Yang Mempesona

Monday, 17 October 2011

Di Penghujung Tahun ....

Credits to: Google

Salam and greetings to all. Lama bebenor blog ni tak diupdate. Kali terakhir sebelum menjelangnya Syawal.Lepas tamatnya Syawal pun masih tak sempat nak update. Sibuk dengan peperiksaan dan panggilan kursus secara 'ad-hoc'. Dah habis menanda kertas peperiksaan percubaan SPM, nak kena isi markah secara online pulak guna SAPS . Nak key-in markah pun bukannya senang, sebab bila dah terlalu ramai yang online... maka akan hang dan jamned la server tu ! Tengah malam atau awal-awal pagi pun belum tentu boleh dapat key-in markah !

Dan sekarang ni pelajar-pelajar Tingkatan 4 tengah exam akhir tahun pulak. Baru jea habis menanda kertas peperiksaan Tingkatan 5, nak sambung yang Tingkatan 4 pulak. Minggu depan dah mula cuti untuk Deepavali seminggu.Lepas tu 5-8 November cuti untuk Hari Raya Haji pulak. So, dah hujung-hujung tahun ni, sebelum bercuti panjang, kenalah selesaikan kerja-kerja yang sepatutnya. Barulah seronok nak bercuti panjang!

Insyallah, cuti panjang nanti kalau ada kesempatan, blog ni akan diupdate. Terima kasih kepada semua yang masih sudi datang menjenguk ke blog ni! Thanks A Lot!

No comments:

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails