Yang Mempesona

Thursday, 24 February 2011

Berehat Seketika...


Apa khabar semua ...?? Macam penyanyi la pulak ( tapi tak pandai nyanyi pun!) Dah lama benar blog ni terbiar. Semuanya ni adalah sesuatu yang tak dapat dielakkan. Sebenarnya kesibukan teramat sangat dengan tugas dan tanggungjawab di sekolah menyebabkan blog ni agak sunyi. Bukannya kerana aku dah beralih arah ke FB ye!

Sebenarnya aku sibuk dengan urusan mengemaskini data SMM di sekolah yang perlu dihantar pada minggu lepas 18/2/2011. Alhamdulillah.. kini semuanya dah selesai dan setakat ni data sekolah aku masih di antara data yang tiada masalah. Thanks to all my AJK Data SMM !All of us have done a great job! Harap-harap the next mesyuarat pengumpulan data in June, pun begitu juga hendaknya, tiada masalah!

Insyallah, blog ini dan tuannya akan berehat seketika mulai esok sehinggalah minggu depan. I just need a break for a while. Away from work and stress !

So to all my friends, Take Care & See You Next Week!

Tuesday, 15 February 2011

Salam Maulidur Rasul


Salam . Selamat Menyambut Maulidurrasul kepada semua. Marilah kita semua mengucapkan selawat ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW.

Pastinya, hari ini berbagai program diadakan sempena menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad SAW. Jika kita semua ada kesempatan dan kelapangan, marilah kita turut serta. Ini semua sebagai tanda kita mengingati akan tarikh hari kelahiran Nabi Muhammad SAW dan sebagai tanda kecintaan yang tiada batasan terhadapnya sebagai pesuruh Allah .



Monday, 7 February 2011

Pendakian Ke - 3 Selepas 'Comeback'

Bergambar selepas breakfast sebelum memulakan pendakian.

Bergambar sambil menunggu hujan berhenti.

Di mercu tanda pekan Bukit Fraser.

With my 2nd daughter.

Di puncak Gunung Twin Peak.

Di laluan ke Twin Peak.

Antara laluan pendakian menuju ke Pine Tree Hill terlebih dahulu sebelum ke Twin Peak.

Di depan gua yang terbentuk oleh akar pokok.

Bersama para pendaki lain yang kami temui di starting point sebelum memulakan pendakian.

Bermulalah perjalanan ke Pine Tree Hill & Twin Peak dengan trail yang berkabus tebal, lecak dan licin ...

Ibu dan anak berkongsi minat yang sama.

Salam . .
Aku sempat mengikuti ekspedisi mendaki Pine Tree Hill dan Twin Peak di Bukit Fraser pada hujung bulan Januari baru-baru ni. Kumpulan pendaki terdiri daripada 6 0rang semuanya, kumpulan kami bermalam di puncak. So...kumpulan kami yang bawak beg besar-besar tu. Maklumlah... dengan khemah, peralatan memasak, makanan, pakaian dan bekalan air untuk minum dan kegunaan lain. Air perlu dibawa sebab di puncak gunung tidak ada sumber air !

Ekspedisi bermula jam 10.30 pagi dan ianya mengambil masa lebih kurang 4 1/2 jam. Masa yang diambil untuk sampai ke puncak berbeza sebab ada yang berhenti rehat, minum, makan, dan macam-macam. Pancit pun yea jugak... hehehehe. Selain dari tu jugak, hujan lebat turut memperlahankan pergerakan kami.

Hanya semangat untuk sampai ke puncak dan menawan 2 gunung sekaligus yang membuatkan kami meneruskan perjalanan. Sepanjang perjalanan, banyak juga halangan yang kami terpaksa lalui seperti pokok yang tumbang , anak-anak tangga yang tinggi, tanah yang licin, dan lain-lain lagi. Bak kata pepatah Melayu 'alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan'. Bagi kami kumpulan pendaki , 'alang-alang dah mendaki, biarlah sampai ke puncak gunung'!

Apapun... aku macam tak percaya yang aku telah berjaya melakukan pendakian yang ke-3. Dan kali ni, telah berjaya menawan 2 puncak sekaligus. Sebenarnya, untuk melalukan aktiviti mendaki ni...bukanlah bergantung kepada kekuatan stamina , tetapi ianya terletak pada semangat dan minat yang mendalam terhadap aktiviti ini. Sesiapa pun boleh mendaki jika ada minat. Jangan jadikan faktor usia sebagai penghalang . Faktor keselamatan paling utama !

Insyaallah, kalau ada peluang dan masa mengizinkan, mungkin aku akan turut serta dalam ekspedisi yang lain pula. So...enjoy the pics!
Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails