Yang Mempesona

Thursday, 8 July 2010

Hari Koperasi Sekolah

Salam and greetings to all. Dah lama sangat tak menjenguk blog ni! Bukannya apa, PC telah 'di conquer' oleh suami dan anak-anak. So, memang payah sikitlah kecuali anak- anak dah tidur dan ayahnya pulak ada urusan di luar! Masa tu barulah boleh nak tengok2 apa yang patut!

Minggu lepas cuti minggu pertama, tapi aku di sekolah ada program, Hari Koperasi Sekolah! So, macam- macam aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu tu hinggalah ke Majlis Perasmian Penutup pada hari Sabtu tu. Ada pertandingan memasak, pertandingan dessert ter'ummph', gerai jualan, pertandingan karaoke, acara untuk kanak- kanak, flying fox dan 'abseilling' memanah dan lain-lain. Anak aku dua orang ambil bahagian dalam acara untuk kanak-kanak. Sorang masuk acara tiup belon sampai pecah dan yang sorang lagi masuk acara cari gula-gula dalam tepung. Masing- masing menang dan dapatlah hamper yang sesuai dengan umur dorang tu! Aku pulak menang cabutan bertuah tempat ke 3. Anak-anak pulak enjoy dapat pergi ke Hari Koperasi tu. Alhamdullilah, semua happy dan murah rezeki kami anak beranak hari tu!

That's all folks! Jumpa lagi!

3 comments:

naz said...

rindu mahu sekolah semula haha apa kan daya umur semakin berusia

Elyana said...

seronoknya..tapi kami kna tunggu anak jd "anak2" dulu dan tggu diorg membesar..ehehe.

Myza Pesona said...

Naz,
Kenangan semasa belajar adalah antara kenangan yang indah!

Elyana,
Seronok memang seronok bila anak-anak membesar dan belajar banyak perkara! Children learn from experience and exposure!

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails