Ni cerita hujung minggu lepas. Baru hari ini ada peluang nak buat entri. Minggu lepas sepatutnya aku ada aktiviti hiking ke Kem Lolo di Hutan Lipur Gunung Nuang dengan geng-geng sekolah my hubby. Kira macam family outing la! Tapi last minute, aku dan anak-anak tak dapat join sebab anak no. 2 aku, Nur Fatimah Azzahra mewakili sekolah ke Pertandingan Marhaban Peringkat Zon. So, aku terpaksa batalkan program hiking aku untuk beri laluan kepadanya.
Awal pagi. jam 7.15 dia dah kena berada di sekolah untuk persiapan diri dan sebagainya. Lepas tu, terus berlepas ke sekolah yang menjadi tuan rumah pertandingan. Aku tak join pun depa tu sebab depa naik bas sekolah yang disewa oleh pihak sekolah. Seterusnya aku pun tak tau, apa perkembangan seterusnya pasukan Sekolah Fatimah yang bertanding sebabnya aku tak ikut serta, hanya sekadar menghantar Fatimah ke sekolahnya sahaja.
Tepat jam 4.00 petang, dia pun sampai di rumah . Alhamdulillah, pasukan marhaban perempuan telah mendapat tempat ke-3 bagi peringkat zon. Johan keseluruhan peringkat zon juga telah dimenangi oleh KAFA Integrasi Taman Jasmin.
Tahniah buat Fatimah dan rakan-rakan! Tidak lupa juga tahniah dan terima kasih kepada semua guru yang terlibat dalam membimbing mereka sehingga mendapat tiga tempat terbaik.

4 Terpesona:
tahniah Fatimah!
tahniah...
masih terbayang keletah anak2 myza...:)
Kak Kamsiah,
Terima kasih. Ada masa dan kelapangan kita akan jumpa lagi. Sekarang ni bila cuti sekolah jea, yang sulung tu balik dari asrama. So, jarang la nak jalan-jalan sebab dia ada balik!
Bapak,
Terima kasih bagi pihak Fatimah.
Post a Comment