Yang Mempesona

Thursday, 27 May 2010

JANGAN ....

JANGAN sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

JANGAN tidur selepas solat Subuh,
nanti
rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).


JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.. .


JANGAN biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.


JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa
kerana mati boleh datang bila-bila masa.



JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.


JANGAN mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.


Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya.. Kalau gagal kecewa pula.


JANGAN bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita....


Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa
makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.


Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia..
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.



Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH SWT lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.
Renung-renungkan dan fikir-fikirkanlah!

3 comments:

naz said...

susah buat hamba yang kadang terlupa ini:)tapi akn kkl mncuba

Opah said...

Salam Myza, kalau boleh dipatuhi dengan JANGAN tu semua alhamdulillah terutama solat, melewat-lewatkan solat itu bermakna memanjangkan titian siratulmustaqim... mudah-mudahan kita cuba membuat yang terbaik dalam semua hal.

mymiee said...

Salam Myza, perkataan JANGAN membawa impak negatif dan biasanya orang susah untuk mengikutinya. Contohnya, jangan pijak rumput, orang akan tetap pijak berbanding menggunakan ungkapan sila gunakan laluan lain.Sekadar pandangan..

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails