Yang Mempesona

Wednesday, 13 April 2011

Cuti Nak...Ganti Tak Nak !

Wajah mereka yang terpaksa belajar dan bekerja pada hujung minggu !

Minggu lepas aku berada di sekolah selama 6 hari. Dari hari Isnin hinggalah Sabtu. Hari Jumaat ada Majlis Khatam Al-Quran bagi pelajar Tingkatan 5. Proses P&P bagi pelajar-pelajar kecuali Tingkatan 5 masih berjalan seperti biasa.

Hari Sabtu merupakan hari persekolahan ganti. Ini adalah persediaan untuk Cuti Deepavali pada bulan 10 nanti. Untuk cuti yang ni, sekolah kena bersekolah ganti selama 3 hari iaitu pada 9/4/2011, 23/4/2011 dan 7/5/2011.

Tapi yang buatkan aku sedikit kecewa ialah sikap sesetengah pelajar mahupun rakan-rakan sekerja. Bagi pelajar, bila melihat kepada rekod kehadiran, sangatlah mengecewakan. Yang tidak hadir sampai 10 orang bagi satu kelas pun ada! Begitu juga dengan rakan-rakan sekerja...ramai yang tidak hadir bekerja. Ada yang MC, ada yang CRK dan macam-macam lagi!

Wahai kalian, kenapa harus jadi begini? Bila bercakap tentang cuti panjang, semua orang suka ! Semua nak bercuti panjang! Tapi bila pekeliling dikeluarkan bagi hari persekolahan ganti, kenapa ada yang tarik muka dan muncung yang panjang? Kalau nak cuti tapi tak nak kena ganti, tak payah kerja ...duduk jea kat rumah! Pelajar-pelajar pulak tak payahlah menyusahkan mak bapak bagi duit belanja sekolah...tapi kat dalam kelas asyik membuta! Baik tido jea kat rumah!

Aku pun kadang-kadang tak faham dengan sikap yang macam ni! Pada aku sendiri, rasa bersalah pulak bila dah diberi cuti percuma dan perlu diganti....tapi tak nak ganti!Rasa berdosa pula! Itu pendapat aku secara peribadi. Kita nakkan cuti iaitu sesuatu yang bukan hak mutlak kita tapi boleh diberi atas budi bicara, so kita fikir-fikirkanlah sendiri!

Cuti Bukan Hak . Cuti adalah satu keistimewaan atau kemudahan yang diberikan oleh kerajaan kepada anggota Perkhidmatan Awam.

2 comments:

Park Young Shake said...

INI MARAH KER NASIHAT CIKGU ?
LAIN MACAM JEA BUNYINYER....
JANGAN-JANGAN CIKGU NAK MEREMPIT LAGI TAK... ?!

NAK HIKUT MEREMPIT BOLEY ?

HEHEHEE

Myza Pesona said...

PYS,
Ini bukan marah tapi nasihat....sekadar ingat - mengingati di antara satu sama lain!

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails