Yang Mempesona

Wednesday, 8 August 2012

Ramadhan Oh Ramadhan ...





Salam Ramadhan Al Mubarak ! Semoga semuanya sihat-sihat dan mampu menjalani ibadah puasa seperti biasa. Diam tak diam hari ni dah masuk 19 Ramadhan. Tak lama lagi Syawal bakal menjelang. Rasanya ramai di antara kita dah mula sibuk atau dahpun selesai membuat persiapan untuk menyambut kedatangan bulan Syawal pulak. As for myself ... bukanlah 100% selesai. In fact ... kalau nak kata belum ada persiapan lagi ...mungkin ada yang tak akan percaya. Ini bukan sebab nak tunggu last minute shopping ke atau apa ... tapi persiapan raya macam tahun-tahun sebelumnya sederhana dan berhemah.

Kenalah beringat .... takkanlah nak habiskan semua bonus raya semata-mata nak raya sakan. Then 13hb gaji bulan Ogos pulak masuk ... takkan nak shopping lagi ! Takut nanti abis raya seminggu ... nak tunggu next gaji bulan September 25hb ... pakat ramai-ramai ikat perut .

Alhamdulillah sepanjang Ramadhan ... my family berbuka pun secara sederhana saja. Setakat hari nie , belum pernah sekali ke Bazar Ramadhan. Ada kalanya kami berbuka puasa di masjid ... itu lebih menyeronokkan . Anak-anak pun seronok berbuka di masjid . Suasananya tak sama dengan berbuka di rumah.

Insyallah ... malam nie kami akan berbuka di masjid lagi. Kemudian solat tarawih dengan imam yang bacaannya seperti Imam Masjidilharam di Mekah. Sungguh tenang dan damai tanpa gangguan bunyi mercun !

Sempena Ramadhan yang mulia dan di kesempatan yang ada ... ampun dan maaf dipinta kepada semua kawan-kawan blogger sama ada jauh dan dekat kiranya ada terkasar bahasa & tersilap kata sepanjang menulis di blog nie.

No comments:

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails