Yang Mempesona

Tuesday, 19 June 2012

Cuti2 Cambodia : KUL- PHNOM PENH

Kena isi borang VOA sebelum mendarat di PP

Nak beli local SIM card ...


Yang paling depan tu ... is our tuk2 driver Sothy.

Salam semua. Ini adalah entry tertunda sebabnya segala urusan mengisi markah peperiksaan secara online baru jea selesai. So ... barulah nak concentrate kat blog ni ... nak buat entry baru.

Minggu ni dah minggu kedua persekolahan selepas bercuti agak panjang sikit. Pada awal cuti ... macam biasalah terlibat dengan program akademik untuk pelajar - pelajar Tingkatan 5. Bila dah selesai barulah boleh pergi berehat-rehat.

Destinasi kali ni adalah ke Cambodia atau Kemboja dalam Bahasa Melayu. Kebetulan dapat tiket murah AA tahun lepas ... tak la murah sangat pun RM909 (return) untuk 3 orang untuk Phnom Penh. Percutian kami bermula pada 28/5/2012 . Flight jam 6.45 pagi dari LCCT ke Phnom Penh. Jadi ... jam 3.45 dah nak check-in. Apalagi ... tidur kat airport la jawabnya ... Ingatkan flight on time tapi tak ... lebih kurang jam 7.15 pagi baru take - off. Penerbangan ke Phnom Penh lebih kurang sama jea ke Vietnam , 1 jam 40 minit. Lebih kurang jam 7.55 ( waktu tempatan ) kami selamat tiba di Phnom Penh.

Selesai urusan kastam & imigresen , kami pun keluar dan telahpun menunggu seorang tuk-tuk driver dengan nama aku terpampang kat kertas A4. Tuk-tuk driver tu sebenarnya adalah tuk-tuk driver yang telah digunakan perkhidmatannya oleh seorang kawan yang aku kenal di forum semasa aku study pasal Kemboja ni. Dia sampai 2 hari lebih awal di PP. Masa di sana dialah yang banyak bantu aku . In fact kami saling bantu - membantu sebenarnya ... sebab kami semua first time travel di Kemboja ni .

Dari airport kami ke Bandaraya Phnom Penh ...lebih kurang 30 minit perjalanan. Agak jauh juga ... Tiba di bandaraya Phnom Penh tuk-tuk driver , Sothy namanya membawa kami ke stesen bas kerana kami akan terus ke Siem Reap pada sebelah petangnya. Satu yang menarik pasal tuk-tuk driver nie ... dia patuh dgn arahan kawan aku tu. Lepas beli tiket bas, kami ke hotel penginapan kawan forumer aku tu tuk bertemu muka for the 1st time ! Sebelum ni kami hanya berhubung melalui telefon, SMS, dan pesanan di dalam forum.

That's all for now. Enjoy the story and the pictures .

- TO BE CONTINUED -

8 comments:

lupekanje said...

apa yg istimewa di Phnom Penh Myza?

Myza Pesona said...

Acik,

Phnom Penh ni bukannya shopping paradise macam Bandung & Ho Chi Minh City tapi lebih kepada tourist attractions macam Silver Pagoda, Royal Palace, Killing Field, S-21 Prison, Russian Market, Central Market, Riverside.

zila said...

cuaca di sana panas tak?? ada rezeki nak pegi gak

Mie said...

Belum teringn nak ke Cambodia ni, tapi tak tau lah satu hari nanti...

Tunggu cerita menarik dari Myza...

Myza Pesona said...

Zila,

Kebetulan masa Myza di sana cuacanya agak panas dan kering . Cuma sekali saja hujan .. itu pun sebelah petang. Macam cuaca di tempat kita juga ...

Myza Pesona said...

Mie,

Myza pun dulu fikir macam tu jugak tapi kebetulan dapat tiket murah ... so pergi jelah. But ... seeing is believing !

Anonymous said...

sekadar berkongsian.

salam. pengalaman melancong ke kemboja memang tak dapat saya lupakan. group saya dari uitm baru balik 24/4/2013. kami semua datang sana melalui Seorang Ustaz. al-hamdulillah kami dapat layanan terbaik boleh dikatan 5 star laa. Ustaz ini Fasih bahasa melayu boleh dikatakan 99.99% he he.. Kawan kawan berminat boleh datang melalaui beliau di ustazcambodia@gmail.com call +85517889234 anda boleh tawar menawar dengan beliau.insya allah group kami akan ke Siem reap pula tahun depan. dan melalui Ustaz Yahya Cambodia ini juga....

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails