Yang Mempesona

Wednesday, 4 April 2012

BerBBQ @ Bagan Lalang, Sepang

Salam and greetings to all . Lama tak jenguk blog nie ... sejak blog ni ada masalah teknikal sikit. So... sekarang  blog ni bolehlah dianggap ' under construction'  Tapi itu tak bermakna tak de cerita yang nak dikongsi bersama kawan-kawan kat sini.

Ada jugalah aktiviti hujung minggu yang aku buat walaupun sekarang aku agak sibuk tahap gaban kat sekolah. Bulan nie sahaja, boleh dikatakan setiap minggu ada program dan aktiviti. Sekarang ni di sekolah tengah sibuk dengan 5S, aktiviti ko-kurikulum daerah dan macam-macam lagi. Stress dan penat aku dibuatnya.

Anyway, berbalik cerita aku . Baru-baru nie masa cuti sekolah tu aku sempatlah juga adakan BBQ di Pantai Bagan Lalang, Sepang bersama keluarga dan beberapa orang rakan dari group hiking kami. Perancangan untuk BBQ ni dah lama sebenarnya ... tapi dek kekangan masa dan bilangan ahli keluarga tak mencukupi ( anak sulung di asrama) jadi kenalah tunggu cuti sekolah. Ini pun sebab kebetulan birthday anak sulung (bulan Mac) dan birthday aku ( Februari). No birthday cake ... no birthday party ! 

Bila dah lama tak camping ... sesekali tu seronok jugak. Selalunya berkhemah kat atas puncak gunung atau bukit .. tapi kali ni kat tepi pantai. Beza la sikit kan ! Yang paling seronok ...  mestilah anak-anak . Kita sebagai ibu bapa tumpang seronok bila anak-anak semuanya gembira.


Minum petang di Pantai Bagan Lalang, Sepang.

Sunset ... berdepan dengan Sepang Goldcoast, Bagan Lalang.

Awal- awal lagi dah pasang khemah ... sapa nak tido sila masuk

Ayam yang sedang dibakar 

When the night falls ... the bbq continues
Good nite everyone !
Good morning Malaysia !
Well, cukup untuk kali nie. Insyallah akan kembali berblogging dalam masa terdekat ini. Enjoy the pics taken at Bagan Lalang, Sepang.

1 comment:

zila said...

Sunset kat sini cantik kan??

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails