Yang Mempesona

Saturday, 23 June 2012

Cuti2 Cambodia : SIEM REAP - Day 1

Salam semua. Ni nak sambung lagi cerita cuti2 Cambodia. Kali ni cerita di Siem Reap. Perjalanan dari Phnom Penh ke Siem Reap dengan bas mengambil masa 6 jam. So, tiket kami ke Siem Reap adalah jam 1.30 petang waktu tempatan. Sementara menunggu jam 1.30, kami tumpang berehat di bilik kawan kami ( kenal di forum sewaktu mencari maklumat tentang Cambodia) sehingga jam 12.00 tengahari iaitu waga.ktu utk check-out. Kawan kami pun nak ke Siem Reap juga tapi dengan menaiki bas malam. Tapi disebabkan kami dah tempah bilik di Siem Reap pada hari tersebut, maka kena teruskan jugak. Kalau tak rugi 1 hari bayaran untuk bilik.
Hujan di pertengahan perjalanan .
Align Left

Perjalanan dengan mini van melalui jalan kampung ...tak ada highway macam kat Malaysia Tetapi sepanjang perjalanan kami dapat melihat pemandangan sawah padi di kiri kanan jalan. Walaupun kami naik mini van, van ni berhenti rehat selama 20 minit di restoran ... macam bas ekspres jugak la. So, sapa yang nak makan , minum , pergi tandas, semuanya boleh. Lebih kurang jam 6.45 petang kami sampai di Siem Reap.




Dari pejabat syarikat bas tersebut, kami menaiki tuk-tuk untuk ke tempat tinggal kami iaitu di Jasmine Lodge. Tempahan dibuat secara terus melalui email. Disebabkan kepenatan kerana perjalanan tanpa henti pada hari tu, maka malamnya kami hanya berehat di guesthouse sahaja. Tetapi sebelum tu, kami telah berjanji dengan tuk2 driver kami iaitu Mr. Ra untuk aktiviti keesokannya iaitu city tour & ke Tonle Sap.

Align Left


Jasmine Lodge USD18/night


1 comment:

Daniel Heller said...

I must say the blog post is just useful for everyone else reading it because the information and knowledge it contains is very important. I like the post! Excellent job! Keep sharing such valuable information through your blogs.
custom essay writing service

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails