Yang Mempesona

Friday, 11 November 2011

Bukit Saga ...

Tapak senaman di puncak

Masih mampu tersenyum .... walaupun penat

CP 5

Di pertengahan jalan menuju puncak

Ada jam dinding lagi di CP 2

Menyeberangi anak sungai sebelum mendaki

Salam and greetings to all . Hari ni, aku nak cerita tentang Bukit Saga. Tentu ramai yang boleh teka , bila aku sebut pasal bukit atau gunung ... pasti ada kaitan dengan aktiviti mendaki yang aku selalu buat. Well , sejak berehat untuk tempoh 3 bulan sempena Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah dek kerana bulan puasa, raya puasa dan raya qurban maka aku pun kembali dengan aktiviti kecergasan aku ni. Tension jugak sekejap bila memikirkan nak mendaki balik .... dah cuti lama sangat ! Berat pun dah naik sikit gara-gara 'open house' sana-sini . Bukannya apa ...takut pancit masa mendaki nanti !

Bukit Saga ni dekat area Cheras . Ada banyak route yang boleh dilalui untuk sampai ke sini. Aku dan group mendaki bermula di Taman Awana, Cheras. Boleh juga melalui route Taman Cuepacs, terpulang kepada masing-masing, nak ikut laluan mana. Laluan ni agak mengelirukan juga ... so kena berhati-hati takut tersilap laluan. Nanti naik ikut Taman Awana, keluar kat Taman Cuepacs ... susah pulak jadinya , hehehhe.

Untuk sampai ke puncak Bukit Saga ada 6 CP yang harus dilalui. Tapi ... jangan terkejut pulak bila dah sampai ke CP 6, sebab kat CP 6 ni sangat meriah ! Bayangkan di atas puncak bukit... ada pendaki yang memasak menggunakan dapur gas, ada penapis air, ada meja makan dan juga 'hammock' untuk berehat. Trail Bukit Saga ni taklah sukar ... semua orang boleh sampai ke puncak ! Tua, muda, kanak-kanak, remaja SEMUA BOLEH ! Tak percaya ... nanti tengok sendiri ! Bukit Saga ni juga dikenali sebagai Bukit Apek . Agak-agak boleh teka apa sebabnya? Kalau nak tau ... pergilah mendaki Bukit Saga dan jawapannya akan ditemui di sana.

Last but not least, enjoy the pictures and have a good weekend !


2 comments:

Mie said...

Salam Myza,

Nanti cuti panjang sekolah tentu banyak bukit lagi didaki, kalau tak pun gi holiday...

Myza Pesona said...

Salam Mie,
Insyallah, jika keadaan cuaca dan masa mengizinkan, insyaallah cuti panjang ni akan terus mendaki untuk keluarkan peluh. Tak dapat yang jauh, yang dekat-dekat aje. Kalau pegi holiday pun dalam negeri jea!

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails