Yang Mempesona

Monday, 6 December 2010

Salam Maal Hijrah 1432




Salam and greeting to all. Diam tak diam dah nak sampai ke penghujung tahun 2010. Dan malam ni khususnya umat Islam seluruh dunia akan menyambut kedatangan 1 Muharram ataupun Awal Muharram di dalam kalendar Islam. Ianya juga untuk memperingati peristiwa Hijrah Rasullullah SAW dari Mekah ke Madinah .


Doa Akhir Tahun :
Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

" Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam...Amin..."


Doa Awal Tahun:
Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

" Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam....Amin..."

Kepada semua, Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432. Semoga tahun baru Hijrah ini akan membawa kebaikan dan keberkatan kepada kita semua, insyallah...

4 comments:

aidah said...

Salam Myza,
Salam maal hijrah ye, kalau ada salah silap tu akak mintak maaf ye

ryann said...

salam maal hijrah

UmmiRosma said...

Salam maal hijrah...semoga selalu diberkati Allah SAW...amin..

Myza Pesona said...

Kak Aidah,
Salam Maal Hijrah untuk akak sekeluarga.Moga ukhwah yang terjalin antara kita akan kekal selamanya, insyaallah!

Ryann,
Salam Maal Hijrah juga umtuk Ryann!

UmmiRosma,
Salam Maal Hijrah 1432 untuk Ummi dan keluarga. Moga kita semua akan sentiasa diberkati Allah SWT dalam segala apa yang kita kerjakan. Amin...

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails