Yang Mempesona

Friday, 30 December 2011

Aktiviti Sepanjang Disember 2011

Aku jadi tokey goreng pisang hari tu ...

Aktiviti memasak Bubur Asyura


Program Motivasi untuk anak-anak sekolah rendah & menengah

My eldest daughter participated in the programme


My boy enjoying himself in the pool .

Presint 9, Putrajaya

Salam semua . Tanpa disedari , tahun 2011 dah pun sampai ke penghujungnya. Esok , 1/12/2011 adalah hari terakhir di bagi tahun 2011. Lusa akan bermulalah tahun 2012. And as for me , aku akan kembali bertugas setelah lama bercuti . Anak - anak pula akan kembali ke sekolah bagi memulakan penggal persekolahan untuk tahun 2012 pada hari Rabu depan , 4 /1/2012.

Sepanjang cuti sekolah , aku tak ke mana - mana pun untuk bercuti . Hanya stay kat rumah spend my time with the kids. Lagipun ... masa cuti sekolah ni mereka masih lagi meneruskan kelas mengaji bersama ustazah mereka selain dari mengikuti program motivasi yang dianjurkan di surau taman kami . Pada awal cuti persekolahan , aku masih lagi berulang-alik ke sekolah kerana ada tugas-tugas yang belum selesai. Hari ni pun aku ke sekolah juga untuk urusan data pelajar . Kalau ikutkan minggu ni , 4 hari berturut-turut aku berada di sekolah . Bermula dengan Mesyuarat Guru , Mesyuarat Panitia dan Taklimat SBPA pada hari semalam .

Mungkin ada di kalangan rakan-rakan blogger yang sedang sibuk menguruskan persiapan persekolahan anak-anak untuk tahun hadapan. Alhamdulillah ... persiapan untuk my kids dah pun selesai semuanya. Beli awal-awal supaya semua keperluan mudah didapati. Tak nak buat last minute shopping sebab biasanya time ni banyak stok keperluan sekolah dah habis.

Last but not least , enjoy the pictures . Gambar-gambar aktiviti aku masa cuti sekolah ni . Akhir kata untuk semua rakan - rakan bloggers di mana pun anda berada ,' Selamat Menyambut Tahun Baru 2012'

1 comment:

Mie said...

Selamat kembali bertugas Cikgu...

Saya tahun depan paling lega, kerana semua anak-anak sudah habis bersekolah...

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails