Yang Mempesona

Sunday, 15 August 2010

Apabila Hero Kecilku Berpuasa


Salam Ramadhan kepada semua sahabat tak kira yang jauh dan dekat. Hari ni dah masuk hari kelima kita semua berpuasa. Dan pastinya macam-macam cerita yang ada sepanjang 5 Ramadhan ni. Yang pastinya, bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil mungkin Ramadhan tahun ini merupakan masa yang sesuai untuk melatih si kecil berpuasa. Begitu jugak dengan aku. Tahun ni hero kecilku mula berpuasa. Tahun lepas dia turut sama berpuasa. Tapi, padanya ketika itu, istilah berpuasa ialah hanya tak boleh makan, tetapi minum boleh!

Alhamdulillah, tahun ni, dia mula cuba untuk berpuasa penuh, mengikut konsep yang betul, tak boleh makan dan tak boleh minum. Hari pertama, puasanya bocor di sekolah. Hari kedua, bocor di rumah, lepas balik dari sekolah. Hari ketiga, lagi 3 minit nak berbuka, dia teguk air yang dah dituang dalam gelas. Silap aku jugak, sebab aku dok tuang air, sebab dah dekat sangat nak berbuka. Air yang diminumnya tu, bukannya habis pun, bila kakaknya bagi tau belum azan lagi, tau apa jawapannya? "Nak test jea, bukannya banyak pun, sikit jea!'' Mau tak tergelak dibuatnya. Anyway, aku kira puasa dia penuh jea hari tu, cuma ada kesilapan teknikal aje. Semalam, dia tak puasa sebab batuk dan dia perlu makan ubat. Hari ni... alhamdulillah, puasanya penuh. Mudah-mudahan, esok dan hari-hari berikutnya, dia akan terus berpuasa!

11 comments:

n@m@n said...

anak baru 10 bulan..takleh ajar puasa lagi..hehe

Entri terbaru chekgu

Perubatan yang membatalkan/tidak membatalkan puasa

Luth Textile said...

hahhaha lawak la dia..
time macam ni la suka tengok telatah budak kecik. esok akak, bila dia dah besar akak citer kat dia apa yang dia buat masa kecik . hahahha

Myza Pesona said...

n@m@n,
10 bulan tu kecik sangat lagi!Tunggulah umur dia 5 atau 6 tahun nanti!

Luth,
Memang lawak! Dengan muka selamba jea dia kata nak test air, sebab tu dia minum dulu! Memang nnt bila dia dah besar, citer balik kat dia, mesti dia pun ketawa sama!

naz said...

hahah tterkenang saya juga sama hahaha

Kamsiah said...

salam myza
hehe kelakarnya budak comel yg byk cakap tu(tingat kerenahnya masa dtg umah akak dulu)
boleh pulak main test2 ya...

UmmiRosma said...

Wuuiiii...berbuka kat KFC yea cyg...bagus...nanti boleh posa satu bulan yea..

sonata anak kancil said...

salam....tahniah untuk anakanda...belajar berpuasa! begitulah jawapan budak2 kecik - tak terjawab oleh kita...mereka lebih bijak !

Myza Pesona said...

Naz,
Biasa la kan! Bila dah dewasa pastinya akan teringat kerenah masa kecik-kecik dulu!

Kak Kamsiah,
Tu la pasal! Semua orang gelak bila dengar dia cakap macam tu! Air satu gelas tak habis pun, test jea so mestilah beberapa teguk jea!

Myza Pesona said...

Ummi,
Tu bukannya masa berbuka puasa! Itu masa kami pergi bercuti di Utara tahun lepas! So far, dia baru tinggal 3 hari jea, alhamdulillah! Mudah-mudahan dia akan tamat puasa sampai ke penghujung Ramadhan!

Cikgu Sonata,
Terima kasih bagi pihak anakanda! Inilah kali pertama dia berpuasa, tak sangka pulak dia dapat berpuasa penuh, alhamdulillah! Itulah keletah anak-anak yang sentiasa mengembirakan kehidupan!

Bapak said...

heheh...seronok ngan keletah anak Kak Myza..

Myza Pesona said...

Bapak,
Itulah yang dikatakan anak-anak! Ada saja keletahnya yang menceriakan kita! Alhamdulillah, dah nak masuk 15 hari dia puasa penuh!

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails