Yang Mempesona

Thursday, 30 December 2010

Semoga Berjaya Wahai Anakku...

Ini adalah surat tawaran daripada sekolah.
(Surat kedua ini diterima sehari sebelum keputusan UPSR .)

Surat tawaran daripada Pejabat DYMM Sultan Perak.
(Surat pertama diterima sebulan selepas Ujian Bertulis)

Salam and greetings to all. Minggu ni minggu terakhir cuti penggal persekolahan bagi tahun 2011. Insyallah, minggu depan, sekolah akan dibuka semula. Mungkin pada waktu ni, ada lagi antara kita sedang sibuk membuat persiapan terakhir untuk persekolahan anak- anak. Atau bagi mereka yang bergelar cikgu macam aku ni , mungkin sibuk dengan mesyuarat dan sebagainya. Aku pun baru jea selesai bermesyuarat selama 2 hari. Dan sekarang ni sibuk membantu Unit HEM dalam urusan pengambilan pelajar ke Ting. 4.

Minggu lepas aku menguruskan hal kemasukan anak sulungku ke Tingkatan 1 di Madrasah Idrisiah Bukit Chandan , Kuala Kangsar. Alhamdulillah, dia telah berjaya tersenarai di antara 150 orang pelajar yang lulus cemerlang dalam Ujian Bertulis yang telah diadakan pada 26 September lepas. Syukur alhamdulillah , walaupun kami sekeluarga terpaksa berpisah dengannya, namun demi masa depannya , kami redha. Sebagai ibu, aku hanya mendoakan yang terbaik untukknya. Mudah-mudahan Allah SWT memberkati kehidupannya di sekolah yang baru.

Mungkin bagi sesetengah ibubapa , merasakan agak sukar untuk berpisah dengan anak pada usia yang masih muda , tapi bagi aku inilah masanya untuk mengajarnya erti kehidupan yang sebenarnya. Dalam ertikata lain, untuk hidup berdikari. Inilah peluangnya untuk belajar tentang kehidupan , pengurusan masa dan sebagainya. Mudah-mudahan dia akan lebih cemerlang di sekolah yang baru, dengan suasana yang baru dan kawan-kawan baru. Mungkin dia satu-satunya pelajar luar dari negeri Perak, tapi itu bukanlah boleh untuk dijadikan alasan untuk menolak tawaran tersebut. Lagipun , tanggungjawab sebagai ibubapa adalah memberikan pendidikan yang terbaik kepada anak-anaknya.

Namun , bak kata pepatah ' lain padang lain belalang , lain orang lain pandangan'. Yang pastinya ada juga rakan-rakan yang memberikan pandangan 'pro dan kontra' tentang hal ini. Tapi aku amat bersyukur kerana lebih ramai yang memberikan reaksi positif dan menyokong pilihan anakku ini. Insyaallah... ini adalah yang terbaik untuknya.

Kepada semua kawan-kawan, terima kasih di atas sokongan dan doa daripada anda semua. Semoga kecemerlangan dan kejayaaan akan sentiasa menjadi miliknya... insyallah!

7 comments:

Bapak said...

tahniah Kak Myza sekeluarga!

aidah said...

Salam Myza dan tahniah sebab anak terpilih masuk kesekolah tersebut. nak tanya la, nape surat offer tu datang dari pejabat istana, bukan dari jabatan pendidikan ke. Ni sekolah agama kerajaan ke?

TK said...

Congrats to your your daughter and you!
My son sek I je...
Bagus sekolah dia tu..

TK said...

I mean..bagus sek your daughter tu..

Myza Pesona said...

Bapak,
Terima kasih. Sama-samalah kita berdoa untuk dia...

Kak Aidah,
Salam Kak Aidah. Terima kasih atas ucapan tahniah. Sekolah ni sekolah agama rakyat. Masih belum dinaikkan taraf ke SMA Bantuan Kerajaan. Tapi...sekolah ini di bawah naungan DYMM Sultan Perak yang awal hinggalah sekarang. Surat yang pertama mmg dr istana, tetapi surat kedua drp sekolah. tapi dari segi kemudahan okay!

Myza Pesona said...

TK,
Thanks! Dah rezeki dia bersekolah di Kuala Kangsar!

ryann said...

juga nak ucap tahniah kak.

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails