Yang Mempesona

Sunday, 10 January 2010

Cuti-Cuti Malaysia Dec 09 : Jumpa Bloggers Utara

Supper di Bandar Perda dengan Bro Luth. Anak bujangku yang tengah bad mood!

Intan yang baru balik kerja terus ke Queensbay Mall. Tq Intan!

Bersama kak Kamsiah dan anak bongsunya Tasha.

Salam and greetings to all. Dah seminggu aku kembali ke sekolah, selepas lama bercuti. So, minggu pertama ni as usual adalah minggu yang agak sibuk, dengan pelbagai mesyuarat yang perlu dihadiri walaupun P& P belum berjalan dengan sepenuhnya.

Ni nak sambung cerita pasal aku punya Cuti-Cuti Malaysia hujung tahun lepas. As you all semua tahu, destinasi Cuti-Cuti Malaysia aku adalah ke Utara. So, peluang dan kesempatan yang ada ni, aku gunakan untuk bertemu dan beramah mesra dengan rakan-rakan bloggers yang aku dah lama kenal di alam maya ni. Jadi, ianya bukanlah setakat bertemu di dunia cyber, tetapi ianya dah menjadi realiti! Bak kata orang putih, face to face! Dengan pertemuan ini, dapatlah kami semua berkenal-kenalan dengan lebih mesra, bukan setakat dengan rakan bloggers tu tapi juga ahli keluarga mereka. So, orang tak bolehlah nak kata bahawa rakan cyber ni tak boleh dipercayai dan sebagainya. Yang penting ialah keikhlasan kita untuk berkawan atau bersahabat.

Lepas jumpa dengan CM di Ipoh, aku sekeluarga meneruskan perjalanan ke Bukit Mertajam dan bermalam di Guar Perahu. So, di sana, aku telah berjumpa dengan bro Luth. Kebetulan dia ni tinggal di lorong bersebelahan dengan lorong rumah sepupu suami aku. So, ingatkan jauh rupanya dalam satu taman je! Luth bawak kami makan nasi kukus ikan bawal goreng, antara specialty di Utara ni. Simple but different and affordable! Dan baru-baru ni kami bertemu di Kajang pulak! Kebetulan beliau dari Melaka menuju ke Shah Alam. Singgah di Kajang dan kami makan Satay Kajang pulak!

Esoknya, kami ke Kulim pulak. Menziarah kak Kamsiah, juga seorang blogger. Seronok dapat bertemu muka, bukan sahaja dengan beliau tetapi dengan anak-anaknya juga. Anak- anak pun boleh berkenalan dan beramah mesra. On the way balik ke Guar Perahu, kami singgah di Kg. Permatang Luas, yang tak jauh dari Guar Perahu. Tujuannya untuk membalas jemputan tuan rumah ke majlis perkahwinan anaknya pada awal Dec tahun lepas. Tapi disebabkan aku bertugas mengawas SPM, maka tak dapatlah aku menghadirinya. Beliau juga antara rakan bloggers aku, iaitu Opah. Hinggakan anak- anak aku pun memanggil beliau dengan panggilan Opah.

Sebelum mengakhiri percutian keluarga bagi tahun 2009, kami ke Penang dan di sana kami berjumpa seorang lagi rakan bloggers iaitu Intan. Kami bertemu di Queensbay Mall memandangkan situ adalah tempat hampir dengan tempat kerjanya. Walaupun hanya sekejap, tetapi ianya sungguh bermakna .

Kepada CM, Luth, kak Kamsiah, Opah dan Intan, terima kasih di atas layanan mesra yang diberikan. Semoga persahabatan yang terjalin di antara kita ini akan kekal ke akhir hayat.

13 comments:

Seti@wan Dirgant@Ra said...

Selamat pagi...
Seru deh kopdarnya.
lama baru sempat mampir disini/

n@m@n said...

wah..jumpa kwn alam maya ..

Myza Pesona said...

Seti@wan,
Salam Tahun Baru 2010! Moga sukses selalu! Memang sudah lama benar kamu tidak mampir di sini . Kenapa ya?

n@m@n,
Ada rezeki, kita pun boleh jumpa! Dah dekat pun, Kajang dgn Putrajaya!

Myza Pesona said...
This comment has been removed by the author.
Luth Textile said...

wah kak.. entry lama punya.. baru nak update..ehehe

kita berjumpa di bandar perda dan di kajang! tq kak and husband

Myza Pesona said...

Luth,
Tak sempat nak update awal-awal. Banyak sangat cerita! Tak tau nak publish yang mana satu, hehehe! Anyway,terima kasih sudi datang Kajang dan maaf kiranya layanan yang diterima agak kurang memuaskan! Minggu pertama persekolahan agak sibuk buat akak, so itupun kebetulan akak agak free sikit! Tapi, itulah rezeki namanya, rezeki untuk jumpa kali kedua di Kajang! Lepas ni kalau datang KL, jemputlah ke Kajang lagi!

mamaaffiq said...

Salam kak...best le dpt jumpa kan..sy pun blogger utara gak..lain kali dtg pb leh le jumpa...

REENAZ said...

Wahhhh bestnyer dpt jumpa kwn2 bloger....

kak ina kl said...

salam myza..wah seronok dah jumpa puan kamsiah tu..memang best kan kalau jumpa member blog..rasa seronok..betul tak?

Myza Pesona said...

mamaafiq,
Insyaallah, ada rezeki, kita jumpa pulak!

Reenaz,
Kita pun boleh jumpa jugak kalau ada rezeki. Tunggu Reenaz balik Malaysia!

kak ina kl,
Memang seronok dapat jumpa kak Kamsiah tu! Semuanya first time jumpa! Kita bila pulak agaknya nak jumpa ye?

Marzalina said...

salam kak myza..intan pun nak ucap terima kasih kerana sudi jumpa intan walaupun sat..maaflah..tak dapat berbual lama2..hehe

Daddy Cool said...

Terima kasih sebab datang ke rumah di kampung. Sorry tak sempat nak jumpa, dah gerak balik ke Ipoh...

Amacam Opah?

Myza Pesona said...

Daddy Cool,
Tak ada rezeki la nak jumpa. Insyaallah, ada rezeki lain kali kita jumpa pulak! Opah ok je! Seronok dapat jumpa dengan Opah. Teringat pulak pada arwah my mum!

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails