Yang Mempesona

Thursday, 17 June 2010

Fadhilat Bulan Rejab

Salam and peace upon you!
Dah lama benar blog ni bersawang, maklumlah tuannya agak sibuk kebelakangan ni! Walaubagaimanapun, terima kasih kepada semua yang masih lagi datang menziarah dan bertanyakan khabar! Cuti sekolah pastinya ramai yang bercuti, Cuti-cuti Malaysia sambil Jalan- Jalan Cari Makan! Dan diam tak diam, bulan Rejab dah pun tiba! Maknanya... tak lama lagi Syaaban dan selepas itu Ramadhan pula akan tiba!

Bulan Rejab kembali lagi. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud taazim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya.

Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:

Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.

Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.

Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,

Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.

Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.

Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.

Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.

Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.

Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.

Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.

Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.

Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.

Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.

Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.

Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.

Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun. Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.

Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka.


Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari,sekurang-kurangnya sebuku roti.

6 comments:

Opah said...

Salam Myza, selamat menyambut Rejab yang mulia mudah-mudahan kita dapat merebut tawaran-tawaran hebat dari Allah SWT pada bulan ini dan bulan-bulan seterusnya juga.

Myza Pesona said...

Salam Opah,
Selamat Menyambut Rejab juga buat Opah.Insyaallah dan mudah-mudahan kita semua mendapat rahmat dan keberkatannya!

Cik SHiN~JU said...

Salam...

singgah sini n follow kamu...
meh sama2 pose sunat bln rejab ni..
teruskan sehingga bln syaaban n ramadhan...InsyaALLAH...

love is forever said...

nak copy info rejab leh tak hehe

Anonymous said...

http://www.facebook.com/ToyohashiMasjidDonationCampaign

azman mohamad said...

Mohon puan semak semula samada hadis-hadis dan fadhilat yang dikemukakan ini adalah hadis shahih atau palsu. Nanti dapat laknat dari Allah SWT kerana menyebarkan hadis-hadis palsu. Sahkan dulu sebelum share benda-benda yang mengarut macam ni. Setahu saya, Nabi SAW tak pernah bersabda, “Rejab bulan Allah, Syaaban bulan-Ku dan Ramadhan bulan umat-Ku.”

Kalau puasa 15 hari bulan Rejab dapat pahala seratus ribu tahun, ni dah kalah Malam Lailatul Qadar pada bulan Ramadhan. Janganlah senang-senang nak berdakwah kalau ciplak macam tu je tanpa betul-betul belajar.

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails