Yang Mempesona

Monday, 19 April 2010

Tidur Sebagai Ibadah

Salam and greetings to all. Dah hampir 3 minggu blog ini terbiar, dahpun berhabuk dan bersawang. Hari ni, barulah ada peluang nak membersihkan sawang-sawang yang ada. Hari ni entah kenapa aku terasa sangat mengantuk... padahal sebelum ini pun aku dah biasa tidur lewat dan bangun awal! Adakah kerana Sabtu baru- baru ini aku berada di sekolah dari pagi sampai jam 2 petang, yang membuatkan aku tidak cukup rehat? Entahlah... aku pun tak tau apa sebabnya!

So, hari ini aku nak share dengan semua kawan-kawan sesuatu pasal tidur. Kita semua tahu bahawa seorang dewasa memerlukan sekurang-kurangnya 6 jam untuk tidur setiap hari. Ini menunjukkan bahawa 1/4 daripada keseluruhan umur kita dihabiskan untuk tidur. Sebagai contoh, jika umur kita adalah 40 tahun, maka 10 tahun telah dihabiskan untuk TIDUR sahaja! Oleh itu, amatlah rugi rasanya jika tidur tersebut berlalu tanpa sekelumit niat yang ikhlas yang mampu meningkatkan darjat tidur daripada:

Niat : Niatkan untuk berehat dan mendapatkan kembali tenaga untuk beribadah kepada Allah.

Subjek : Tidur adalah harus. Allah berfirman yang berkmaksud, " Dan Kami telah menjadikan malam dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi). Surah al-Naba' 78:10

Pelaksanaan: Mestilah betul. Jangan tidur secara sengaja semasa bekerja, memandu kereta atau mendengar khutbah.

Optimum : Hendaklah tidur di tempat yang selamat, nyaman dan kondusif. Adab-adab tidur yang telah dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w juga perlulah dipatuhi.

Tidak meninggalkan ibadah yang asas: Jangan tertidur hinggakan tertinggal waktu solat.

Natijah: Tenaga dan kesegaran yang didapati daripada tidur yang cukup digunakan untuk melaksanakan kebaikan bukannya kemaksiatan.

Semoga tidur kita semua akan menjadi ibadah buat diri kita semua. Wallahualam

4 comments:

Hamizah said...

kalau dapat tido 10min pon dah cukup bila penat sgt,kan..

Kak Aidah said...

Salam Myza,

Lama juga ya Myza menyepi. Busy ke? Bagus gak info pasal tidur ni. Kalau dah penat dapat lelap dalam 5 minit pun jadilah.

Myza Pesona said...

Hamizah,
Memang ...kalau dapat tido sekejap sebab nak hilangkan penat, ibarat dapat sekilo emas!

Kak Aidah,
Myza memang tak ada istilah TIDUR SIANG sebab memang tak ada masa! Tidur malam je yang dapat! Itupun kadang-kadang tak cukup! Tapi kalau dapat lelap 5, 10 minit tu memang berbaloi!

diari-alya said...

salam
mmg kalau tidur tak btl, bukan saja mata masih berat, badan pun rasa semacam jer letihnya. asyik nak baring jer cam takde tulang belakang.... huhu

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails