Yang Mempesona

Saturday, 14 May 2011

Sihat & Cergas Di Bukit Tabur .... My Style

Berlatarkan Empangan Klang Gate

Pemandangan Empangan Klang Gate

Semasa menuruni puncak Bukit Tabur (East )

Di pertengahan jalan ... di atas rumput yang seperti permaidani

Peace upon you and greetings to all . Macamana u all jaga kesihatan dan kecergasan diri ? Mesti you all akan kata, pegi bersenam kat gym, masuk kelas aerobik atau poco-poco, join kelab - kelab kesihatan macam Clark Hatch Fitness Centre, Philip Wain dan macam-macam lagi. Tapi .... berapa kosnya? Aku tak tau sebab tak pernah join pun ...... tapi mesti mahal kan ? Kalau tak ratus , mesti ribu, betul tak? Jangan sampai jadi kes macam nie kat kita pulak ..... " Bayar semahal RM 2, 560 berat cuma turun 2kg "

Aku ? Inilah cara aku jaga kesihatan dan kecergasan iaitu dengan mendaki. Tujuan aku cuma satu ......... nak sihat dan cergas. Itu sahaja. Mungkin ada orang bersenam atau beriadah untuk kuruskan badan atau nak kurangkan berat badan. Nak dapatkan berat badan ideal katakan! Bagi aku, mendaki ni pun dah cukup ! Aku dah turun 4kg sejak aku aktif dengan aktiviti ni . Tak percaya ??? Nak percaya boleh ... tak nak percaya pun tak pe ! Hahahaahaa

Tak semua orang yang suka atau biasa dengan aktiviti mendaki. Masing-masing punya alasan tersendiri. Bagi aku ..... aktiviti mendaki bukan setakat nak mengeluarkan peluh tapi juga dan menikmati keindahan mukabumi ciptaan Allah SWT. Apabila dah berjaya sampai ke puncak, memang terasa akan kepuasannya dan betapa indahnya bumi Allah ini selain dapat menghirup udara segar di puncak bukit atau gunung.

Insya-allah cuti nanti akan cuba untuk menawan puncak Gunung Irau di Cameron Highlands, hutan lumut yang sangat terkenal dengan panggilan Hutan Lord of The Rings.

4 comments:

Zamz said...

mcm best je kat atas bukit tu..nk naik yg tak bestnya hehe

Myza Pesona said...

Zamz,
Memang best kat atas bukit tue ...cubalah baik sekali ! Fikirkan boleh... insyallah boleh sampai!

Mie said...

Wah Myza ni adventurous orangnya.. Bagi saya yg dah agak berumur, untuk sihat cuma kena jaga cara pemakanan dan membuat sedikit senaman ringan. Untuk aktiviti yang lasak dah tak larat nampaknya..

Myza Pesona said...

Mie,
Aktiviti mendaki ni bukanlah lasak sangat. Saya mendaki santai-santai saja, sambil menikmati udara segar dan pemandangan yang indah ciptaan Alllah SWT!

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails