Ni nak sambung cerita lama lagi sikit. Kira siaran tertunda la... Hari ketiga masih lagi pergi sightseeing sambil survey harga barang-barang yang nak dibeli. Hari tu jugalah adalah hari untuk membeli-belah sebelum membuat round-up shopping...shopping terakhir sebelum balik ke KL. So, hari ketiga, lepas sarapan pagi, aku pun mulakan perjalanan. Kali ni destinasi yang dituju agak jauh sedikit...tapi tak perlu naik teksi...masih boleh berjalan kaki untuk siapa yang larat ! Pagi tu aku berjalan-jalan ke area 5-star ! Jalan-jalan jea. Kawasan tu dipanggil 5-bintang sebab di situ terdapatnya butik-butik berjenama seperti Louis Vutton, Channel, Cartier dan lain-lain. Di situ jugak ada tempat kawasan tarikan pelancong iaitu Saigon Opera House dan juga dan juga City Hall .
Hong Anh Collection
Masjid Cholon @ Dong Du Street
Pasar malam @ Ben Thanh
Malamnya pulak, as usual ke pasar malam lagi. Memandangkan cuma tinggal 2 hari jea lagi sebelum balik ke KL, so aku pun membeli-belah apa yang ada tersenarai setelah perbandingan harga dibuat. Kat sini, harga kat dalam pasar lain, harga pasar malam pun lain ! So, kalau harga tu dah rasa ok dan berbaloi, bolehlah beli! Kalau nak bertangguh.... bimbang habis stok pulak!
Hari Selasa, check-out dari hotel jam 12 tengahari. Check-out jea baru.... belum nak ke airport. Tinggal bag kat receptionist, last minute shopping sebelum ke airport. Then, singgah kat VN Halal tapau nasi goreng cina..yang harganya 85,000 VND untuk makan masa di airport nanti sebab flight ke KL jam 7.40 malam. Nak ke airport, aku naik bas jea... tapi kali ni kena bayar double sebab bag besar...8,000 VND. Dari bandar ke airport dalam 45 minit jea!
Aku sampai awal ....so lepak jea tunggu sampai masa check-in. Masa check - in pun tak ada masalah... syukur alhamdulillah. So, overall perjalanan aku kali ni alhamdulillah semuanya ok. Rasanya... macam nak ke sana jea lagi kalau ada rezeki!




6 Terpesona:
"Rasanya... macam nak ke sana jea lagi kalau ada rezeki! "
Memang saya akui, tak puas kalau pergi cuma 3, 4 hari, sbb banyak tempat boleh di explore...
Mie,
Insyallah akan ke sana lagi Oktober ni, tapi hanya untuk 3H 2M sahaja, sebab takut tak dapat cuti lama!
Salam Myza...,
next time nak explore sekitar bandaraya HCM ...memang banyak lagi yg boleh di jejak disana...
wah nak kesana lagi Okt... saya nanti laa kena gi ngan gang baru happening..
Azmnor,
Betul tu.... sekitar bandaraya Ho Chi Minh, memang banyak tempat yang kita boleh jelajah.Bukan sekadar untuk membeli belah tetapi untuk melawat tinggalah penjajah....
Myza, seronoknya dapat pegi saigon.... jeles jugak nie.... kalau sya dapat pegi macam tu...tak perlu bawa org lain hehehehe.....
by the way, okay ke tempat tu n harga barang murah ke?
Mummy Hannan,
Memang best. Insyallah Saigon a.k.a Ho Chi Minh City is quite a safe place for lady traveller if compared to Bandung or other places. Tempat okay, harga barang-barang pun okay!Siapa yang suka shopping, HCM is another destination next to Bandung.
Post a Comment