Yang Mempesona

Sunday, 10 January 2010

Cuti-Cuti Malaysia Dec 09 : Jumpa Bloggers Utara

Supper di Bandar Perda dengan Bro Luth. Anak bujangku yang tengah bad mood!

Intan yang baru balik kerja terus ke Queensbay Mall. Tq Intan!

Bersama kak Kamsiah dan anak bongsunya Tasha.

Salam and greetings to all. Dah seminggu aku kembali ke sekolah, selepas lama bercuti. So, minggu pertama ni as usual adalah minggu yang agak sibuk, dengan pelbagai mesyuarat yang perlu dihadiri walaupun P& P belum berjalan dengan sepenuhnya.

Ni nak sambung cerita pasal aku punya Cuti-Cuti Malaysia hujung tahun lepas. As you all semua tahu, destinasi Cuti-Cuti Malaysia aku adalah ke Utara. So, peluang dan kesempatan yang ada ni, aku gunakan untuk bertemu dan beramah mesra dengan rakan-rakan bloggers yang aku dah lama kenal di alam maya ni. Jadi, ianya bukanlah setakat bertemu di dunia cyber, tetapi ianya dah menjadi realiti! Bak kata orang putih, face to face! Dengan pertemuan ini, dapatlah kami semua berkenal-kenalan dengan lebih mesra, bukan setakat dengan rakan bloggers tu tapi juga ahli keluarga mereka. So, orang tak bolehlah nak kata bahawa rakan cyber ni tak boleh dipercayai dan sebagainya. Yang penting ialah keikhlasan kita untuk berkawan atau bersahabat.

Lepas jumpa dengan CM di Ipoh, aku sekeluarga meneruskan perjalanan ke Bukit Mertajam dan bermalam di Guar Perahu. So, di sana, aku telah berjumpa dengan bro Luth. Kebetulan dia ni tinggal di lorong bersebelahan dengan lorong rumah sepupu suami aku. So, ingatkan jauh rupanya dalam satu taman je! Luth bawak kami makan nasi kukus ikan bawal goreng, antara specialty di Utara ni. Simple but different and affordable! Dan baru-baru ni kami bertemu di Kajang pulak! Kebetulan beliau dari Melaka menuju ke Shah Alam. Singgah di Kajang dan kami makan Satay Kajang pulak!

Esoknya, kami ke Kulim pulak. Menziarah kak Kamsiah, juga seorang blogger. Seronok dapat bertemu muka, bukan sahaja dengan beliau tetapi dengan anak-anaknya juga. Anak- anak pun boleh berkenalan dan beramah mesra. On the way balik ke Guar Perahu, kami singgah di Kg. Permatang Luas, yang tak jauh dari Guar Perahu. Tujuannya untuk membalas jemputan tuan rumah ke majlis perkahwinan anaknya pada awal Dec tahun lepas. Tapi disebabkan aku bertugas mengawas SPM, maka tak dapatlah aku menghadirinya. Beliau juga antara rakan bloggers aku, iaitu Opah. Hinggakan anak- anak aku pun memanggil beliau dengan panggilan Opah.

Sebelum mengakhiri percutian keluarga bagi tahun 2009, kami ke Penang dan di sana kami berjumpa seorang lagi rakan bloggers iaitu Intan. Kami bertemu di Queensbay Mall memandangkan situ adalah tempat hampir dengan tempat kerjanya. Walaupun hanya sekejap, tetapi ianya sungguh bermakna .

Kepada CM, Luth, kak Kamsiah, Opah dan Intan, terima kasih di atas layanan mesra yang diberikan. Semoga persahabatan yang terjalin di antara kita ini akan kekal ke akhir hayat.

Wednesday, 6 January 2010

1st Week of School

Salam and greetings to all. Hope that everyone of you had an enjoyable New Year celebration. Well, we went to Port Dickson on the New Year's Eve but did not stay for the countdown. On 31st December, I had to attend the staff meeting in school and it was a hectic day for me! Three meetings in a day! The meeting ended at 4.30p.m .

As usual, the delegation of duties to all teacher. Again, I was given the responsibility to be the form teacher for Form 5 KM U. The former form teacher is now the Head of Mathematics Panel. So, I was busy collecting the fees from the students for the past 3 days.Luckily, the classes have not started yet due to Program Maju Diri and Program Semaian Subur.This week is the time for all teachers to complete their Record Book which needs to be submitted on Friday.

And for this year the official time time for teachers to clock in still the same, before 7.30 but the official time to clock out is at 3.00 p.m everyday except on Friday. So, that's why during these few days, I was not able to pay you guys a visit. So sorry about that! Anyway, thank you to all of you who visited my blog!

Till then, Adios!

Friday, 1 January 2010

Selamat Datang 2010


Salam dan Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua. Tahun 2009 dahpun melabuhkan tirainya dan kini tahun 2010 pun tiba. Banyak suka dan duka, pahit manis dilalui oleh kita semua pada tahun 2009. Jadikanlah semuanya itu sebagai satu pengalaman, pengajaran dan panduan dalam kehidupan kita. Semoga tahun 2010 ini akan membawa keberkatan dan kesejahteraan, serta rezeki yang lebih baik untuk kita semua. Tidak lupa juga, semoga ukhwah dan persahabatan yang terjalin erat di antara kita semua akan berkekalan.
Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails