Yang Mempesona

Friday, 12 November 2010

Selepas 15 Tahun....

Pemandangan di puncak Bukit Broga

Pagi di puncak Bukit Broga

On the top of Bukit Broga!

Salam and greetings to all. Penggal persekolahan dah hampir tiba ke penghujungnya. Minggu lepas sekolah aku bercuti agak lama sempena Deepavali. Minggu ni kembali sibuk dengan nak kejar dateline untuk key-in markah final exam Tingkatan 4 dan sebagainya.

Tapi, semasa cuti Deepavali yang panjang tu, sempatlah jugak aku menguji tahap stamina dan kecergasan aku dalam aktiviti outdoor especially 'jungle trekking' and 'mountain climbing'. Kali terakhir aku pergi mendaki rasanya tahun 1995, Gunung Ledang. Masa tu nak sampai ke puncak Gunung Ledang tu, ok jea. Maklumlah, muda lagi... stamina pun ok, dari segi fitness pun masih ok lagi! Destinasi pendakian kali ni ialah Bukit Broga, Semenyih.

Tempat ni dah memang terkenal di daerah ni. Setiap pagi, sebelum matahari terbit, dah ramai orang yang pergi mendaki Bukit Broga ni. Suami dan anak-anak aku pun selalu pergi. Kalau tak pergi awal pagi, mereka akan pergi sebelah petang, dapatlah tengok matahari terbenam. Pernah camping pun di atas sana.

Aku pegi awal pagi, lepas solat Subuh. Masa tu pun dah ramai orang. Mula-mula macam tak yakin jea boleh sampai ke atas, sebab dah lama tak mendaki bukit atau gunung, tapi kuatkan jugak semangat untuk sampai ke atas! Lagipun, aku ada masalah sikit dengan kaki kiri aku yang selalu sakit kebelakangan ni, tu yang buatkan aku risau nak mendaki Bukit Broga ni.

Alhamdullilah... akhirnya aku sampai jugak ke puncak Bukit Broga tu!Not too bad! Aku masih lagi boleh bersaingdengan mereka yang lebih muda dan bertenaga daripada aku ni.... Tapi sebelum panjat Bukit Broga tu kenalah bersenam untuk lebih stamina dan lebih cergas!

8 comments:

aidah said...

Salam Myza,
wah selamat gak sampai ke puncak bukit tu. kalau akak agaknya separuh jalan pun dah semput. bila lah agaknya akak boleh buat aktiviti macam ni ya.

TK said...

Aku ingat Bukit Broga ni kat Indonesia..hehe
Nice view from the top..
Baguslah kau naik bukit..gud exercise!
Aku mmg terlalu berat skrg utk mendaki bukit hehe..

UmmiRosma said...

Sungguh cantik pemandangan dari atas bukit tu yea...

Myza Pesona said...

Kak Aidah,
Risau jugak sebab dah lama tak buat aktiviti lasak macam tu! Tapi nak sampai ke atas tu terasa la jugak! Rasanya kalau setiap minggu buat, insyallah ok!

Myza Pesona said...

TK,
Kat Malaysia n Indonesia ada Bukit Tinggi. Bukit Broga ni kat Semenyih. Aku dulu malas jugak nak daki bukit, tapi sekarang ni husband dengan anak-anak aku every week pegi mendaki bukit ni! Macam dah addicted la pulak!

Myza Pesona said...

Ummi Rosma,
Memang cantik Ummi! Sesungguhnya itulah ciptaan Tuhan! Ramai yang datang untuk ambil gambar di atas puncak bukit tu!

ryann said...

bukit broga ni dekat rumah parent saya di semenyih. suatu hari nanti nak dakilah. cantik view

Myza Pesona said...

Ryann,
Bila ada kelapangan cubalah ke sana! Sekarang ni, tempat tu dah jadi tempat riadah untuk mereka yang tahu Bukit Broga tu! Ada juga yang mendaki untuk mengambil gambar pemandangan dari puncak Bukit Broga tu!

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails