Assalam semua. Minggu depan adalah minggu akhir persekolahan sebelum cuti pertengahan tahun selama 2 minggu . Bagi rakan-rakan pendidik ' Selamat Bercuti' . Mungkin inilah cuti yang ditunggu-tunggu setelah agak lama tidak bercuti panjang. Pastinya... masing-masing telah ada agenda yang menanti sepanjang cuti nanti.
Yang pastinya aku nak mendaki Bukit Broga sepanjang cuti sekolah ni. Bukannya apa .... masa cuti ni jea yang aku boleh pegi mendaki dengan kerap sikit. Biasanya aktiviti mendaki Bukit Broga ni hanya pada waktu hujung minggu samada Sabtu atau Ahad . Aku suka pegi awal-awal pagi, dalam kol 6.30 pagi mula mendaki. Pukul 7 pagi dah sampai puncak 1. Selepas solat Asar pun okay jugak tapi sekarang sebelah petang selalu hujan. So.... aku pegi sebelah pagi sahaja.
Dulu .... Bukit Broga ni tak ramai orang yang tau. Tapi.... sejak Datuk Dr. Sheikh Muzaffar buat wedding photoshoot kat bukit ni , sejak tu la ramai orang pegi sana. Masing-masing nak ambik gambar kat buaian yang dalam macam gambar Dr. Sheikh Muzaffar tu. Silap haribulan, waktu cuti umum, penuh sesak macam kat Batu Caves jadinya !
Mula-mula aku mendaki Bukit Broga ni, sekadar temankan Encik Hubby saja. Maklumlah .... dah 15 tahun aku tinggalkan aktiviti mendaki ni . Tapi bila anak sulung tu minat dengan aktiviti ni, so Encik Hubby pun buat 'comeback' pada aktiviti ni sebab nak temankan anak sulung kami. Bila 15 tahun tak mendaki bukit atau gunung.... almaklum ajelah ! Pancit jugak mula - mula tu! Tapi alhamdulillah .... sekarang dah okay sikit! Anak-anak yang 2 orang lagi tu pun mula ikut kami mendaki.
Sekarang ni pulak ada kawan-kawan sekolah Encik Hubby yang turut sama mendaki dengan kami. Asalnya berdua saja tapi lepas tu, ada yang datang bawak anak-anak dan anak sedara sekali. Memang meriah bila dah ramai -ramai tu ! Yang penting sampai dan semua orang happy ! Sambil tu dapat keluarkan peluh .... tingkatkan kecergasan diri dan eratkan silaturrahim.
Pada aku ... aktiviti mendaki ni sesiapa saja pun boleh mendaki . Apa yang penting, KEYAKINAN DIRI & SEMANGAT ! Tak pelu daki gunung yang tinggi -tinggi ! Cukuplah dengan bukit-bukit dulu kalau sekadar nak jaga kesihatan . Aku selalu ke sini sebab bukit ni tak jauh dari tempat tinggal aku !








