Yang Mempesona

Tuesday, 14 June 2011

Jemputan Diraja

Assalam to all. Minggu ni bermulalah penggal kedua persekolahan. So, sepanjang cuti 2 minggu pastinya banyak program atau aktiviti yang telah dilakukan oleh u all semua. Ada yang pergi Cuti-Cuti Malaysia, ada yang balik kampung kenduri kawin, ada yang mengerjakan umrah dan macam-macam lagi. As for myself, cuti kali ni tak ke mana-mana pun . Lagipun ada banyak sangat jemputan kawin cuti ni.

Antara banyak-banyak jemputan ni, adalah satu jemputan yang agak istimewa sikit. Tak sangka pulak terpilih untuk menerima jemputan khas ni. Bila dapat tau dapat jemputan ni, macam tak percaya aje... sampailah kad jemputan ni diterima melalui penghantaran Pos Laju . So ... inilah dia jemputannya.


Tetamu jemputan menuju ke perkarangan istana

Ketibaan Ke Bawah Duli Tuanku





Me and my daughter

Aizat antara yang hadir membuat persembahan

Ziana Zain

My daughter with Datuk Ghani Minhat, bekas pemain bolasepak era 50 - 60an

Kebetulan pada hari tu, memang tak ada jemputan lain. So... pergilah jugak. Kalau tak pergi macam rugi pulak, sebab dah dapat jemputan. Jemputannya memang ramai, dengan 4 kanopi yang berlainan warna. Jika warna dalam kad warna ungu, maka, tempatnya di bawah kanopi ungu. Memang meriah .... ramai jugalah tetamu-tetamu jemputan yang aku jumpa. Antaranya , bekas penyanyi tahun 80-an iaitu Salimah Mahmood , Datuk Aziz Sattar, Ustaz Farid Ravi, jurulatih bolasepak kebangsaan Datuk R. Rajagobal, serta Ziana Zain dan Aizat yang menghiburkan para tetamu semasa majlis tersebut.

Bersama penyanyi tahun 80an , Salimah Mahmood

Para tetamu jemputan


Ustaz Mohd Farid Ravi di antara jemputan yang hadir.


Juadah yang dihidangkan tak terkata banyaknya. Maklumlah, setiap kanopi hidangannya disediakan oleh pihak hotel yang berbeza. Macam-macam adaaaaaaaaaaaaaaaa.... Tak tau mana satu nak pilih Malas nak letak gambar hidangan istana takut nanti ada yang terliur pulak, hehehehe ! Lepas makan, masa untuk bersalam dengan pasangan diraja. Nak salam, kena beratur la pulak! Tapi perut dah penuh , nak beratur pun dah tak larat lagi .... hehehehe. Yang bagusnya tuanku ni akan tunggu sehingga orang terakhir bersalam dengan dia. Dah selesai, baru tuanku berangkat balik.

Nak balik awal tak boleh ! Kena ikut protokol, kena tunggu sampai Tuanku balik naik kereta, barulah yang lain-lain boleh angkat kaki. Tapi apapun, masa tu sesiapa pun boleh bergambar di sekitar perkarangan istana. Tapi ... dalam istana tak boleh , ok!

So, that's all folks ! Enjoy the pictures !

8 comments:

Mie said...

Hai bertuahnya badan, bukan senang nak dapat masuk kawasan istana tu..

UmmiRosma said...

Congratulations...seperti majlis junjung ziarah sempena hari raya yea...cantik perkarangan istana baginda.

Ziana Zain...ambui cantiknyeeee

Liz said...

wah satu kesempatan yang tak boleh tak datang....pasti seronok yer

Ann said...

Myza, anak ko dh besar..Both of you look like sisters

Myza Pesona said...

Mie ,
Syukur alhamdulillah diberikan peluang itu . Memang tak sangka akan dapat masuk ke sana... lainlah kalau kita ni orang besar2, tapi Myza ni org biasa2 jea!

Myza Pesona said...

UmmiRosma,
Thanks. Rasanya, mana-mana kawasan istana pun cantik! Kalau di Brunei, tentunya lagi cantik istananya!

Ziana Zain memang cantik...

Myza Pesona said...

Liz,
Betul tu... peluang tu mungkin datang sekali dalam hidup ! So, bila ada peluang, rugilah kalau dilepaskan peluang tu begitu sahaja!

Seronok tu sebab dapat masuk dan melihat-lihat sekitar kawasan istana!

Myza Pesona said...

Ann,
That's my eldest yang study kat K. Kangsar tu!She's taller than me! That's what most people say .... we look like sisters....hehehee

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails