Yang Mempesona

Monday, 28 March 2011

We Did It Again....

Minggu lepas sekolah dibuka semula selepas cuti. Minggu pertama yang penuh dengan debaran. Mana taknya... keputusan SPM yang ditunggu-tunggu akan diumumkan pada 23/3/2011. Aku sebagai Guru Tingkatan lagilah berdebar ! Maklumlah menunggu keputusan anak-anak didik! Bukan itu saja, berdebar juga menantikan analisa keputusan bagi pencapaian panitia subjek masing-masing. Ada peningkatan atau penurunan dari segi pencapaian berbanding tahun sebelumnya.

So, hari pertama dan kedua selepas cuti, kenalah prepare semuanya. Sijil-sijil dimasukkan di dalam fail, senarai hutang pelajar dikemaskinikan dan sebagainya. Nak kena bagi slip keputusan tapi sebelum bagi keputusan kena kutip hutang dulu. Macam ALONG la pulak....!

Hari dan masa yang ditunggu-tunggu oleh semua warga sekolah tiba akhirnya...Tepat jam 12.30 tengahari , Pengetua mengumumkan keputusan rasmi keputusan SPM 2010 bagi sekolah kami. Alhamdulillah, sekolah aku mencatatkan keputusan 100% bagi aliran Teknikal dan juga Vokasional. Pelajar terbaik SPM 2010 mendapat 9A seramai 2 orang. 8 matapelajaran menunjukkan peningkatan dan telah berjaya memecahkan ketiga-tiga rekod yang disasarkan oleh tuan Pengetua. As for my subject, alhamdulilah, we managed to get 98.25 %. So... syukur alhamdulillah ! Tahun ni nampaknya kena usaha lebih gigih lagi... Nak dapatkan 100% pulak.

2 comments:

lupekanje said...

tahniah untuk semua yang berusaha ..

Myza Pesona said...

Cen,
Terima kasih. Semuanya hasil usaha semua dan ianya dari Allah SWT. Kami hanya berusaha setakat yang mampu dan selebihnya Allah yang menentukan!

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails