Yang Mempesona

Sunday, 6 March 2011

Backpack To Saigon - Part 1

Pilih jangan tak pilih ! Macam-macam ada!

Suasana di pasar malam !

Buah-buahan yang pelbagai dan semuanya besar-besar!

Suasana di tengah-tengah bandaraya yang sentiasa penuh dengan kenderaan terutamanya motorsikal.

Inilah dia tiket bas yang berharga 4,000 VND = RM0.60

Alhamdulillah, kini aku kembali selepas berehat untuk seketika. Dan kini... bersedia untuk berkongsi cerita tentang pengalaman aku sebagai seorang backpacker. Actually, baru-baru ni aku terbang ke Saigon selama 5 hari. Pergi untuk menimba pengalaman sebagai seorang backpacker sambil melawat tempat-tempat menarik di sana.

Aku berlepas dari LCCT pada jam 3. 25 petang. Sepatutnya flight aku jam 2.55. Tapi biasalah , flight delay ! Lebih kurang 1 jam 50 minit penerbangan, aku mendarat tepat jam 4.20 waktu tempatan ( 5.15 petang waktu Malaysia) di Tan Son Nhat International Airport. Dalam penerbangan, lebih 50% terdiri penumpang adalah orang Malaysia.

Selepas selesai urusan bagasi dan kastam, aku pun terus ke balai ketibaan. Keluar saja dari balai ketibaan, banyak teksi dah menunggu. Tapi, kerana aku ni backpacker, aku terus jea naik bas bernombor 152. Tak perlu risau sebab bas 152 tu akan terus ke stesen bas berhampiran dengan Pasar Ben Thanh. Naik bas, tambangnya 4,000 VND, lebih kurang RM0.60 jea ! Kalau naik teksi, tambangnya 6 USD. So, bas lagi murah. Dari airport ke bandaraya, cuma lebih kurang 45 minit. Yang bestnya, bila naik bas ni, semua jalan bas ni masuk. Kalau naik teksi, driver teksi akan ikut jalan yang lebih cepat. So...tak dapatlah nak tengok tempat-tempat yang ada di sepanjang jalan menuju ke bandaraya.

Dari stesen bas, aku menuju ke kawasan pasar Ben Thanh, untuk ke hotel. Berpandukan alamat yang ada di tangan serta pamplet hotel, aku terus menuju ke hotel. Di sini, bak kat pepatah Melayu ' Malu bertanya sesat jalan, Malu makan , perut lapar' ! So, kalau dah tersesat, janganlah malu bertanya. Lagipun, orang-orang di sini, sentiasa nak menolong. Hotel aku agak tersorok sikit, berbanding dengan hotel-hotel yang ada di sepanjang jalan. Tapi .. masih mudah untuk dicari. Selesai urusan check-in, aku pun naik untuk berehat, membersihkan diri dan juga solat.

Selepas solat Isyak dan makan malam, aku pun keluar untuk meninjau suasana pasar malam di sekitar kawasan pasar Ben Thanh tu. Survey, jika ada apa-apa yang menarik untuk dibeli.Memang banyak...macam-macam ada. Sambil jalan-jalan, terjumpalah mereka yang satu flight dengan aku . Masing-masing dah mula shopping. Aku ??? Masih survey, tinjau-tinjau. Pasar malam ni setiap malam ada. So, don't worry... esok lusa pun masih boleh shopping lagi ! Pasar malam kat Malaysia, hanya ada pada hari-hari tertentu sahaja. Dah puas ronda-ronda kat pasar malam, aku pun balik ke hotel sebab pada esoknya aku nak ronda-ronda tempat-tempat menarik di sekitar bandaraya pulak.

Okay, that's all for now ! Enjoy the pics!

10 comments:

Norfa said...

xpuas duk dlm kedai kain
sedapnya buah..

Mie said...

Dah berapa kali ke sana? Saya yg dah beberapa kali ke sana pun masih gunakan teksi... awak pulak guna bas dan cari hotel sendiri.. tera tu..

Myza Pesona said...

Norfa,
Bukan setakat tak puas duduk dalam kedai kain tu, shopping kain pun masih tak puas lagi! Nak pegi lagi rasanya, kalau ada rezeki lebih lagi!

Myza Pesona said...

Mie,
Baru kali pertama saya ke sana. Alhamdulilah, segala urusan dipermudahkanNYA! Saya pun banyak dapat info drp kawan-kawan yang biasa ke sana. Bas tu rasanya lepas jam 6 petang dah tak ada!Kalau flight delay lama sangat dan sampai sana lepas jam 6, harus jugak saya naik teksi!

azmnor said...

Salam Myza,

Wah...betul betul backpacker...dr Airport naik bas...saya pun baru 1st time pergi kesana last year tp naik teksi jer dah kita or punya "BANG LONG" kata that the easy way....kita layannnn jer... yer jugak kan dpt tengok macam kalau naik bas..
saya pun rasa nak pergi lagi kesana next time...

zamz said...

emm sopping sakan nih hehe

Myza Pesona said...

Azmnor,
Salam. Tu la bila saya sampai sana, saya jea yang naik bas. Org Malaysia lain semua pakat2 naik teksi. Tapi mmg bas tu last stop kat Ben Thanh. So, tak risau sebab takkan sesat! Insyallah kaau ada rezeki, saya nak ke Phnom Penh pulak.

Myza Pesona said...

Zamz,
Belum sampai tahap sakan lagi... Baru tinjau2 jea. Tapi beli tetap beli...Insyallah, nak shopping sakan next trip!

TK said...

Hi Myza..Bestnya jalan2 ke Saigon.
Geram menengok buah2an tu..

Myza Pesona said...

TK,
Memang best! The fruits looks very tempting. The price was also reasonable. Mana tak geram, semuanya besar2 dari buah ciku,buah jambu madu, buah nona, avocado, mango,all kinds of oranges, dragon fruitstc. Cuma rambutan jea yang kecik and tak lekang!Manggis pun ada!

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails