Yang Mempesona

Friday, 18 March 2011

Risau...Bimbang... Syukur Alhamdulillah.


Inilah si hero yang tak berapa sihat sekarang ni...

Assalam semua. Diam tak diam cuti sekolah dah nak sampai ke penghujungnya. Cepat sungguh masa berlalu. Well, sepanjang cuti sekolah ni aku tak ke mana-mana pun. Tak ada mood nak pergi rasanya. Bukannya apa...anak lelaki aku demam mulai Ahad lepas. Demamnya pulak tu on and off. Kejap panas...kejap sejuk. Siang ok, malam panas balik. Begitulah keadaannya hinggakan nak makan pun dia tak lalu. So, pada hari keempat demamnya masih tak kebah walaupun dah bagi ubat demam, aku pun bawak dia ke klinik kerajaan . Awal pagi dah tercongok kat depan pintu klinik... Nasib baik dapat nombor awal, so tak lama la menunggu untuk jumpa doktor. Bila jumpa doktor, doktor suruh buat blood test. Suspen la pulak...sebab sekarang ni macam-macam jenis virus ada .... dengan H1N1 yang berbalik semula, virus kencing tikus dan paling terkini Adeno virus. Harap-harap tak ada virus yang serius pada si hero ni.

Sebelum tu, dah bagi dia minum 100Plus banyak-banyak. Then, buatkan sup ketam bagi dia makan. Tapi, dia tak lalu nak makan sebab kelenjarnya bengkak. Nak menelan pun susah. Bila dapat keputusan ujian darah, doktor kata nampak macam ada sikit virus denggi tapi dia pun tak boleh nak confirm. So, dia bagi ubat demam dan antibiotik untuk seminggu. At the same time, kena repeat blood test hari semalam 18/3/2011.

Semalam sekali lagi ke klinik kesihatan untuk 2nd blood test. Risau jugak masa nak tunggu keputusan blood test daripada makmal. Dapat jea result, terus masuk bilik doktor. Bila doktor tengok result ujian tu, dia hanya suruh teruskan makan ubat yang dah diberi sebelumnya dan tunggu lagi dua hari.

Alhamdulillah... si kecik tu hanya kena demam biasa jea. Nampak dah beransur baik cuma mulut jea yang masih sakit. Nak makan apa pun tak lalu especially makanan yang keras-keras. Makan sup dan minum air glukos jea untuk bagi tenaga.

Harap-harap menjelang buka sekolah nanti, dia akan sihat sepenuhnya. So, bolehlah dia ke sekolah macam biasa.

7 comments:

Mek Norfa said...

siannye amal.. rajin2 makan ubat ekk biar cepat sembuh. best dia naik kuda..

lupekanje said...

Salam Myza, moga dia cepat sembuh...

azmnor said...

Salam Myza..

semuga HERO cempat sembuh....
Ibu mana yg tak risaukan anak-anaknya...

Myza Pesona said...

Mek Norfa,
Alhamdulillah, hari ni dah gi sekolah. Nampaknya dah beransur baik, makan pun dah boleh. Cuma kena teruskan makan antibiotik sampai habis.

Myza Pesona said...

Cen,
Terima kasih di atas doa itu.

Myza Pesona said...

Azmnor,
Terima kasih. Alhamdulillah hari ni dah mula ke sekolah. Memang agak cemas dan risau sebab dia jarang sakit yang tempohnya agak lama.

Tapi ... apa yang saudara Azmnor katakan itu memang betul. Semua ibu pasti akan risaukan kesihatan dan keselamatan anak-anaknya...!

JHaZKiTaRo said...

salam kenal.. rajin2, ziarahlah blog hamba (AKU SEBUTIR PASIR) kalau nak baca pengalaman hamba travelling ke 45 buah negara.. :)

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails