Yang Mempesona

Friday, 30 April 2010

Ikhlaskah Kita ?

Salam semua. Ini adalah entri khas sempena Hari Pekerja. Sekadar ingin berkongsi dengan kawan-kawan semua. Adakah selama ini kita ikhlas dengan apa yang kita lakukan? Atau hanya nama, pangkat atau gelaran yang kita cari selama ini? Renung-renungkan dan fikir-fikirkanlah!

Sebelum Bekerja:
1. Fikirkan kebesaran dan kehebatan Allah SWT.
2. Keazaman dan keinginan tinggi untuk ikhlas dalam setiap amalan.
3. Bertaubat
4. Berlumba-lumba melakukan kebaikan.

5. Bersegera membuat kebaikan.


Semasa Bekerja:
1. Jadikan kerja sebagai ibadah.
2. Amanah dan jujur. 3. Tekun
4. Selari dengan tuntutan syariah- tidak melakukan pekerjaan yang bertentangan syarak.

5. Menjaga muamalat antara lelaki dan perempuan.

Selepas Bekerja:
1. Bandingkan ganjaran yang bakal diberikan Allah SWT dengan ganjaran yang diberikan majikan.
2. Perlu atau tidak seorang manusia atau pekerja mempersembahkan amalannya kepada Alla
SWT atau kepada hamba yang lain?
3. Minta bantuan Allah SWT melalui doa.
4. Berusaha, bersabar dan bermujahadah.

Kelebihan Bekerja Dengan Ikhlas:

1. Mendapat kekuatan, kebijaksanaan dan kesabaran.
2. Hasil kerja berkualiti dan produktif.

3. Terhalang daripada melakukan penyelewengan.
4. Hubungan harmoni sesama rakan sekerja tanpa hasad dengki, fitnah dan sebagainya.
5. Taat kepada pihak atasan dan hormati pihak bawahan.
6. Yakin dan berani menyatakan pandangan dan pendirian.

Tidak lupa ucapan ' Selamat Hari Pekerja' buat semua kawan-kawan bloggers, tak kira di mana anda berada! Semoga kita semua akan mendapat ganjaran dan pahala kerana keikhlasan kita dalam pekerjaan. Amin...


Woo Hoo Labor Day

Monday, 19 April 2010

Tidur Sebagai Ibadah

Salam and greetings to all. Dah hampir 3 minggu blog ini terbiar, dahpun berhabuk dan bersawang. Hari ni, barulah ada peluang nak membersihkan sawang-sawang yang ada. Hari ni entah kenapa aku terasa sangat mengantuk... padahal sebelum ini pun aku dah biasa tidur lewat dan bangun awal! Adakah kerana Sabtu baru- baru ini aku berada di sekolah dari pagi sampai jam 2 petang, yang membuatkan aku tidak cukup rehat? Entahlah... aku pun tak tau apa sebabnya!

So, hari ini aku nak share dengan semua kawan-kawan sesuatu pasal tidur. Kita semua tahu bahawa seorang dewasa memerlukan sekurang-kurangnya 6 jam untuk tidur setiap hari. Ini menunjukkan bahawa 1/4 daripada keseluruhan umur kita dihabiskan untuk tidur. Sebagai contoh, jika umur kita adalah 40 tahun, maka 10 tahun telah dihabiskan untuk TIDUR sahaja! Oleh itu, amatlah rugi rasanya jika tidur tersebut berlalu tanpa sekelumit niat yang ikhlas yang mampu meningkatkan darjat tidur daripada:

Niat : Niatkan untuk berehat dan mendapatkan kembali tenaga untuk beribadah kepada Allah.

Subjek : Tidur adalah harus. Allah berfirman yang berkmaksud, " Dan Kami telah menjadikan malam dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi). Surah al-Naba' 78:10

Pelaksanaan: Mestilah betul. Jangan tidur secara sengaja semasa bekerja, memandu kereta atau mendengar khutbah.

Optimum : Hendaklah tidur di tempat yang selamat, nyaman dan kondusif. Adab-adab tidur yang telah dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w juga perlulah dipatuhi.

Tidak meninggalkan ibadah yang asas: Jangan tertidur hinggakan tertinggal waktu solat.

Natijah: Tenaga dan kesegaran yang didapati daripada tidur yang cukup digunakan untuk melaksanakan kebaikan bukannya kemaksiatan.

Semoga tidur kita semua akan menjadi ibadah buat diri kita semua. Wallahualam

Friday, 2 April 2010

Kem Remaja Prostar


Bersama ahli Kelab Prostar sekolah

Chalet tempat penginapanku

Surau yang dibina daripada buluh

Peace upon all of you! Dah lama benar blog aku terbiar tanpa sebarang cerita baru. Bukannya malas tapi sejak sekolah dibuka, program-program sekolah dahpun menanti untuk dilaksanakan. Dalam bulan ni saja, ada tiga agenda menanti. Hujung minggu ni, Kursus Pengurusan Ko-kurikulum, hujung minggu depan pula Perkhemahan Perdana untuk Unit Beruniform dan minggu berikutnya Majlis Anugerah Cemerlang. Untuk dua program awal April ni, aku tidak terlibat. Cuma untuk Majlis Anugerah Cemerlang aku sebagai Ahli Jawatankuasa Dokumentasi.

Hujung minggu lepas aku masuk hutan, untuk program Kem Remaja Harapan anjuran Kelab PROSTAR daerah di DR Campsite. Aku jadi guru pengiring untuk 5 orang pelajar yang mewakili sekolah kerana di sekolah aku ada Kelab PROSTAR dan aku salah seorang guru penasihat kelab tersebut. Tapi akhirnya aku turut sama sebagai fasilitator sepanjang 3 hari 2 malam di sana. Semuanya disediakan, free of charge! Tempat tu pun okay jugak tapi biasalah dalam hutan, mesti ada yang luar biasa! Perkara pelik dan misteri.

Dah lama tak pegi kem atau perkhemahan, bila sekali- sekala dapat peluang seronok juga. Dapat jugak jumpa kawan-kawan baru sambil menimba pengalaman yang jarang sekali datang. Bak kata pepatah, jauh berjalan luas pemandangan! Tapi dari tempat aku ke tempat perkhemahan tu tak la jauh sangat!

Well, that's all for now folks! Enjoy the pictures! Have a nice weekend!
Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails