Yang Mempesona

Tuesday, 23 August 2011

Kemuliaan Lailatul Qadar


Salam semua. Diam tak diam , kita semua dah hampir ke penghujung Ramadhan . Tinggal lebih kurang 7 hari lagi Ramadhan akan meninggalkan kita . Syawal pula yang akan datang bertandang.

Di mana -mana pun pastinya 10 malam terakhir di dalam bulan Ramadhan amat ditunggu-tunggu oleh semua . Maka, 10 malam terakhir itu akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti di masjid-masjid mahupun di surau-surau. Pastinya ... salah satu dari 10 malam terakhir itu akan berlakunya Lailatul Qadar.

Bagi kita semua , umat Muhammad SAW yang pendek hayatnya, malam yang istimewa ini adalah peluang yang terbaik buat kita semua untuk memburu habuan dan redha dari Ilahi. Firman Allah swt :

"Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadar. Tahukah kamu apakah malam Lailatul Qadar itu ? Lailatul Qadar itu lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar". (Surah al-Qadr 1-5)

Di antara kelebihan dan kemuliaan Lailatul Qadar ialah :

1 - Allah swt telah menurunkan Al Qur'an ke langit dunia pada malam Lailatul Qadar ini.

2 - Allah SWT mengagungkan malam ini dengan bentuk pertanyaan, "Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?" (Surah al-Qadr, ayat 2)

3 - Ibadah yang dilakukan pada Lailatul Qadar adalah lebih baik dari ibadah yang dilakukan selama seribu bulan (83 tahun).

4 - Para malaikat bergerombolan turun pada malam ini dengan membawa rahmat, berkah dan ketenangan.

5 - Keamanan dan keselamatan meliputi orang-orang yang beriman pada malam ini dan para malaikat terus menerus mendo'akan keselamatan mereka.

6 - Inilah kesempatan terbaik untuk memohon pengampunan dosa daripada Allah swt.

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala maka akan diampuni dosa-dosanya yang lalu. Barangsiapa solat pada Lailatul Qadar kerana beriman dan mengharapkan pahala maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah berlalu." (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Daripada Aisyah r.ha bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :

"Berusahalah mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan." (Hadith Riwayat Bukhari)

Ramadhan ... pemergianmu ditangisi , kedatangan mu dinanti ! Mudah-mudahan aku akan bertemu lagi dengan mu pada tahun hadapan , insyaallah ! Amin...

1 comment:

Mah@Mahu said...

Nak menjemput semua rakan2 blogger pahang hadir ker rumah sempena dengan raya ini ok sama2 meraikan hari bahagia kita.. Selamat Hari Raya..

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails