Yang Mempesona

Friday, 28 January 2011

Menghitung Hari...


Salam kepada semua kawan-kawan blogger di mana jua anda berada. Dah agak lama blog ni sunyi sepi kerana tuannya agak sibuk. Maklumlah awal-awal tahun nie... banyak sangat tugas dan tanggungjawab yang perlu diselesaikan. Semuanya dalam tempoh terdekat. So... apalagi kena pulun la jawabnya ! All out ! Bak kata orang... sampai nak senyum pun dah tak sempat !

Tapi... alhamdulillah esok semua akan bercuti hujung minggu. Mana yang dah mula bercuti panjang untuk Tahun Baru Cina macam aku ni, rasa seronok sikit. Mana taknya... dapatlah rehat-rehat sebentar sebab bila sekolah dibuka jea, terus masuk gear 4 ! So sekarang ni ada masa nak slow down sikit! Itupun masih ada kerja2 yang perlu dibereskan dalam cuti seminggu ni.

Yang paling penting sekali sekarang ni the whole family is now counting the days... countdown to the end of 40 days Orientation Programme of my eldest daughter. Tak sabar nak jumpa dan bersama semula dengan ahli keluarga yang sorang lagi ni. Maklumlah , sejak dia masuk ke asrama, inilah kali pertama dia akan balik bercuti bersama keluarga. So, we are really looking forward to be with her again.

Insyaallah, pada 2/2/2011 nanti my hubby and I akan ke K. Kangsar untuk menghadiri Majlis Penutup Program Orientasi 40 Hari . Memang tak sabar sangat dah nak jumpa dengan Niesa, my eldest daughter ! Begitu jugak dengan anak-anak yang berdua tu. Semua asyik dok tengok kalendar, kira berapa hari kakak Niesa nak balik ! Itulah yang dikatakan 'air dicincang takkan putus'. Bila bertiga asyik nak bergaduh jea ... bila tinggal berdua terasa sunyi pulak agaknya!
Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails