Yang Mempesona

Thursday, 18 February 2010

At The Dentist's Clinic


Salam ! semalam aku ke klinik gigi,membawa my little hero untuk appointment dengan doktor gigi. Actually,minggu lepas lagi nak pergi, tapi appointment penuh. Then, klinik tutup untuk cuti Chinese New Year. Semalam baru klinik dibuka semula. But, this is not my son's first dentist appointment okay! Eventhough he's 6 years old, tapi dia dah biasa pergi jumpa dentist. Sebabnya... bila kakak-kakak dia pergi check gigi, dia pun ikut sama!Lepas kakak - kakaknya check, turn dia pulak ! Biasanya dentist tu akan check sekali gigi dia. Last year, dia tampal gigi! So, kali ni nak cabut gigi!

Apa yang penting yang aku nak share ialah pengalaman pertama untuk anak-anak itu penting. Macam dentist tu bagi tau, once kanak-kanak tu dah dibiasakan pergi jumpa doktor atau dentist, dia tak akan takut ! In fact, anak tu akan tahu bila dia patut pergi jumpa dentist. And in my son's case ni, dia yang bagi tau 2 batang gigi dia dah longgar dan nak kena cabut ! Aku ingatkan dia just main-main tapi bila aku check, memang betul rupanya ! So,aku bawak la dia semalam, bila nurse tu panggil masuk bilik dentist, dia dah tahu apa nak buat! Relax je dia...nangis pun tak! Tau-tau gigi 2 batang dah tak ada lagi !

Sunday, 14 February 2010

Sepagi Di Tasik Titiwangsa

Senaman untuk kaki!

Tengok yang kat sebelah tu, walaupun warga emas tapi masih nak jaga kesihatan!

Anak-anak pun bersenam dengan cara mereka tersendiri!

Salam and greetings to all. I'm back to blogging. Dah lama blog ni sunyi sepi kerana kesibukan yang melampau dengan tugas-tugas dan tanggungjawab di sekolah. And now, the time that I've been waiting for is here! The 1 week school holidays in conjunction with the Chinese New Year! Time for me to relax and rejuvenate. Nak hilangkan stress yang agak teruk ni!

So, kebetulan semua ada kat rumah hari ni, Mr. Hubby pun tak ke mana-mana, maka kami semua pagi-pagi lagi dah keluar ke Tasik Titiwangsa. Sebenarnya ini antara aktiviti hujung minggu my family jika tak ada hal-hal lain. Best jugak pergi Tasik Titiwangsa ni sebab kat sini ada satu tapak khas untuk bersenam, untuk physical fitness. Alat-alat senaman pun best jugak, macam yang ada kat gym atau yang dijual kat Smartshoppe tu!

Ramai jugak yang datang bersenam kat sini, termasuklah aku. Seronok jugak bersenam kat tempat ni, bukan golongan macam aku je yang datang bersenam, tapi warga emas pun ada.Masing-masing nak menjaga kesihatan dan kecergasan badan! Sementara aku bersenam, anak-anak pulak sibuk bermain kat tapak permainan yang ada bersebelahan dengan tapak tempat bersenam tu! So, masing-masing boleh enjoy dengan aktiviti pilihan masing-masing!Bila matahari dah agak tinggi, badan pun rasa segar dan cergas, stress pun dah kurang sikit, then it's time to go home!

Badan Sihat, Minda Cergas!

Monday, 8 February 2010

Maafkan Aku Teman ...


Salam and greetings to all my dearest blogger friends . Kepada semua teman-teman blogger aku mohon maaf yang teramat sangat kerana dah lama terlalu lama sangat tak terbitkan entry baru. Sebenarnya, aku dah tak ada ayat lagi nak kata selain daripada 'Aku betul-betul tengah sibuk gila sekarang'! Hinggakan tekanan darah aku tidak lagi seperti selalu!


Terima kasih aku ucapkan kepada kawan-kawan yang masih lagi sudi berkunjung ke blog aku untuk bertanyakan khabar akan diriku dan sekali lagi aku mohon maaf semua ni tidak disengajakan! Sekarang ni pun aku cuma dapat berada kurang dari 10 minit di depan komputer... jika ada pun semuanya berkenaan tugasan dan urusan rasmi sekolah! Kalau nak merayau-rayau tu memang tak dapat, apa lagi nak duduk cari ilham untuk karang entry baru!


Jadi kepada kawan-kawan semua, harap-harap terus bersama aku yea walaupun aku tidak dapat membalas kunjungan kalian semua mahupun berkunjung ke blog kamu semua. Insyaallah aku akan datang juga nanti jika dapat mencelah dari kesibukan tugas.


Aku akan kembali berblogging jika segala tanggungjawab dan tugasan rasmi aku selesai sepenuhnya dan keadaan kembali seperti biasa! Lastly, Take Care n I Miss All Of You!

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails