Yang Mempesona

Friday, 2 April 2010

Kem Remaja Prostar


Bersama ahli Kelab Prostar sekolah

Chalet tempat penginapanku

Surau yang dibina daripada buluh

Peace upon all of you! Dah lama benar blog aku terbiar tanpa sebarang cerita baru. Bukannya malas tapi sejak sekolah dibuka, program-program sekolah dahpun menanti untuk dilaksanakan. Dalam bulan ni saja, ada tiga agenda menanti. Hujung minggu ni, Kursus Pengurusan Ko-kurikulum, hujung minggu depan pula Perkhemahan Perdana untuk Unit Beruniform dan minggu berikutnya Majlis Anugerah Cemerlang. Untuk dua program awal April ni, aku tidak terlibat. Cuma untuk Majlis Anugerah Cemerlang aku sebagai Ahli Jawatankuasa Dokumentasi.

Hujung minggu lepas aku masuk hutan, untuk program Kem Remaja Harapan anjuran Kelab PROSTAR daerah di DR Campsite. Aku jadi guru pengiring untuk 5 orang pelajar yang mewakili sekolah kerana di sekolah aku ada Kelab PROSTAR dan aku salah seorang guru penasihat kelab tersebut. Tapi akhirnya aku turut sama sebagai fasilitator sepanjang 3 hari 2 malam di sana. Semuanya disediakan, free of charge! Tempat tu pun okay jugak tapi biasalah dalam hutan, mesti ada yang luar biasa! Perkara pelik dan misteri.

Dah lama tak pegi kem atau perkhemahan, bila sekali- sekala dapat peluang seronok juga. Dapat jugak jumpa kawan-kawan baru sambil menimba pengalaman yang jarang sekali datang. Bak kata pepatah, jauh berjalan luas pemandangan! Tapi dari tempat aku ke tempat perkhemahan tu tak la jauh sangat!

Well, that's all for now folks! Enjoy the pictures! Have a nice weekend!

3 comments:

qaseh mas said...

Salam Myza
Alhamdulillah Cikgu Myza
kali ini dapat saya singgah di sini..
Tahniah,dapat jadi fasi. Best nya pengalaman indah itu. Mesti masa ni, Kak Myza dapat kenali watak2 student dgn lebih rapat lagi.Rinduuu sangat nak kembara seperti itu.

suara said...

Salam myza
Teringat kenangan masa belajar dulu... Walaupun hanya beberapa kali, tapi memang best lah.

sepul said...

oo u ni guru prostar ke... tempat saya kerjalah yang menguruskan semua penerbitan bahan-bahan pendidikan untuk prostar nih. just to let u know la..saya kerja kat bhg. pendidikan kesihatan KKM putrajaya.

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails