Yang Mempesona

Sunday, 22 May 2011

Bukit Broga - Sesiapa Pun Boleh Mendaki

Bersama ex-students di Puncak 2

Tiga keluarga mendaki Bukit Broga

Bukit Broga Puncak 1

Berehat seketika setelah sampai di puncak 1

Mendaki sebagai aktiviti sekeluarga.

Ibu-ibu yang turut mendaki Bukit Broga

Assalam semua. Minggu depan adalah minggu akhir persekolahan sebelum cuti pertengahan tahun selama 2 minggu . Bagi rakan-rakan pendidik ' Selamat Bercuti' . Mungkin inilah cuti yang ditunggu-tunggu setelah agak lama tidak bercuti panjang. Pastinya... masing-masing telah ada agenda yang menanti sepanjang cuti nanti.

Yang pastinya aku nak mendaki Bukit Broga sepanjang cuti sekolah ni. Bukannya apa .... masa cuti ni jea yang aku boleh pegi mendaki dengan kerap sikit. Biasanya aktiviti mendaki Bukit Broga ni hanya pada waktu hujung minggu samada Sabtu atau Ahad . Aku suka pegi awal-awal pagi, dalam kol 6.30 pagi mula mendaki. Pukul 7 pagi dah sampai puncak 1. Selepas solat Asar pun okay jugak tapi sekarang sebelah petang selalu hujan. So.... aku pegi sebelah pagi sahaja.

Dulu .... Bukit Broga ni tak ramai orang yang tau. Tapi.... sejak Datuk Dr. Sheikh Muzaffar buat wedding photoshoot kat bukit ni , sejak tu la ramai orang pegi sana. Masing-masing nak ambik gambar kat buaian yang dalam macam gambar Dr. Sheikh Muzaffar tu. Silap haribulan, waktu cuti umum, penuh sesak macam kat Batu Caves jadinya !

Mula-mula aku mendaki Bukit Broga ni, sekadar temankan Encik Hubby saja. Maklumlah .... dah 15 tahun aku tinggalkan aktiviti mendaki ni . Tapi bila anak sulung tu minat dengan aktiviti ni, so Encik Hubby pun buat 'comeback' pada aktiviti ni sebab nak temankan anak sulung kami. Bila 15 tahun tak mendaki bukit atau gunung.... almaklum ajelah ! Pancit jugak mula - mula tu! Tapi alhamdulillah .... sekarang dah okay sikit! Anak-anak yang 2 orang lagi tu pun mula ikut kami mendaki.

Sekarang ni pulak ada kawan-kawan sekolah Encik Hubby yang turut sama mendaki dengan kami. Asalnya berdua saja tapi lepas tu, ada yang datang bawak anak-anak dan anak sedara sekali. Memang meriah bila dah ramai -ramai tu ! Yang penting sampai dan semua orang happy ! Sambil tu dapat keluarkan peluh .... tingkatkan kecergasan diri dan eratkan silaturrahim.

Pada aku ... aktiviti mendaki ni sesiapa saja pun boleh mendaki . Apa yang penting, KEYAKINAN DIRI & SEMANGAT ! Tak pelu daki gunung yang tinggi -tinggi ! Cukuplah dengan bukit-bukit dulu kalau sekadar nak jaga kesihatan . Aku selalu ke sini sebab bukit ni tak jauh dari tempat tinggal aku !

5 comments:

Mie said...

Wah bestnya.. kena pergi juga ni nampaknya.

Myza Pesona said...

Mie,
Pergi jangan tak pergi! Belum daki belum tau! Kalau pergi sekali ok, mungkin akan pergi kali kedua, betul tak?

lupekanje said...

salam...acik pun rsa nak pegi..tpi tader kawan. Tk tau jalan..sronok tgk gambar2 kat bukit ni..pmandangan subhanallah...cantik.

Myza Pesona said...
This comment has been removed by the author.
Myza Pesona said...

Acik,
Ikut jalan lama nak ke Seremban, sampai ke Pekan Semenyih. Jumpa Petronas sebelah kanan, dan signboard University of Nottingham kat belah kiri dan masuk kiri. Nnt akan jumpa Nottingham University dan jalan terus sampai jumpa Rabbit Farm . Depan Rabbit Farm tu akan nampak ladang sawit. Masuk situ.

Jangan risau kalau tak de kawan. Biasanya org mmg ramai especially hujung minggu! Pemandangan mmg cantik! Ajaklah anak2 sekali!

Ini map :
http://maps.google.com.my/maps/ms?ie=UTF8&oe=UTF8&msa=0&msid=111935630618424414336.00048717fde3a518dcda6

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails