Yang Mempesona

Thursday, 18 February 2010

At The Dentist's Clinic


Salam ! semalam aku ke klinik gigi,membawa my little hero untuk appointment dengan doktor gigi. Actually,minggu lepas lagi nak pergi, tapi appointment penuh. Then, klinik tutup untuk cuti Chinese New Year. Semalam baru klinik dibuka semula. But, this is not my son's first dentist appointment okay! Eventhough he's 6 years old, tapi dia dah biasa pergi jumpa dentist. Sebabnya... bila kakak-kakak dia pergi check gigi, dia pun ikut sama!Lepas kakak - kakaknya check, turn dia pulak ! Biasanya dentist tu akan check sekali gigi dia. Last year, dia tampal gigi! So, kali ni nak cabut gigi!

Apa yang penting yang aku nak share ialah pengalaman pertama untuk anak-anak itu penting. Macam dentist tu bagi tau, once kanak-kanak tu dah dibiasakan pergi jumpa doktor atau dentist, dia tak akan takut ! In fact, anak tu akan tahu bila dia patut pergi jumpa dentist. And in my son's case ni, dia yang bagi tau 2 batang gigi dia dah longgar dan nak kena cabut ! Aku ingatkan dia just main-main tapi bila aku check, memang betul rupanya ! So,aku bawak la dia semalam, bila nurse tu panggil masuk bilik dentist, dia dah tahu apa nak buat! Relax je dia...nangis pun tak! Tau-tau gigi 2 batang dah tak ada lagi !

10 comments:

sonata anak kancil said...

salam....teringat jugak belum pegi check-up lagi....klinik tu asyik penuh appt. aje!

Noorma said...

beraninya hero dia..teringat kisah saya bulan lepas, dh buat appointment ngan dentist, nk bawak hero kecik ni, tp sampai jer sana, dia nangis..takut..doktor pun wat derk jer..tak tau nk pujuk..last2 nenek dia yg masuk tampal gigi....

n@m@n said...

dulu time kck2 takut pegi klinik gigi..hehe

Myza Pesona said...

Cikgu Sonata,
Jangan sampai sakit gigi sudah la! Kalau gigi dah sakit, serba tak kena dibuatnya nanti!

Myza Pesona said...

Noorma,
Itu kat klinik gigi kerajaan atau swasta? Myza memang tak pernah lagi bawak ke klinik kerajaan. Bukannya apa, leceh pasal waktu appointment tu la! Kalau swasta, Myza biasa buat appointment hari Sabtu. Mungkin doktor gigi tu perlu belajar lagi pasal psikologi kanak-kanak hehehehe!

Myza Pesona said...

n@m@n,
Sekarang ni takut lagi ke nak pergi klinik gigi? Harap-harap tidaklah ye! Nanti nak bawak anak pulak jumpa doktor gigi!

TK said...

Senangkan..bila anak tak takut g dentist. Anak2 aku x pnah cabut gigi lagi. Klau gigi goyang dorang beritau, kami cabut sendiri pakai pliers!

Hamizah said...

hero saya, siap kena pegang oleh 2,3 org baru tercabut gigi..syabas utk hero myza..

Myza Pesona said...

Hamizah,
Alhamdulillah, setakat ini, anak-anak tak banyak kerenah bila jumpa doktor atau dentist. Kadang-kadang mereka yang bagi tau nak ke klinik bila tak sihat atau sakit gigi! Selagi tak dibawa, selagi tulah bising!

encik luth said...

wah.. dia tak nangis tak pa la akak. hebat! hahahah

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails