Yang Mempesona

Thursday, 30 December 2010

Semoga Berjaya Wahai Anakku...

Ini adalah surat tawaran daripada sekolah.
(Surat kedua ini diterima sehari sebelum keputusan UPSR .)

Surat tawaran daripada Pejabat DYMM Sultan Perak.
(Surat pertama diterima sebulan selepas Ujian Bertulis)

Salam and greetings to all. Minggu ni minggu terakhir cuti penggal persekolahan bagi tahun 2011. Insyallah, minggu depan, sekolah akan dibuka semula. Mungkin pada waktu ni, ada lagi antara kita sedang sibuk membuat persiapan terakhir untuk persekolahan anak- anak. Atau bagi mereka yang bergelar cikgu macam aku ni , mungkin sibuk dengan mesyuarat dan sebagainya. Aku pun baru jea selesai bermesyuarat selama 2 hari. Dan sekarang ni sibuk membantu Unit HEM dalam urusan pengambilan pelajar ke Ting. 4.

Minggu lepas aku menguruskan hal kemasukan anak sulungku ke Tingkatan 1 di Madrasah Idrisiah Bukit Chandan , Kuala Kangsar. Alhamdulillah, dia telah berjaya tersenarai di antara 150 orang pelajar yang lulus cemerlang dalam Ujian Bertulis yang telah diadakan pada 26 September lepas. Syukur alhamdulillah , walaupun kami sekeluarga terpaksa berpisah dengannya, namun demi masa depannya , kami redha. Sebagai ibu, aku hanya mendoakan yang terbaik untukknya. Mudah-mudahan Allah SWT memberkati kehidupannya di sekolah yang baru.

Mungkin bagi sesetengah ibubapa , merasakan agak sukar untuk berpisah dengan anak pada usia yang masih muda , tapi bagi aku inilah masanya untuk mengajarnya erti kehidupan yang sebenarnya. Dalam ertikata lain, untuk hidup berdikari. Inilah peluangnya untuk belajar tentang kehidupan , pengurusan masa dan sebagainya. Mudah-mudahan dia akan lebih cemerlang di sekolah yang baru, dengan suasana yang baru dan kawan-kawan baru. Mungkin dia satu-satunya pelajar luar dari negeri Perak, tapi itu bukanlah boleh untuk dijadikan alasan untuk menolak tawaran tersebut. Lagipun , tanggungjawab sebagai ibubapa adalah memberikan pendidikan yang terbaik kepada anak-anaknya.

Namun , bak kata pepatah ' lain padang lain belalang , lain orang lain pandangan'. Yang pastinya ada juga rakan-rakan yang memberikan pandangan 'pro dan kontra' tentang hal ini. Tapi aku amat bersyukur kerana lebih ramai yang memberikan reaksi positif dan menyokong pilihan anakku ini. Insyaallah... ini adalah yang terbaik untuknya.

Kepada semua kawan-kawan, terima kasih di atas sokongan dan doa daripada anda semua. Semoga kecemerlangan dan kejayaaan akan sentiasa menjadi miliknya... insyallah!

Wednesday, 22 December 2010

Selamat Pengantin Baru Mastika & Shahrul


Salam semua. Minggu lepas dan minggu ni minggu yang kalut dan sibuk untuk aku. sampai aktiviti senaman pagi aku terpaksa ditangguhkan. Lagipun, sekarang ni keadaan cuaca yang sentiasa hujan juga membuatkan aku terpaksa memperlahankan aktiviti senaman pagi aku.

Pada hujung minggu lepas, selama 2 hari berturut- turut, aku sibuk dengan persiapan majlis perkahwinan my sister-in -law. Bermula dengan majlis akad nikah pada petang Jumaat, majlis tahlil dan doa selamat pada sebelah malamnya dan pada keesokannya majlis kenduri pulak. Berulang-alik ke Petaling Jaya selama 2 hari tu. Nasib baik ada highway, taklah terasa sangat jauhnya walaupun ada jugak masa kami semua sangkut dalam jam walaupun dah agak lewat malam.

Alhamdulillah, semuanya telah selesai dan berjalan dengan lancar. Kepada my SIL, Mastika dan suaminya Shahrul, 'Selamat Pengantin Baru dan Semoga Kekal Bahagia Ke Akhir Hayat! Selamat Menempuh Kehidupan Berumahtangga'

Tuesday, 14 December 2010

Di Penghujung Cuti Ini....

Antara aktiviti masa cuti di rumah, Restoran 24 Jam
(Credit to: Google)

My daily morning activity.
(Pic credits to Google)

Salam semua. Tinggal lebih kurang 2 minggu saja lagi cuti persekolahan akhir tahun akan berakhir. Tentunya, pada waktu ini, ramai antara kita dahpun selesai menguruskan hal anak-anak yang akan kembali ke sekolah ataupun yang baru nak melangkah ke alam persekolahan. Mana yang nak beli pakaian, kasut, alatulis, buku-buku dan juga beg sekolah. Bagi yang juga bersekolah agama, samalah juga persiapannya.

Begitulah juga dengan aku. Tahun depan seorang anak akan ke sekolah menengah dan yang bongsu akan ke sekolah rendah. Yang nombor 2 akan masuk Tahun 4. Bermakna, semuanya akan ke sekolah. Yang nombor 2 dan nombor 3 tu juga akan ke sekolah agama selain dari sekolah kebangsaan. Setakat ni, boleh dikatakan 90% dah selesai... yang tinggal cuma yuran dan beberapa buah buku untuk sekolah kebangsaan yang masih tak ada stok. Buku-buku untuk sekolah agama hanya akan mula dijual pada 1/1/11 nanti. Pada 31/12/10 akan diadakan Hari Orientasi untuk murid Tahun 1 di sekolah kebangsaan.

As for my eldest, insyaallah dia akan mendaftar diri di Madrasah Idrisiah Bukit Chandan, Kuala Kangsar pada 24/12/10. Alhamdulillah...nampaknya rezeki dia ada di Kuala Kangsar. Persiapan untuk dia pun telah hampir selesai. Tinggal urusan yuran saja lagi pada hari pendaftaran nanti.

Tahun ini juga tidak ada catatan Cuti-Cuti Malaysia dari aku. Kami sekeluarga tidak bercuti ke mana-mana memandangkan banyak hal-hal yang perlu dibereskan, sama ada urusan anak-anak mahupun urusan tugas di sekolah (terlibat dalam J/kuasa Pengambilan Pelajar T4 2011).

Walaupun aku tak bercuti ke mana-mana, aku masih punya aktiviti aku yang tersendiri. Senaman pagi, memasak untuk anak-anak dan mendaki adalah antara aktiviti masa cutiku. Alhamdulillah, tahap kecergasan makin bertambah baik! Dah boleh jogging...tanpa sebarang masalah.

Monday, 6 December 2010

Salam Maal Hijrah 1432




Salam and greeting to all. Diam tak diam dah nak sampai ke penghujung tahun 2010. Dan malam ni khususnya umat Islam seluruh dunia akan menyambut kedatangan 1 Muharram ataupun Awal Muharram di dalam kalendar Islam. Ianya juga untuk memperingati peristiwa Hijrah Rasullullah SAW dari Mekah ke Madinah .


Doa Akhir Tahun :
Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

" Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam...Amin..."


Doa Awal Tahun:
Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

" Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam....Amin..."

Kepada semua, Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432. Semoga tahun baru Hijrah ini akan membawa kebaikan dan keberkatan kepada kita semua, insyallah...
Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails