Assalam. Diam tak diam cuti sekolah dah hampir seminggu berlalu. Tinggal lebih kurang seminggu jea lagi sebelum sekolah dibuka semula.
Cuti sekolah nie aku tak ke mana-mana pun . Anak balik dari asrama so, masa banyak dihabiskan di rumah sahaja sambil memenuhi undangan ke majlis perkahwinan yang dah bermula sebelum cuti sekolah lagi. Boleh dikatakan setiap hujung minggu adalah hari gantung periuk belanga ! Sebabnya ... pegi makan kenduri . Lagipun ... nak kena siapkan menanda kertas periksa anak-anak murid ! Markah nak ke dikey-in pada hari Jumaat 10 Jun 2011. So... apalagi kena la pulun. Tu pun ada yang dah siap tanda. Tinggal 3 bundle jea lagi . Yang 3 bundle lagi dah siap .
Aktiviti aku masa cuti macam biasa jea. Bila ada masa terluang aku ke tapak senaman ataupun pegi mendaki. Sejak cuti sekolah ni, dah 2 kali aku pegi mendaki bersama kawan-kawan En. Hubby serta keluarga mereka. Tersangatlah meriahnya. Aktiviti mendaki ala-ala santai hanya untuk mengeluarkan peluh sambil menghirup udara segar ! Bukannya nak cari siapa pemenang atau Johan Mendaki !
Hujung minggu ni rehat ! Sebab kawan-kawan banyak jemputan . Esok aku pun ada 2 jemputan . satu jemputan kawin bekas anak murid dan 1 lagi jemputan istimewa. Daripada siapa?? Tungguuuuuuuuu !
Well, that's all folks! Selamat Bercuti dan Selamat Berhujung Minggu !







3 Terpesona:
Gunung mana lagi la agaknya yang akan jadi tempat pendakian seterusnya...
Insyallah, Gunung Bunga Buah kat Genting Highlands. Hubby saya baru balik semalam. Trail ke puncak ambik masa 4 jam dan agak mencabar kekuatan mental & fizikal. Ataupun Gunung Datuk kat Rembau, yang ni ambik masa 2 jam jea untuk sampai ke puncak !
Jungle-trekking....satu aktiviti yg menyeronokkan.
Kat sini baru bermula cuti pada Selasa yg lalu...namun cuti terasa cepat nak berlalu...
Post a Comment