Salam semua. Hujung minggu adalah hari yang ditunggu - tunggu. Hari untuk merehatkan fikiran selepas 5 hari bekerja ... bagi mereka yang bekerja . Termasuklah aku nie ... seorang penjawat awam. Hujung minggu adalah masa yang ditunggu - tunggu. Sebab bukan selalu dapat duduk kat rumah pada hujung minggu ni. Ada jea program atau aktiviti yang melibatkan hujung minggu. In fact, semalam pun dah bermula aktiviti Perkhemahan Perdana (untuk ahli - ahli unit beruniform sekolah) di Dusun Eco Resort Bentong. Kali nie nama aku tak tersenarai sebagai AJK Pelaksana walaupun aku ni salah seorang daripada guru penasihat pasukan Kadet Polis.
So hari ni, dapatlah aku berehat di rumah . Sepatutnya aku keluar hiking hari ni ke Bukit Apek / Bukit Saga Cheras. Tapi kerana my 2nd daughter tu terpilih untuk mewakili sekolah KAFA Integrasi ke Pertandingan Marhaban & Berzanji peringkat zon, so tak dapat la join geng2 hiking tu. Sorry yea geng, lain kali I join !
Anyway, sebab hari ni agak free , ada la masa sikit nak jenguk my edible
garden kat luar rumah tu. Dapatlah jugak keluarkan peluh sambil trim
pokok-pokok yang ada. Kat edible garden tu, ada pokok daun kari, daun
pandan, daun kaduk (sepanjang musim), serai, daun kesum , daun kunyit
dan ulam pegaga (semuanya tanam dalam pasu jea). Inilah dia ... my edible garden yang tak seberapanya ini !
![]() |
| 2 - in 1 , daun kunyit & pegaga |
![]() |
| Kuntuman bunga kantan yang berwarna pink |
![]() |
| Bunga kantan yang banyak khasiat dan kegunaannya |
![]() |
| Daun pandan yang hijau merimbun. |
Alhamdulillah, selain dapat keluarkan peluh dengan gardening nie, dapatlah jugak makan ulam yang fresh . Not to forget, dapat jimatkan sikit perbelanjaan pasar. Berbudi pada tanah, pasti ada hasilnya. Biasanya yang paling in demand ialah daun pandan & daun kari. Daun pandan nie selalu bagi kat kawan-kawan untuk buat air sirap dan buat acuan kuih tako ... projek bulan puasa kami , hehehhe. Daun kari selalunya bawak ke surau bila ada gotong royong memasak dan daun kari diperlukan dengan banyak.





4 comments:
perghhhh best la bunga kantan. boleh masak laksa dengan asam pedas
Knizam,
Bukan boleh buat laksa & asam pedas jea, boleh juga masukkan dalam nasi gorengselain dijadikan bahan ulam untuk nasi kerabu dan laksam. :)
K=Pkok bunga kantan tu pun dalam pasu ke? I love bunga kantan...sedap yea..
Subur pengaga tu kat pasu...
Ummi Rosma,
Pokok bunga kantan tu ditanam bukan dalam pasu. Tak sesuai tanam dalam pasu sebab pokoknya jenis besar dan rimbun.
Tapi kalau pegaga, daun kesum, daun kunyit, daun pandan dan serai boleh jea tanam dalam pasu.
Post a Comment