Yang Mempesona

Saturday, 9 June 2012

Jalan - Jalan Ho Chi Minh City - Siri 3

Jalan - jalan @ Saigon Square

On the way ke Central Post- Office

Posing lagi ...

Bilik 202 ... port untuk segalanya

Dah nak balik KL ... masing-masing tersenyum puas

Salam semua,
Dah lama sangat blog ni sepi dari sebarang entry baru. But still, thanks pada kawan-kawan yang masih sudi singgah ke blog ni. Bukannya tiada cerita nak dikongsikan tapi kekangan masa untuk menulis membuatkan blog ini tidak berentri baru.

Bulan lepas , sewaktu cuti umum sempena Hari Wesak, aku ke Ho Chi Minh City lagi. Trip yang dah masuk siri ke -3. Bukannya apa ... trip ni sekadar bawa kawan-kawan yang belum lagi pernah sampai ke sana. Tema trip kali ni ialah ' Free & Easy ... Shop Till You Drop'. Ini tema yang kami semua cipta memandangkan trip ni lebih kepada trip beli-belah untuk persediaan hari raya puasa ( walaupun bulan puasa pun belum tiba lagi ... hehehhe)

Trip kali ni boleh dikatakan sebagai 'all ladies trip' sebabnya semuanya ahli2 rombongan cik kiah ...hehehhee. Flight kami ke HCMC dari LCCT adalah pada jam 9.15 pagi (first flight ) dan balik ke Kuala Lumpur adalah dengan flight terakhir iaitu jam 9.10 malam (waktu tempatan). Bila sampai ke HCMC, masih awal lagi. Terus jea naik bas dari airport untuk ke pasar Ben Thanh . Sampai jea ke last bus- station, kami terus check-in di hotel. Lepas jea hilang penat dan selesai solat, kami pun mulakan misi ... survey apa2 yang patut di kedai2 sekitar Ben Thanh. Ada yang masuk ke pasar Ben Thanh, ada yang ke kedai cermin mata untuk tempah cermin mata, ada yang masuk butik pakaian siap ( baju kurung, jubah dan telekung). Pendek cerita, masing-masing tau ke mana nak dituju sebab hotel memang tak jauh daripada tempat untuk shopping. Aku ... hanya ke pasar untuk beli kain cotton especially kain cotton jenis berkaki (yang memang ada peminat tersendiri) sebab mungkin di sini masih belum ada di pasaran.

Overall, trip kali ni walaupun 3H 2M, masih lagi berbaloi. Maing-masing sangat berpuas hati dengan hasil rampasan daripada HCMC. In fact, ada yang dah tempah tiket AA untuk tahun 2013 punya trip. Semuanya gara-gara " kakak ... murah-murah" tapi memang betul pun murah :) !

No comments:

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails