Yang Mempesona

Tuesday, 23 August 2011

Kemuliaan Lailatul Qadar


Salam semua. Diam tak diam , kita semua dah hampir ke penghujung Ramadhan . Tinggal lebih kurang 7 hari lagi Ramadhan akan meninggalkan kita . Syawal pula yang akan datang bertandang.

Di mana -mana pun pastinya 10 malam terakhir di dalam bulan Ramadhan amat ditunggu-tunggu oleh semua . Maka, 10 malam terakhir itu akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti di masjid-masjid mahupun di surau-surau. Pastinya ... salah satu dari 10 malam terakhir itu akan berlakunya Lailatul Qadar.

Bagi kita semua , umat Muhammad SAW yang pendek hayatnya, malam yang istimewa ini adalah peluang yang terbaik buat kita semua untuk memburu habuan dan redha dari Ilahi. Firman Allah swt :

"Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadar. Tahukah kamu apakah malam Lailatul Qadar itu ? Lailatul Qadar itu lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar". (Surah al-Qadr 1-5)

Di antara kelebihan dan kemuliaan Lailatul Qadar ialah :

1 - Allah swt telah menurunkan Al Qur'an ke langit dunia pada malam Lailatul Qadar ini.

2 - Allah SWT mengagungkan malam ini dengan bentuk pertanyaan, "Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?" (Surah al-Qadr, ayat 2)

3 - Ibadah yang dilakukan pada Lailatul Qadar adalah lebih baik dari ibadah yang dilakukan selama seribu bulan (83 tahun).

4 - Para malaikat bergerombolan turun pada malam ini dengan membawa rahmat, berkah dan ketenangan.

5 - Keamanan dan keselamatan meliputi orang-orang yang beriman pada malam ini dan para malaikat terus menerus mendo'akan keselamatan mereka.

6 - Inilah kesempatan terbaik untuk memohon pengampunan dosa daripada Allah swt.

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala maka akan diampuni dosa-dosanya yang lalu. Barangsiapa solat pada Lailatul Qadar kerana beriman dan mengharapkan pahala maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah berlalu." (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Daripada Aisyah r.ha bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :

"Berusahalah mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan." (Hadith Riwayat Bukhari)

Ramadhan ... pemergianmu ditangisi , kedatangan mu dinanti ! Mudah-mudahan aku akan bertemu lagi dengan mu pada tahun hadapan , insyaallah ! Amin...

Tuesday, 16 August 2011

Dah Shopping Raya Ke Belum?

Sale here, sale there , everywhere sale !

Kuih raya tunjuk ...

Salam semua. Begitu cepat rasanya Ramadhan kali ni. Diam tak diam, hari ni dahpun masuk 16 Ramadhan. Insyallah .... hujung minggu depan, akan masuk 27 Ramadhan. Maka ... pada masa itu ramai antara kita yang akan pulang ke kampung. Jika tidak pulang ke kampung ... pastinya sibuk membuat kuih raya!

Rata-rata kebanyakan orang apabila ditanya ... masing-masing telahpun membuat persiapan untuk hari raya sebelum tibanya Ramadhan. Sebabnya ... nanti letih jika nak keluar shopping dalam bulan Ramadhan. Maka , shopping sakanlah sebab sana-sini ada sale!

Ni nak cerita la pasal shopping raya. Baru-baru ni aku sempat la masuk kat shopping complex yang ada kat sini. Bukannya nak shopping pun...just nak window shopping ! Survey dulu apa yang patut ! Kalau ada yang sesuai dengan harganya yang berpatutan , barulah aku nak membeli. My family jenis sempoi jea ... tak cerewet sangat dalam bab pakaian ni. Tak perlulah nak pakai sedondon tiap-tiap kali raya ! Bab hiasan rumah macam langsir, sarung kusyen, pun tak de la nak tukar tiap-tiap tahun. Kuih raya ... aku buat sendiri jea.

Apapun... syukur alhamdulillah di atas pemberian bonus hari raya daripada kerajaan untuk semua penjawat awam dan juga para pesara sempena hari raya nanti. Bolehlah guna untuk buat persediaan menyambut hari raya sementara belum gaji lagi . Tapi ingat ... belanjalah dengan berhemah dan jangan sampai membazir. Nanti hujung tahun nak kena buat persiapan untuk persekolahan anak-anak pulak!

Monday, 1 August 2011

Salam Ramadhan al- Mubarak & Selamat Berpuasa



Assalamualaikum. Dah sebulan lebih blog ni terbiar agak sepi. Terima kasih kepada semua kawan-kawan blogger yang masih sudi datang menziarah dan bertanyakan khabar. Diam tak diam, hari ini telahpun bermulanya 1 Ramadhan dan kita semua mula menjalani ibadah puasa.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan 'Selamat Berpuasa' kepada semua rakan-rakan blogger tidak kira di mana berada, sama ada jauh mahupun dekat. Semoga Ramadhan tahun ini akan menjadi Ramadhan yang lebih baik daripada Ramadhan sebelumnya. Saya juga ingin memohon ampun dan maaf daripada semua, sekiranya saya ada dan telah menyinggung perasaan kawan-kawan semua melalui tulisan-tulisan saya di dalam blog ini. Saya juga mendoakan semoga anda semua dapat menunaikan ibadah puasa ini dengan sempurna serta diberikan kesihatan yang baik.

Kepada semua , Salam Ramadhan al - Mubarak , Selamat Berpuasa & Selamat Beramal ....

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails