ok balik. Cuma minggu ni mamanya yang cutikan dia dari sekolah. Mintak MC daripada doktor sebab takut berjangkit kat kawan-kawan lain di sekolah! Kesian pulak kalau ada yang terkena jangkitan ! So, minggu lepas both abah and mama ganti nurse bergilir-gilir!

Monday, 12 July 2010

Floria 2010






Salam and greetings to all. Alhamdulillah, hujung minggu baru ni tak ada program di sekolah. So,bolehlah berehat-rehat di rumah sambil membereskan apa-apa yang patut. Kebetulan di sekolah, ada kawan-kawan yang mengambil bahagian di dalam Floria 2010 di Putrajaya. Memandangkan semalam tiada apa-apa agenda, apalagi ke Putrajaya kami tuju. Mulanya saja sembang-sembang dengan boss kat rumah, tak menyangka pulak dia ok jea! Dalam 9.15 pagi,kami dah pun ada di tapak Floria tu. Nasib baik parking belum penuh, cuaca pun belum panas lagi! Penat jugaklah berjalan di tapak Floria tu. Gerai jualan pun macam-macam ada! Tapi Floria ni memang best! Dapat tengok pelbagai rekaan lanskap samada dari pihak jabatan kerajaan, korporat, universiti , kolej dan juga sekolah. Sekolah kami turut mengambil bahagian dalam pertandingan membuat collage dan mendapat tempat kedua dan ketiga! So,sesiapa yang belum pergi lagi, baik pergi! Pergi jangan tak pergi ....

That's all and do enjoy the pictures!

Thursday, 8 July 2010

Hari Koperasi Sekolah

Salam and greetings to all. Dah lama sangat tak menjenguk blog ni! Bukannya apa, PC telah 'di conquer' oleh suami dan anak-anak. So, memang payah sikitlah kecuali anak- anak dah tidur dan ayahnya pulak ada urusan di luar! Masa tu barulah boleh nak tengok2 apa yang patut!

Minggu lepas cuti minggu pertama, tapi aku di sekolah ada program, Hari Koperasi Sekolah! So, macam- macam aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu tu hinggalah ke Majlis Perasmian Penutup pada hari Sabtu tu. Ada pertandingan memasak, pertandingan dessert ter'ummph', gerai jualan, pertandingan karaoke, acara untuk kanak- kanak, flying fox dan 'abseilling' memanah dan lain-lain. Anak aku dua orang ambil bahagian dalam acara untuk kanak-kanak. Sorang masuk acara tiup belon sampai pecah dan yang sorang lagi masuk acara cari gula-gula dalam tepung. Masing- masing menang dan dapatlah hamper yang sesuai dengan umur dorang tu! Aku pulak menang cabutan bertuah tempat ke 3. Anak-anak pulak enjoy dapat pergi ke Hari Koperasi tu. Alhamdullilah, semua happy dan murah rezeki kami anak beranak hari tu!

That's all folks! Jumpa lagi!

Thursday, 17 June 2010

Fadhilat Bulan Rejab

Salam and peace upon you!
Dah lama benar blog ni bersawang, maklumlah tuannya agak sibuk kebelakangan ni! Walaubagaimanapun, terima kasih kepada semua yang masih lagi datang menziarah dan bertanyakan khabar! Cuti sekolah pastinya ramai yang bercuti, Cuti-cuti Malaysia sambil Jalan- Jalan Cari Makan! Dan diam tak diam, bulan Rejab dah pun tiba! Maknanya... tak lama lagi Syaaban dan selepas itu Ramadhan pula akan tiba!

Bulan Rejab kembali lagi. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud taazim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya.

Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:

Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.

Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.

Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,

Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.

Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.

Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.

Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.

Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.

Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.

Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.

Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.

Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.

Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.

Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.

Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.

Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun. Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.

Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka.


Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari,sekurang-kurangnya sebuku roti.

Thursday, 27 May 2010

JANGAN ....

JANGAN sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

JANGAN tidur selepas solat Subuh,
nanti
rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).


JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.. .


JANGAN biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.


JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa
kerana mati boleh datang bila-bila masa.



JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.


JANGAN mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.


Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya.. Kalau gagal kecewa pula.


JANGAN bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita....


Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa
makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.


Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia..
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.



Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH SWT lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.
Renung-renungkan dan fikir-fikirkanlah!

Friday, 14 May 2010

Northlight School

Positive enforcement!

Antara permainan yang ada di dalam Bilik Rekreasi

Suasana di Bilik Rekreasi

Tak ubah macam bilik hotel yang sebenar!


Pasar mini untuk melatih pelajar-pelajar Retail Operation

NLS Radio Station


Pemandangan Northlight School

Salam and peace upon you! Happy Belated Mother's Day to all mothers, mak, mama, mummy, ibu, mak, ummi, ma, etc. Dari awal Mei hinggalah sekarang, aku tak punya banyak masa untuk duduk di depan PC. Anyway, thanks to all yang masih lagi sudi datang bertandang dan bertanya khabar di blog aku ni! Terima kasih banyak-banyak!

Hujung minggu lepas, merupakan weekend yang agak ketat jadualnya. Hari Jumaat aku berada di Kota Singa, atas urusan rasmi sekolah. Sabtu , pukul 5.30 pagi sampai rumah! Ahad ke KLIA, hantar my SIL pergi umrah!

Aku berada di Singapura atas urusan lawatan kerja, mengikuti rombongan pelajar dan guru seramai 28 orang, melawat Northlight School, Singapura. Sekolah ini merupakan sekolah yang memberi latihan vokasional dan kemahiran untuk pelajar-pelajar yang tidak dapat masuk ke sekolah menengah. Kalau di Malaysia, sekolah untuk mereka yang gagal UPSR! Sekolah ini dibangunkan untuk mengurangkan masalah keciciran pelajar dan seterusnya mengurangkan masalah sosial. Ada juga pelajar-pelajar istimewa belajar di sini! Northlight School ini merupakan satu - satunya sekolah vokasional di Singapura.

Apabila melihat prasarana yang ada di sekolah ini serta kurikulum yang digunakan, aku betul-betul teruja! Tak dapat aku bayangkan macamana kalau kemudahan itu ada di sekolah aku! Aku kagum bagaimana murid-murid di situ dapat menghargai segala kemudahan tanpa merosakkan atau membuat sebarang contengan di dinding - dinding, meja dan sebagainya. Penekanan terhadap pembentukan watak atau keperibadian pelajar itu adalah yang utama! Tidak ada pengawas sekolah pun! Pelik tapi benar...

Di sekolah ini pelajar -pelajarnya sangat bimbang dan takut untuk membuat kesalahan yang mana hukumannya mereka mereka tidak dibenarkan datang ke sekolah. Mereka juga sangat prihatin dengan guru-guru dan akan berkelakuan baik demi untuk tidak mengecilkan hati guru-guru! Percaya atau tidak, kehadiran ke sekolah adalah 100% ! Sekolah ini sangat istimewa, lain dari yang lain! Itu saja yang aku boleh katakan! Sebenarnya, semua yang pergi ke sekolah itu kagum dengan sekolah tersebut, dengan kaedah dan pendekatan yang digunakan, selain daripada kurikulumnya yang digubal sendiri oleh pihak sekolah!Satu ungkapan yang diungkapkan oleh Pengetuanya ialah ' When People Say IMPOSSIBLE, You Say I'M POSSIBLE'! So, kita fikir-fikirkan!

That's all for now! Enjoy the pictures!
Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails