Yang Mempesona

Saturday, 29 September 2012

Cuti2 Cambodia : SIEM REAP - Day 2

Batu-batu permata ....
Accessories made from silver

Another type of women accessories
Perhiasan rumah yang diperbuat daripada perak
Di kedai yang menjual lukisan-lukisan minyakdi Old Market
Kat dalam pasar pun ada kedai emas !
Cocoon ... untuk buat kain sutera
Nak try menenun sutera Kemboja


Di bengkel lacquer painting ...
 


Bengkel membuat kraftangan perak


Bengkel ukiran batu
Antara ukiran yang mendapat permintaan tinggi
 

Di luar showroom Artisan d Angkor
Di sekitar Tonle Sap
Kat ladang buaya ...
Pilih jangan tak pilih ... purse kulit pari
 
 
Salam semua . Dah lama sangat tak ada entry baru untuk blog ni.  Dah penuh dengan sawang pun ...   Ni pun nak sambung entry tertunda . Dah lama sangat tertundanya gara-gara sibuk dengan pelbagai tugas di sekolah dan di rumah. So, enjoy entry yang tertunda nie yea ...

Hari kedua di Siem Reap kami jalan-jalan di Old Market. Kat Siem Reap nie ada banyak pasar . Pasar malam pun ada. Old Market ni macam-macam ada daripada bahan-bahan basah ( keperluan harian ) hinggalah kepada cenderamata. Old Market  ni terbahagi kepada pasar basah dan pasar kering. Bukan dapur dan theme park jea yang ada jenis basah dan kering ... pasar pun sama. ! Batu-batu permata pun ada dijual kat Old Market nie.

Lepas selesai jalan-jalan kat Old Market nie, tuk-tuk driver kami pun bawa kami ke Artisan d Angkor .
Tempat ni adalah bengkel kraftangan yang mana pekerja-pekerja di situ terdiri daripada OKU (pekak dan bisu). Mereka dilatih di situ dengan kemahiran mengukir kayu & batu, melukis kain sutera, melukis dan mengecat lacquer, dan lain-lain.  So, bila mereka  tamat mereka boleh memilih  sama ada untuk terus bekerja di situ atau bekerja sendiri dengan kemahiran yang ada. Di situ juga ada bilik pameran yang menjual kraftangan yang boleh dijadikan souvenir untuk di bawa pulang. By the way, nak masuk ke Artisan d Angkor nie percuma kecuali kena bagi tips pada staf yang bertugas sebagai tourist guide di situ. Kat situ, kami berjumpa dengan sepasang suami isteri dari Malaysia yang kami kenal di forum.  Adalah geng untuk aktiviti jalan-jalan seterusnya.

Dari Artisan d Angkor tu, kami ke Tonle Sap, tasik air tawar terbesar di Asia Tenggara. Kat situ , kena bayar tiket USD15 sorang. Bila sampai kat tengah-tengah tasik tue macam kat tengah laut. Sepanjang tasik tu, ada kawasan  perkampungan , hospital, sekolah, rumah anak yatim, gereja, ladang buaya , ladang %^*# dan juga perkampungan penduduk Islam. Memang jauh beza dengan kehidupan kita di sini. Bersyukurlah dengan nikmatNYA !


Coming soon ... SIEM REAP - Day 3

8 comments:

TK said...

Salam myza...geramnya tengok batu2 permata tu...
Rasanya tasik tonle sap ada blaja masa sek dulu...mesti byk sgt iksn kat situ
Bila la aku nak ke sana...taun ni plan nak kebndung lg..xde tmpt lain aku ni...hehe

Mie said...

Rasanya air tasik Tonle Sap tu macam dah tercemar teruk...

Aku Bapak said...

berharap satu hari nanti ada rezeki Bapak ke Kemboja

Myza Pesona said...

Salam TK,

Kat Cambodia memang terkenal dengan batu2 permata. Sapa yang pandai tengok permata nie mmg berbaloi kalau beli sbb harganya memang murah.

Tonle Sap tu banyak ikan air tawar ... macam ikan keli dll. Salah satu pekerjaan penduduk kat kawasan tu kan menangkap ikan.

Bandung tempat shopping ... tapi Cambodia lebih pada sight seeing / tourist spots with different lifestyles, different culture etc.

Myza Pesona said...

Mie,

Nampak gayanya macam tu la ... tapi sekarang nie kawasan tu dah dibangunkan dengan resort yang sedang dalam pembinaan ...

Myza Pesona said...

Bapak,

Insyallah. Kak Myza pun kalau ada rezeki dan diberi peluang lagi untuk ke sana , mahu lagi pergi. Tapi waktu itu dengan tujuan yang berbeza, insyaallah.

Tengku Ahril パラダイス said...

https://www.facebook.com/WauRestaurantCambodia

Wau restaurant serve malaysian and cambodian food (HALAL). Our restaurant located at Phnom Penh : New York Hotel {Ground Floor ), No 256 Monivong Blvd, Phnom Penh, Cambodia (Hp : +855 081 88 7090 ). We also have branch at Siem Reap : Angkor Shopping. Arcade, #E09 National Road No.6, Siem Reap, Cambodia ( Hp : +855 016 673 211/ +855 096 2 5555 81) Or also can email to us at ( wau_restaurant@yahoo.com ) —

Please share our page to your friends and family.. :)
https://www.facebook.com/WauRestaurantCambodia

Thanks for your support..
We are trying to improve our services in the future

Anonymous said...

salam. pengalaman melancong ke kemboja memang tak dapat saya lupakan. group saya dari uitm baru balik 24/4/2013. kami semua datang sana melalui Seorang Ustaz. al-hamdulillah kami dapat layanan terbaik boleh dikatan 5 star laa. Ustaz ini Fasih bahasa melayu boleh dikatakan 99.99% he he.. Kawan kawan berminat boleh datang melalaui beliau di ustazcambodia@gmail.com call +85517889234 anda boleh tawar menawar dengan beliau.insya allah group kami akan ke Siem reap pula tahun depan. dan melalui Ustaz Yahya Cambodia ini juga....

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails