Apa khabar semua? Kali ni nak sambung citer kembara aku kat Ho Chi Minh. City. Hari kedua, selepas breakfast dengan nasi impit dan serunding (bawak dari KL), aku pun dah ready nak menjelajah. Kat HCM ni, banyak restoran makanan halal ada bukannya tak ada! Tapi rasanya belum tentu boleh diterima oleh tekak kita. Kebetulan, bekalan dari KL masih banyak lagi. Nanti kalau dah habis bekalan, bolehlah makan kat restoran2 yang ada kat bandaraya HCM ni ! Harganya pulak boleh tahan mahal la jugak.... sedap belum tentu !
Kat HCM ni,tempat-tempat pelancongan dekat - dekat je... just by walking distance. Bagi sapa yang larat nak jalan kaki, boleh aje. Tapi kalau siapa yang tak larat, baiklah naik teksi. Tapi...jangan naik beca! Aku pun dengan map yang dibawak dari KL, (dilukis oleh En. Hubby), mula menjelajah. Yang penting peta mesti ada...kalau agak-agak tak pasti nama jalan, tanya je kat polis pelancong atau sesiapa saja yang rasanya boleh faham B. Inggeris. Kalau yang ditanya tu tak tau nak jawab, dia akan cari kawan yang boleh jawab bagi pihak dia. Tempat pertama yang aku sampai ialah Reunification Palace. Time sampai kat situ, tutup . Pukul 1 tghari baru bukak balik. Ingatkan nak masuk tapi sebab masa tu baru kol 11, aku just ambik gambar kat luar. Sebab...ada banyak lagi tempat yang nak pegi!
Lepas ambik gambar aku pegi ke Central Post Office pulak! Masa nak ke Central Post Office ada sorang penarik beca tanya aku nak pegi mana. Belum sempat nak jawab nak ke Post Office, dia dah bagi direction macamana nak ke sana. Tak jauh pun dari istana tu dalam 10 minit jea. Central Post Office ni macam Pejabat Pos Besar kat Dayabumi KL. Kat situ, ada money changer, ATM booths and souvenir shops. Aku pun sempat tukar duit Vietnam Dong sambil mintak peta kat Information Counter kat situ. Tukar RM40 dapat 140K VND. Banyak tu.... Kat sebelah Central Post Office tu ialah Notre-Dame Cathedral iaitu sebuah gereja lama. Ni pun tempat tumpuan pelancong jugak !
Di laluan antara Reunification Palace dengan Central Post Office ada satu taman kawasan tu. Sempat la jugak melepaskan penat sambil minum air mineral dan makan roti Gardenia. kat situ. Kira makan tengahari la tu. Lepas hilang penat...aku teruskan menjelajah. Sepanjang kat HCM ni aku banyak jumpa taman di tengah-tengah bandar !
Jalan punya jalan...tau tau dah sampai depan pintu Saigon Zoo and Botanical Garden. Alang-alang dah sampai, masuk jelah. Bayar tiket 12,000 VND dalam RM1.80. Kalau kat Zoo Negara RM20. Saigon Zoo adalah antara zoo yang tertua di dunia iaitu yang kelapan. dan kini menjangkau 133 tahun. Ianya terletak kat penghujung bandar. Bila dah sampai kat situ, barulah sedar yang aku dah jauh sangat berjalan. Masa tulah baru terasa penat. Dalam kawasan Zoo ni ada satu muzium iaitu Muzium Sejarah (History Museum) tentang Vietnam. Kat HCM ni memang banyak muzium.




8 Terpesona:
Banyak tempat menarik di HCM City ni. Saya belum berkesempatan, kerana pergi yang jauh-jauh je spt Ch Chi Tunnel dan Delta Mekong. Kalau ke sana seminggu baru boleh cover semua agaknya..
BW ke posting: ~Bukittinggi~
salam
ari tu ada org bgtau,myza merempit sorg2 kat sana(tanpa hubby dan anak2) kat vietnam..hehe seronoknya jd 'org bujang' sekali sekala
Salam Myza...
lama tunggu en3 ni, nak tau sambungan dr en3 terdahulu... byk tempat yg menarik dlm HCM city ni...tuari saya pergi x sempat nak ronda yg dekat-dekat...maybe next time baru ronda yg dekat-dekat..
tunggu en3 yg berikutnya...
Saudara Mie,
Saya tak sempat ke Chu Chi Tunnel dan Delta Mekong hari tu. Saya hanya ke tempat2 yang dekat2 jea.
Kak Kam,
Bukan senang nak dapat peluang macam ni! Bila boss bagi green light, saya pun pegi je la!
Saudara Azmnor,
Maaf sebab lambat buat n3 part 2! Saya pulak tak sempat nak pegi yang jauh-jauh macam ke Delta Mekong & Chu Chi Tunnel tu. So...cover tempat yang dekat2 jea.
Hi myza..timakasih bawak kita jln2 di alam maya ni. In real life tak pernah sampai lagi..
TK,
U are welcome. Ada rezeki, u pun boleh sampai jugak! HCM is quite safe to travel alone. Nak shopping pun best!
Post a Comment