


War Remnant Museum

Saigon Opera House

Dah shopping ... jalan- jalan la pulak !

Penat shopping di Pasar Ben Thanh

Lagi handbag ...

Macam -macam ada ...

Hong Anh Collections

Pilih jangan tak pilih ... murah , murah !

Antara kedai yang menjadi tumpuan

Di lobi hotel ...

Baru lepas turun bas dari airport

Rombongan Cik Kiah
Salam and greetings to all. Diam tak diam dah 6 hari kita kita berada dalam tahun baru Hijrah 1433. Hari ni pun dah I Disember ... betapa cepatnya masa berlalu . Tak lama lagi anak-anak akan kembali ke sekolah dan rasanya pada waktu ni ramai di antara kita dah mula membuat persiapan untuk sesi persekolahan tahun 2012. Apa - apa pun ... berbelanjalah dengan berhemah !
Kali ni pun entry tertunda jugak . Tak dapat nak update sebab line internet yang sangat lembab sejak kebelakangan ni. So ... hari ni jea baru nampak macam ok sikit. Ni kisah rombongan Cik Kiah semasa cuti Deepavali tempohari .
Deepavali baru-baru ni sekolah bercuti selama seminggu . Pada awal perancangan, hanya berempat sahaja yang join, tapi last minute yang join 7 orang semuanya . Ahli rombongan ni majoritinya kaum wanita ... nama pun rombongan Cik Kiah ! Tapi kami bawak la jugak 2 orang bodyguard untuk tujuan keselamatan sambil jadi tukang bawak barang-barang . Destinasinya mana lagi ... kalau tak ke Vietnam . Ini adalah trip kedua aku selepas trip pertama bulan Februari.
Biasalah kalau dah ke Vietnam ... apa lagi tujuannya , mesti untuk shopping ! Aku sekadar jadi tourist guide jea .... shopping pun lebih kurang jea sebab dah pegi sebelum ni. Kami pegi 3H 2M. Tapi memang kawan-kawan ni enjoy sangat pegi Vietnam. Mana taknya ... semua benda murah jea banding kat KL ! So... trip ni memang berbaloi sangat pada mereka semua ! Ada lagi yang ajak pegi tahun depan .... insyallah aku akan ke sana sebab tiket dah pun terbeli (terbeli la konon ... padahal saja-saja beli , heheehe)
So, enjoy the pics ... gambar - gambar rombongan Cik Kiah ke Vietnam ! Kalau ada yang teringin nak pergi ... intai2 la tiket murah kat AA.
6 comments:
Myza, berkenan aku kat handbags!
Ye la kat Malaysia smua barang mahal2. Takde apa yg murah!
Wah repeat yek. Saya pun dah tiga kali ke sini pun masih tak jemu2 lagi...
Mie,
Tau tak pe. Insyallah tahun depan ada lagi trip ke sana. Rombongan Cik Kiah Siri 1/2012 ... hehhehe
TK,
Insyallah , awal bulan Mei tahun depan aku ada 1 trip ke Ho Chi Minh City lagi. So far , aku bertiga jea. Trip aku 5-7 Mei 2012 ( pegi Sabtu, balik Isnin). Kalau nak join, boleh le ...! Kat sana barang2 murah sangat2 !
this article is very good. check for check it. Busybox My Boy apk Game Tuner
Post a Comment