Yang Mempesona

Thursday, 20 January 2011

Kini Sudah 3 Tahun ...

Baru-baru ni aku dapat notification from Google Apps. Rupanya aku dah terlupa pasal my automatic renewal untuk domain blog aku. Google Apps tak dapat nak process automatic renewal sebab aku tak update my debit card information. So, kenalah aku update information untuk debit card tu. Alhamdulillah, semuanya dah selesai dan Google dah pun keluarkan resit bukti online purchase untuk domain blog aku ni.

Diam tak diam dah masuk 3 tahun aku guna domain sendiri. Bangga jugak sebab ada domain sendiri. Sebelum ni, masa aku mula-mula berjinak dengan dunia blog dan bloggers ni, aku guna domain blogspot.com . Susah jugak nak taip URL yang panjang berjela tu. Finally, aku ambik keputusan nak guna domain sendiri untuk blog aku. Hubby pun tak ada halangan, malah dia 100% full support dengan keinginan aku untuk guna domain sendiri.

Sebelum ada blog sendiri, aku asyik dok blogwalking jea. Sebabnya tak tau macamana dan di mana nak mula berblogging ni. Hinggalah aku terjumpa satu blog yang cerita pasal tempat-tempat makan yang best yang pernah si penulis kunjungi.



Salah satu postnya adalah tentang Al-Ansar Steak House di AU2, Keramat. Banyak komen yang menarik minat aku untuk datang ke Al-Ansar. Sebabnya ialah untuk merasai sendiri akan hidangan Western food yang dikatakan sedap di sana ! Dengar khabrnya... harganya juga sangatlah berpatutan. Selain tu juga aku nak buktikan bahawa apa yang ditulis oleh si penulis bukanlah rekaan semata-mata !


Inilah hidangan yang dicuba buat pertama kalinya semasa aku mula berblogging.

Ternyata apa yang ditulisnya memang betul. So, lepas itulah aku mula berblogging dan entry pertama aku ialah tentang makan malam aku sekeluarga di Al Ansar Steak House. Dan kali ini aku datang lagi ke Al Ansar bersama keluarga dan rakan-rakan aku. A get-together with family and friends. Itupun masih tak cukup korum sebab anak sulungku sekarang ni dah tinggal di asrama. Insyallah, cuti Tahun Baru Cina ni dia akan balik bercuti. Mungkin kali ini kami akan datang ke sini lagi dengannya pulak!

1 comment:

Anonymous said...

very good.....keep it...

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails