Yang Mempesona

Tuesday, 14 December 2010

Di Penghujung Cuti Ini....

Antara aktiviti masa cuti di rumah, Restoran 24 Jam
(Credit to: Google)

My daily morning activity.
(Pic credits to Google)

Salam semua. Tinggal lebih kurang 2 minggu saja lagi cuti persekolahan akhir tahun akan berakhir. Tentunya, pada waktu ini, ramai antara kita dahpun selesai menguruskan hal anak-anak yang akan kembali ke sekolah ataupun yang baru nak melangkah ke alam persekolahan. Mana yang nak beli pakaian, kasut, alatulis, buku-buku dan juga beg sekolah. Bagi yang juga bersekolah agama, samalah juga persiapannya.

Begitulah juga dengan aku. Tahun depan seorang anak akan ke sekolah menengah dan yang bongsu akan ke sekolah rendah. Yang nombor 2 akan masuk Tahun 4. Bermakna, semuanya akan ke sekolah. Yang nombor 2 dan nombor 3 tu juga akan ke sekolah agama selain dari sekolah kebangsaan. Setakat ni, boleh dikatakan 90% dah selesai... yang tinggal cuma yuran dan beberapa buah buku untuk sekolah kebangsaan yang masih tak ada stok. Buku-buku untuk sekolah agama hanya akan mula dijual pada 1/1/11 nanti. Pada 31/12/10 akan diadakan Hari Orientasi untuk murid Tahun 1 di sekolah kebangsaan.

As for my eldest, insyaallah dia akan mendaftar diri di Madrasah Idrisiah Bukit Chandan, Kuala Kangsar pada 24/12/10. Alhamdulillah...nampaknya rezeki dia ada di Kuala Kangsar. Persiapan untuk dia pun telah hampir selesai. Tinggal urusan yuran saja lagi pada hari pendaftaran nanti.

Tahun ini juga tidak ada catatan Cuti-Cuti Malaysia dari aku. Kami sekeluarga tidak bercuti ke mana-mana memandangkan banyak hal-hal yang perlu dibereskan, sama ada urusan anak-anak mahupun urusan tugas di sekolah (terlibat dalam J/kuasa Pengambilan Pelajar T4 2011).

Walaupun aku tak bercuti ke mana-mana, aku masih punya aktiviti aku yang tersendiri. Senaman pagi, memasak untuk anak-anak dan mendaki adalah antara aktiviti masa cutiku. Alhamdulillah, tahap kecergasan makin bertambah baik! Dah boleh jogging...tanpa sebarang masalah.

2 comments:

TK said...

Hi Myza..Aku setuju dgn..restoran 24 jam tu..Kejap2 nak makan..tak kluar dapur aku! Aku standby makanan byk2 all the time and also drinks byk2..

Myza Pesona said...

TK,
Memang macam tulah keadaannya bila semua anak2 ada kt rumah.Stok makanan yang dibeli kadang2 tak sampai 2 hari, kejap jea habis. Roti Gardenia jumbo tu, beli pagi, tghari dah abis! Bab air, kalau ada kordial mmg hari2 minum tu jea, tak kira masa! Bila abis, minum air kosong jea la...

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails